Xandra-62

34.3K 1.8K 201
                                    

Lepas sahaja Luthfia tukar cadar dan selimut, dia terus bawa dirinya masuk ke bilik mandi. Pancuran air dibuka kemudian dia duduk memeluk lututnya. Dibiarkan badannya dibasahi air dingin tersebut.

Matanya dipejam menghilangkan semua kata-kata yang dikeluarkan oleh Ayyan tadi. Dia tak nak ingat apa yang dikatakan oleh Ayyan. Sakit! Hatinya sakit.

"Ayyan, kau jahat!!" luah Luthfia.

"Kau buat aku macam pelacur!!" teriak Luthfia dengan kuat.

Dia kecewa dengan Ayyan. Kalau betul Ayyan nak balas apa yang dia dah buat, dia memang terima tapi bukan seperti ini. Dilayan seperti perempuan tak ada maruah!

"Mama"

"Papa"

"Viera"

"Tolong aku!" pintanya dengan suara yang timbul tenggelam disebabkan air yang deras membasahi dirinya. Luthfia merehatkan dahinya dikepala lutut dan kedua-dua tangannya digenggam dengan kuat.

Dua pulut minit dia biarkan dirinya basah. Luthfia langsung tak bergerak dari tempatnya. Apa yang dia buat sepanjang dua puluh minit itu adalah termenung kosong sahaja.

Kepalanya kian berat terasa nak pengsan sahaja. Begitu juga dengan sendi-sendinya. Senanglah Ayyan, lepaskan nafsu dengannya. Yang tanggung semua sakit dia sendiri.

Luthfia berdiri dari duduknya. Untuk sesaat kakinya terasa kejang. Terpaksalah dia berdiri perlahan-lahan. Matanya memandang sepi tubuh yang sudah lecun dengan air. Tergelak kecil dia melihat dirinya yang sudah tak teratur. Ini bukan dirinya.

Dengan langkah yang lemah, Luthfia keluar dari bilik tersebut dengan air yang masih lagi menitik dihujung bajunya. Peduli apa dia kalau bilik Ayyan nak banjir.

Baju yang basah tadi ditukar dengan segera. Dia nak pergi hospital periksa keadannya.

...

Emyr dan Fathi memandang pelik wajah Ayyan. Kenapa mereka lihat Ayyan tenang sahaja.

"Kau ada sembunyikan apa-apa dengan kami ke?" soal Emyr. Dia curiga dengan ketenangan Ayyan.

"Sembunyi apa? Sibuk je nak tahu urusan aku." Balas Ayyan dengan tenang.

Berkerut dahi Emyr mendengar balasan tersebut. Ada yang pelik ni.

"Kau betul ke dah maafkan Fia? Bukan main sweet lagi aku tengok kau layan Fia tu." Bukan nak sibuk tetapi rasa ingin tahunya tinggi.

Mendengar nama Luthfia membuatkan bibirnya tersenyum nakal. Masih dia tak lupakan apa yang Luthfia bagi semalam. Harap benihnya melekat di rahim Luthfia.

"Yang kau senyum miang ni kenapa?" bertambah lagi kerutan di dahi Emyr dan juga Fathi. Angau ke lelaki satu ni?

"Boleh tak jangan nak sibuk urusan aku?" senyuman yang tadinya terus hilang dan diganti dengan muka tegangnya. Terundur terus mereka berdua melihat perubahan Ayyan.

"Luthfia period ke sampai moodnya terjangkit dekat kau?" Selamba sahaja Emyr berkata. Tisu kotor yang berada dihadapannya dilempar ke arah Emyr.

Emyr garu kepala. Soalannya salah ke?

Fathi diam sahaja memerhati pergaduhan kecil mereka berdua. Macam budak kecil sahaja.

Malas nak melayan Ayyan dan Emyr, dia memandang ke luar. Tanpa sengaja matanya terpandang pula seseorang yang sangat dia kenal.

"Viera..." rasanya suaranya kecil sahaja tetapi mampu menarik perhatian Ayyan dan Emyr.

"Mana?" Emyr terus sahaja memandang ke luar tempat dimana Fathi sedang melihat.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now