Xandra-17

30.3K 1.8K 226
                                    

Selepas dua hari barulah Ayyan bagitahu tentang pertemuan tersebut. Tengku Faiza setuju dengan tetamu yang nak dibawa ke rumahnya. Jujur, dia sunyi sangat dan dia perlukan seseorang untuk diajak berbual.

Luthfia dengan senang hati sudah mengatur pertemuan tersebut. Dia dah bagitahu aunty Malia tentang ajakan tersebut dan dengan senang hatinya aunty Malia setuju sahaja.

Tengku Faiza juga gembira nak sambut tetamu Ayyan. Dia dah masak banyak lagipun hari ini hatinya gembira sahaja kerna suaminya ada dirumah.

Luthfia, Ayyan dan Tengku Aryan duduk diruang tamu menonton television. Mereka menonton berita sementara menunggu Tengku Faiza memanggil mereka makan. Tengku Aryan yang tak tahu kedatangan isterinya kelihatan tenang sahaja.

"Assalamualaikum," kedengaran suara seseorang memberi salam yang datangnya dari luar rumah.

"Aunty Malia dah datang." Dengan terujanya Luthfia menyambut tetamunya. Dia sendiri yang bukakan pintu.

"Maaf, aunty lambat." Manis sahaja senyuman Malia.

Tengku Aryan yang perasan akan suara isterinya memandang dengan segera ke belakang.

"Aunty masuklah. Mummy dah lama tunggu." Ajak Luthfia.

Malia masuk dengan perasaan gugup dan takut. Dia sempat berbalas pandang dengan suaminya. Dia memang ada bagitahu yang dia nak keluar tetapi dia tak bagitahu yang dia nak ke rumah Tengku Faiza.

"Aunty duduk dulu."

Tengku Aryan berdehem menghilangkan debarannya sekaligus menenangkan hatinya. Anak matanya tak lari dari terus memandang wajah Luthfia. Wanita ini memang sengaja aturkan pertemuan ni.

"Daddy kenal ke dengan aunty? Aunty kata suaminya kerja dekat syarikat daddy." Senyuman dibibir Luthfia tak pernah lekang. Senyuman yang jelas-jelas mencabar kesabaran Tengku Aryan.

"Fia, suami aunty kerja biasa je. Mana lah Tengku nak kenal dengan suami aunty." Malia terus sahaja menjawab agar tak ada lagi soalan tak terduga keluar dari mulut Luthfia.

"Xandra.." tegur Ayyan dengan nada yang perlahan tapi cukup tegas di pendengaran Luthfia.

"Tanya sikit pun nak marah." Gumamnya dengan perlahan.

Ayyan biarkan sahaja isterinya merajuk. Bukan dia marah tapi cara Luthfia tak beradab dan dia sebagai suami perlu lah tegur.

Tengku Faiza yang dengar suara orang berbual keluar dari dapur dan menyertai mereka di ruang tamu. Wajahnya bersinar sahaja nak menyap tetamu.

"Ini ke tetamu Ayyan?" Ayyan serta Malia memandang ke pemilik suara tersebut. Malia cuba maniskan wajahnya tak nak kelihatan dia sedang gugup nak berhadapan dengan keluarga ini.

"Kenalkan mummy, ini aunty Malia." Ayyan berdiri dari duduknya nak memberikan tempat tersebut kepada Tengku Faiza.

Luthfia juga pindah tempat duduk memberikan ruang tersebut kepada Tengku Faiza.

"Malia,"

"Faiza," gembira betul Tengku Faiza berjumpa dengan wanita yang sebaya dengannya. Mungkin Malia muda setahun tak pun dua tahun darinya.

"Jomlah kita makan. Takut makanan sejuk pula." Tambah buang masa Tengku Faiza terus sahaja mengajak tetamu dan yang lain untuk menjamu selera. Lagipun dah lewat ni nanti suaminya masuk angin pula.

"Jomlah!" nampak sangat mata Tengku Aryan gelisah dengan pertemuan tak terjangka ini.

Tengku Aryan, Tengku Faiza dan Malia sudah beredar menuju ke meja makan dan tinggalkan Ayyan dan Luthfia.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now