Xandra-72

26K 1.3K 175
                                    

Tak jalan dengan ubat, demam Haura bukan semakin membaik melainkan anak kecil ini semakin tinggi suhu badannya.

Tak tidur Luthfia menjaga anaknya. Badan Haura menggigil dengan kuat membuatkan Luthfia risau melihat keadaan anaknya.

"Mama, Haura cejuk." Ujar Haura dengan bibir yang sedikit menggeletar.

"Kita pergi hospital ya sayang. Mama risau." Nak menangis dia melihat anaknya yang kesejukan. Kipas dan aircond langsung tak hidup tapi Haura tetap sahaja menggigil.

"Haura tak nak. Nanti kena cucuk."

"Siapa yang berani cucuk anak mama? Tak ada sesiapa pun yang boleh sakitkan Haura."

Haura tersenyum gembira.

"Kita pergi hospital ya." Melihat senyuman Haura membuatkan hati Luthfa terikut senang.

"Kalau Haura cembuh, Haura jumpa abang encem lah kan mama?" abang handsomennya memang tak dilupakan.

"Abang encem Haura ni wujud ke sayang? Haura jumpa dekat mana?" takut sahaja dia anaknya ni berhalusinasi.

"Wujud tu apa mama?" terkebil-kebil Luthfia dengan soalan mamanya.

"Tak apalah sayang, nanti je lah mama terangkan apa maksud wujud tu. Sekarang ni kita pergi hospital ya." Takut kalau dia terangkan makin banyak pula soalan tak terduga Haura. Silap-silap dia ikut demam sekali.

Haura mengangguk dengan senang. Luthfia terus sahaja berlari ke almari baju mencari jaket untuk menyelubungi badan anaknya.

"Haura pakai ini ya sayang. Tak lah sejuk." Jaket tersebut disarung terus ke badan anaknya. Haura ikut sahaja apa yang dilakukan oleh Luthfia.

Selesai dia uruskan Haura, Luthfia bergegas mengambil dokumen yang diperlukan.

Segala keperluan dimasukkan ke dalam beg tangannya dan disangkut di bahunya. Badan Haura didukung kemudian dia keluar dari bilik. Dia langsung tak kejutakan Noah dengan Bianca. Biarlah mereka berdua rehatkan diri.

Sampai sahaja mereka di klinik, Haura terus dilayan. Tak jadi mereka ke hospital takut Haura ditahan pula.

"Mama, Haura takut." Badan Luthfia dipeluk dengan erat.

"Mama ada sayang." Dicium dahi Haura.

"Puan baringkan anak Puan dulu ya." Arah doktor tersebut.

Luthfia ikut sahaja arahan tersebut. Badan Luthfia dibaringkan diatas katil yang disediakan.

"Saya check dulu ya." Baju Haura diselak untuk memudahkan dia membuat pemeriksaan keatas badan Haura.

Haura menurut sahaja. Tangannya tak lepas dari memegang tangan Luthfia.

Selepas doktor membuat pemeriksaan, badan Haura didukung semula lalu dia mengambil tempat duduk di hadapan doktor itu.

"Anak Puan demam biasa sahaja. Tak ada yang perlu dirisaukan. Saya bagi ubat demam dengan antibiotik lah ya Puan." Ujar doktor itu dengan senyuman yang tak lepas dari bibirnya.

"Adik comel, nanti jangan lupa habiskan ubat yang dibagi ya."

"Haura tak comel. Haura cantik, kan mama?" kemam bibir Luthfia dengan soalan anaknya.

"Mana-mana yang buat awak senanglah Haura."

Tergelak kecil doktor tersebut dengan kerenah mereka berdua. Comel lah.

"Puan ambil ubat dekat depan ya." Ujar doktor tersebut.

Sebelum berlalu pergi, Luthfia sempat mengucapkan terima kasih kepada doktor itu. Nasiblah anaknya tak ditahan. Risau juga dia.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now