Xandra-37

29.9K 1.8K 213
                                    

Keadaan mereka berdua semakin tegang. Biarpun mereka masih di hospital tapi ianya tak menghalang untuk membahas hal ini.

"Jawablah!" mendengar nada suara Ayyan membuatkan ada perasaan takut yang menjalar di tubuh Luthfia.

"Aku kata jawab! Jawablah! Kau memang tak nak ada anak, kan?" semakin tinggi nada suara Ayyan melihat Luthfia yang langsung tak nak bersuara.

Luthfia membalas pandangan Ayyan dengan pandangan yang tajam.

"I belum sedia nak ada anak!" jelas apa yang dibalas membuatkan Ayyan bungkam.

"Puas?" ujar Luthfia dengan geram.

"Patutlah kau layan aku teruk, rupanya ini sebabnya."

"I tak ready Ayyan! Tolonglah, faham!" kata Luthfia memberi alasan.

"Alasan bodoh! Kau tak ready dari segi apa?"

"You senanglah nak cakap. Yang hadap semuanya, I." Luthfia masih lagi memberi alasan.

"Alasan! Jadi kalau kau tak sedia nak ada anak, sampai bila-bila lah aku tak tahu yang kau ni mengandung?"

"Tak penting pun You nak tahu benda ni!" sekali lagi jawapan yang diberikan membuatkan rasa marah Ayyan semakin menjadi-jadi.

"Tak penting kau kata? Anak yang ada dalam perut kau tu anak aku! Aku berhak nak tahu semuanya Xandra!" kelihatan urat hijau sudah timbul di sekitar lengannya menunjukkan yang dia memang sudah tak tahan dengan apa yang dikatakan oleh Luthfia.

"Dahlah Ayyan! I malas nak bahas hal ni. I nak balik." Tegas dia berkata menyampaikan yang dia nak rehat di rumah sahaja.

Ayyan mencengkam pergelangan tangan Luthfia membuatkan langkah Luthfia terhenti serta merta.

"Ayyan, lepaslah!" pinta Luthfia dengan air muka yang sudah menahan sakit.

"Urusan kita belum selesai!" ujar Ayyan sambil dia kuatkan lagi cengkamannya. Dia geram, marah sangat dengan isterinya.

"Sakit!!" berkerut dahinya menahan sakit di pergelangan tangannya.

"Kita bincang dekat rumah!" ditarik sahaja tangan Luthfia keluar dari bilik tersebut. Dia dah tak peduli dengan keadaan isterinya. Rasa marah membuatkan dia lupa yang Luthfia ni sedang mengandung.

"Ayyan, perlahan lah sikit..." tak terkejar dia langkah Ayyan yang sangatlah laju.

Ayyan pekakkan sahaja telinganya. Dia keraskan hati supaya dia tak cair dengan rayuan tersebut.

Sampai sahaja di tempat letak kereta, tubuh Luthfia dipaksa masuk ke dalam keretanya. Awalnya Luthfia masih memberontak tetapi melihat Ayyan yang semakin dingin melayannya membuatkan dia akur di penghujungnya.

"Jangan buat aku jadi kejam macam Haider!" pandangan mata Ayyan membuatkan Luthfia terundur sedikit.

"Kau tak nak kan kena layan macam mana Haider layan Viera." Terasa liur yang ditelan pahit sahaja masuk ke dalam tekaknya.

Melihat keakuran Luthfia membuatkan Ayyan terus sahaja menjauhkan dirinya kemudian pintu kereta ditutup dengan kuat. Terhinjut bahu Luthfia dengan bunyi hempasan tersebut.

"Shit!!" makinya dengan geram.

Ayyan meraup rambutnya dengan kasar. Tak sangka Luthfia boleh keluarkan kata-kata yang sangat menyakitkan hatinya.

...

Sampai sahaja di rumah, Ayyan membawa Luthfia terus masuk ke dalam bilik. Tempat itu sahaja yang sesuai untuk mereka berbincang mengenai hal ini.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now