Ayyan diam menghadam apa yang disampaikan oleh Jebat. Dokumen berkaitan Haura dipandang sepi. Sijil kelahiran Haura memang berbintikan namanya. Setahunya Luthfia gugur, bila masa dia mengandungkan Luthfia.
"Semalam servis terbaik kau bagi dekat aku."
"Ya Allah,"
Jebat memandang pelik reaksi Ayyan. Sudah kenapa dengan lelaki ni?
"Jadi, malam tu..."
"Malam bila?" Jebat ingin tahu apa yang terjadi malam tersebut.
"Ya Allah, Jebat. Aku dah ada anak! Aku dah jadi papa!" teruja sahaja suara Ayyan kedengaran.
Mukanya yang suram serta merta berubah ceria.
"Mood kau dengan Haura memang macam ni ke? Sekejap sedih, sekejap gembira." Pelik Jebat dengan anak beranak ni.
"Jadi yang datang office itu hari memang Fia lah, isteri aku?" Ayyan tak berminat nak jawab soalan Jebat. Itu tak penting.
Jebat merehatkan badannya di belakang sofa. Penat betul layan drama laki bini ni. Bila lah nak tamat. Dia nak kahwin dengan Alayna ni.
"Hmm, dialah tu." Balasnya dengan malas.
Ayyan tergelak sinis. Pandai betul Luthfia nak berlakon.
"Tak sangka Luthfia suka berdrama." Jebat melihat sahaja senyuman yang tersungging di bibir Ayyan. Apa lagilah drama yang bakal dia lihat ni.
"Bagi aku location rumah Fia. Aku nak jumpa Haura." Laju sahaja Ayyan berdiri dari duduknya. Kunci keretanya tak dilupa diambil.
"Kau dah okey ke?" soal Jebat. Tak pasal-pasal dia ditelefon lagi bagitahu Ayyan pengsan. Dia nak rehat.
"Okey je lah. Nanti send location dekat aku." Ayyan terus sahaja keluar dari ruang tamu tersebut. Dia nak tebus balik kesalahannya dekat Haura.
...
Haura termenung sendiri di dalam biliknya. Mamanya baru sahaja keluar disebabkan ada urusan kerja.
"Haura, okey tak sayang?" soal Bianca dengan lembut. Luthfia sudah ceritakan kepada mereka apa yang dah terjadi tadi. Nak salahkan Ayyan, tak boleh juga. Ayyan pasti terkejut dengan semuanya.
Bibir kecil Haura muncung ke hadapan. Kecewa dia bila abang encemnya tak layan dia.
Noah mengetuk pintu bilik Haura sebagai minta izin untuk dia masuk ke dalam.
"Boleh papa masuk?" soal Noah.
"Boyeh..." perlahan sahaja suara Haura. Dia masih lagi bersedih.
Noah tergelak kecil. Comel betul lah anak Ayyan ni.
"Haura, papa ada surprise untuk awak." Katanya dengan kaki yang semakin dekat ke arah Haura.
Haura langsung tak teruja dengan surprise yang dikatakan oleh Noah. Tak ada yang boleh buat dia teruja selain abang encemnya.
"Betul ni tak berminat dengan surprise papa. Boleh menyesal Haura." Bianca memandang wajah suaminya. Kelihatan Noah tersenyum sahaja membalas pandangan bingung Bianca.
"Abang encem Haura ada dekat bawah." Bukan setakat Haura terkejut Bianca turut sama ternganga seperti Haura.
Tanpa berkata Haura terus turun dari katilnya dan kaki pendeknya berlari keluar melihat abang encemnya. Bianca dan Noah ikut kelam kabut mengejar Haura. Boleh jadi Haura tak tengok tangga disebabkan teruja nak berjumpa dengan Ayyan.
Ayyan yang berada di bawah gemuruh menunggu reaksi anaknya. Takut bila Haura tak nak berjumpa dengannya.
"Abang encem Haura..." dia boleh mendengar suara Haura memanggilnya. Tak tertahan Ayyan dengan suara kecil tersebut.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
CasualeRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...