Xandra-42

26.5K 1.7K 71
                                    

Dari tadi Luthfia cuba menghubungi Red namun satu panggilannya langsung tak dijawab. Dia cuma nak bagitahu dengan lelaki itu supaya tak serang rumah Tengku Faiza malam ini seperti yang mereka bincangkan kelmarin.

Ayyan tiba-tiba menangguhkan hasratnya untuk pindah rumah. Alasan yang diberikan rumah miliknya belum siap direnovation.

"Apa lah masalah si merah ni? Dah mati ke?" bebel Luthfia dengan perasaan yang sudah geram.

Ayyan yang baru sahaja selesai membuat kerjanya di bilik kerja membuka tombol pintu dengan raut wajah yang kelihatan sangat penat.

Luthfia yang tersedar akan bunyi pintu dibuka cepat-cepat mematikan telefonnya dan wajahnya cuba dineutralkan.

"Apa kau buat dekat luar tu?" soal Ayyan dengan hairan. Tak takut ke badan masuk angin? Dahlah Luthfia pakai satin nipis setiap lekuk badan isterinya kelihatan di pandangannya. Aduh, masa nilah Luthfia nak pakai macam ni. Imannya turun naik, tak pasal-pasal..

Ayyan dengan segera mengambil jubah tidur kepunyaan isterinya yang terletak elok di atas katil mereka. Dengan segera tubuh isterinya dibalut dengan jubah tersebut, siap diikat lagi dibahagian pinggang isterinya menutupi bahagian-bahagian yang terdedah. Luthfia ni boleh tahan seksi juga. Fuh!!

"Apa ni?" rimas betul dia dengan ikatan tersebut seolah-olah membuatkan dia tak boleh bernafas.

"Kau seksi sangat." Jujur sahaja Ayyan berkata.

"Seksi celah mana pula ni? I bukannya bogel, ada je baju yang dipakai." Guling mata Luthfia dengan kerenah suaminya ni.

Ayyan mendekatkan bibirnya di telinga Luthfia.

"Kau pakai baju biasa tutup satu badan pun boleh buat aku tergoda apalagi dengan baju tipis macam ni. Jangan cabar iman aku cantik." Seusai itu cepat-cepat Ayyan menjauhkan dirinya dari Luthfia. Tak boleh! Bau Luthfia pun sudah mengancam.

Luthfia tersenyum senget bila melihat wajah Ayyan yang kian merah. Laki dia ni tahan malu atau tahan nafsu. Terlintas pula rancangan jahat di kepalanya. Sengaja nak sakat Ayyan.

Luthfia perlahan-lahan membuka ikatan tali dipinggangnya. Melihat jari jemari Luthfia yang sengaja bermain di tali tersebut membuatkan Ayyan berdehem kuat.

"Xan...dra..." terasa nafasnya sesak pula melihat lilitan tersebut yang sudah terlepas menampakkan baju tidur Luthfia yang seksi itu.

"Ya abang.." Luthfia pun semakin giat menyakat suaminya lagi-lagi bila dia memanggil Ayyan dengan panggilan abang. Jantung tak aman!

"Stop Xandra!" Ayyan pantas menutup bahagian hadapan yang sengaja dibuka oleh isterinya.

Tergelak kuat Luthfia dengan sikap Ayyan yang kelihatan sudah tak mampu dengan godaannya. Mendengar gelak tersebut membuatkan Ayyan sedar yang dia sedang dipermainkan oleh isterinya sendiri.

Luthfia terlalu sakan gelak sampaikan dia tak sedar yang ada mata sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.

Satu saat

Dua saat

Gelak Luthfia kian perlahan apabila dia sedar sepertinya dirinya sedang diperhati. Tepat dengan jangkaannya, anak mata Ayyan tajam memandang kearahnya.

"Puas gelakkan aku?" suara Ayyan kedengaran sangat dalam. Dia tak tahu sama ada suaminya marah atau sebaliknya tapi nampak gayanya Ayyan lebih kepada marah.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now