Luthfia termenung kosong di atas katilnya. Suara Noah dah doktor yang merawatnya tadi langsung tak dihiraukan. Dia dua hati dengan rancangan Noah tapi dia juga tak nak disini lagi. Hatinya terlalu sakit. Untuk sementara ni dia nak pergi jauh tenangkan dirinya.
Ayyan yang sedang tertidur di sofa tak jauh dari tempatnya dipandang sepi. Red baru sahaja berikan ubat tidur kepada Ayyan.
Red adalah doktor yang sudah merawat luka Luthfia tadi. Tak tahulah macam mana lelaki ni boleh senang-senang masuk ke dalam hospital ni tanpa pengetahuan kakitangan hospital ini. Entah apalah yang dia baca-bacakan.
"Malam ni juga kita berangkat. Semua rekod tentang Fia aku dah padam." Perbincangan mereka sampai ke telinga Luthfia.
"Aku pun dah atur semuanya. Sekejap lagi kita pergi airport." Mata Noah sempat melirik ke arah Luthfia yang senyap sahaja dari tadi. Dah masanya dia tunaikan janjinya bawa Luthfia pergi jauh dari Ayyan.
"Sekejap lagi Bianca datang bawa baju tukaran kau." Beritahu Noah kepada Luthfia.
Masih lagi diam. Tak ada suara yang keluar dari bibir pucatnya.
Baru lima saat nama Bianca di seru, wanita itu sudah muncul bersama dengan paper beg ditangannya.
Semua mata mereka tertumpu ke muka pintu. Malu jadinya Bianca bila dipandang oleh mereka bertiga.
"Saya ada bawakan baju untuk Puan Muda." Ujarnya sambil pipinya naik merah. Melihat pipi isterinya Noah tersenyum. Comel betul lah isterinya.
"Sayang tolong Fia salin baju. Kita tak banyak masa dah ni." Arah Noah dengan nada yang tiba-tiba berubah serius.
Bianca mengangguk sahaja. Dia menarik tangan Luthfia dengan lembut membawa wanita itu masuk ke bilik mandi. Luthfia langsung tak membantah. Dia ikut sahaja ke mana dia nak dibawa.
Lebih 15 minit juga mereka menunggu, Bianca dan Luthfia akhirnya keluar dari bilik mandi. Kelihatan baju Luthfia sudah bertukar membuatkan mereka juga ikut bersiap-siap untuk teruskan perjalanan mereka.
"Jom Fia. Kita dah tak banyak masa." Ujar Noah bila melihat Luthfia seakan-akan ragu-ragu nak ikut mereka.
"Boleh tak kalau aku nak jumpa Ayyan sekejap." Pintanya dengan suara yang serak.
Red, Bianca serta Noah mengangguk serentak. Bianca meninggalkan Luthfia kemudian dia berlari menuju ke arah suaminya. Mereka bertiga keluar terlebih dahulu memberi ruang untuk Luthfia dan juga Ayyan.
Luthfia mengatur langkah menuju ke arah suaminya. Air matanya mula bergenang melihat wajah Ayyan yang sangat tenang.
Luthfia duduk mencangkung dengan satu lutut bersentuh dengan lantai bilik tersebut. Rambut Ayyan yang sedikit serabut dikemaskan menggunakan jari jemarinya.
"Abang..." bergetar bibir Luthfia memanggil Ayyan dengan panggilan tersebut.
"Thank you for your love. I'm thankful that I can still feel your love as a husband, even though I'm not the woman you love. Viera selalu cerita dekat I yang dia bahagia Haider jadi suaminya dan jujur Ayyan apa yang Viera cerita semuanya you beri sepanjang I jadi isteri you. Terima kasih untuk semuanya Ayyan."
"I minta maaf dah aniaya you. You lelaki yang baik Ayyan. You tak akan jadi macam ni kalau tak ada yang usik you. I faham semua tu Ayyan. I minta maaf sangat-sangat." Air matanya jatuh di atas pipi Ayyan namun lelaki itu terlalu lena sehingga dia tak sedar apa yang berlaku.
"I harap you bahagia dengan perempuan lain. I bukan isteri yang baik untuk you." Senyuman pahit terlakar di bibirnya. Itu kenyataan yang perlu dia telan. Dia memang tak layak untuk lelaki baik seperti Ayyan.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
RandomRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...