Xandra-35

28.9K 1.7K 298
                                    

Sudah dua hari Luthfia tak bercakap dengan suaminya. Sejak pergaduhan kecil yang berlaku tempoh hari membuatkan emosi Luthfia terganggu. Semuanya tak kena di matanya.

"Cik Puan okey?" soal Bianca. Dia dengan Noah perasan akan wajah Luthfia yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu yang membuatkan wanita itu serabut dan tak terurus sedikit.

"Tekak I loya." Balasnya dengan kerutan di dahi.

Noah dan Bianca saling berbalas pandang. Mereka yakin yang Luthfia mengandung.

"Balasan sebab kau derhaka dekat Ayyan." Sindir Noah dengan wajah yang sengaja dibuat serius.

Luthfia memandang Noah dengan pandangan yang tajam. Main sindir pula.

"Abang..." panggil Bianca dengan nada meleret. Ibu mengandung ni mana boleh diusik macam tu. Lagi-lagi yang mengandung Luthfia. Boleh bertukar jadi singa nanti.

"Tak ada yang salah dengan kata-kata aku." Tenang sahaja Noah bersuara. Dia nak sedarkan sikit kedudukan Luthfia ni sebagai seorang isteri.

Raut wajah Luthfia semakin berkerut. Dia dah tak kisah dengan sindiran tersebut. Loyanya semakin menjadi-jadi.

Luthfia mengundurkan kerusi menggunakan kakinya. Selepas itu, dia terus berlari menuju ke tandas mengeluarkan segala isi yang membuatkan dia tak selesa.

Bianca ikut berlari mengejar langkah Luthfia. Kesian pula dia melihat majikannya. Noah pula hanya membiarkan sahaja mereka berdua di dalam tandas. Pandailah Bianca urus Luthfia.

"Okey tak ni?" Luthfia sudah selamat baring di atas sofa ruang tamu. Bianca mengambil tempat duduk dihadapan sofa tersebut.

"Abang boleh tak ambil air untuk Cik Puan." Pinta Bianca. Noah ikut sahaja arahan isterinya tanpa keluarkan sebarang kata-kata.

"Masih nak muntah?" soal Bianca dengan penuh prihatin.

Luthfia menggelengkan kepalanya. Rasa nak muntah dah tak ada cumanya rasa tak selesa sahaja di bahagian tekaknya.

"Cik Puan hidu dulu minyak angin ni." Bianca menghulurkan minyak angin yang dia pegang dari tadi.

Luthfia menolak lembut huluran tersebut. Dia tak terasa nak hidu minyak angin atau yang sewaktu dengannya.

"Hantar I naik bilik. I nak tidur." Pinta Luthfia. Bianca dengan segera membantu Luthfia berdiri dari sofa tersebut dan membawa badan Luthfia naik ke tingkat atas.

Dalam masa yang sama Ayyan turut terlantar lemah di sofa bilik kerjanya. Dia juga tak henti keluar masuk tandas mengeluarkan semua isi perutnya.

Emyr memandang kesian sahaja wajah kawannya. Bibir Ayyan dah kering ditambah lagi yang sudah bertukar pucat.

"Kau tak nak pergi klinik ke? Teruk sangat dah keadaan kau ni." Ujar Emyr dengan nada risau.

Ayyan menggeleng lemah. Dia dah tak larat nak berjalan. Dengan keadaannya ni membuatkan dia nak tidur sahaja.

"Suka hati lah! Jangan nak mati baru terhegeh-hegeh nak minta tolong." Bebel Emyr dengan geram. Ayyan tersenyum tipis mendengar bebelan tersebut. Dia bukannya sakit tenat, demam je pun. Emyr saja je nak lebih-lebih.

...

Bianca sudah tak tahu nak buat apa. Luthfia dari tadi tak henti keluar masuk tandas. Muka wanita itu sudah pucat dan kelihatan lemah sahaja.

"Apa kita nak buat ni? Cik Puan tak nak pergi hospital." Dia takut majikannya pengsan atau berlaku sesuatu yang dia tak ingini.

"Aku telefon Mel dulu, minta tolong dengan dia." Nombor Melisa terus sahaja didail. Dua minit juga dia menunggu panggilannya disambut.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now