Xandra-41

28.8K 1.8K 106
                                    

Red mendekati pasangan sejoli itu dengan senyuman. Luthfia yang melihat senyuman Red hanya mampu memaki di dalam hatinya.

"Kenapa terburu sangat ni?" pelik Ayyan melihat gaya Luthfia yang sepertinya nak lari dari sesuatu.

Red semakin mendekat kearah Luthfia dan semakin jarak mereka hampir, wajah Luthfia sudah bertukar pucat.

"Kau okey ke ni? Kenapa bibir kau pucat sangat?" bibir Luthfia tadi memang tak dioles dengan lipstik membuatkan wajah itu sedikit pucat.

"I..."

"Xandra..." tertoleh terus kepala Ayyan apabila nama isterinya diseru. Selalunya orang yang kenal Luthfia akan panggil isterinya dengan nama Fia sahaja. Baru kali ini ada orang yang berani panggil Luthfia dengan nama Xandra.

"Shit!" maki Luthfia dengan nada yang sangat perlahan. Hanya dia sahaja yang boleh dengar makian tersebut.

"Xandra, right?" soal Red dengan wajah polosnya.

"How did you find out her name is Xandra?" soalan dibalas dengan soalan. Hal begini pun boleh mengundang rasa marah Ayyan.

Red hanya gelak kecil sahaja mendengar soalan tersebut.

"Kau kenal dia ke?" kali ini soalan pula diberikan kepada isterinya yang sedang memeluk lengan.

Luthfia pantas sahaja menggelengkan kepalanya. Matanya tajam mencerun memandang Red yang sedang tersenyum polos.

"We've never met before. I cuma nak balikkan lipstik ni dekat wife You." Red pantas sahaja membetulkan anggapa Ayyan terhadap dirinya.

Terdiam sekejap Ayyan apabila mengetahui lelaki asing ini boleh bercakap melayu. Matanya melirik ke arah lipstik yang dipegang oleh lelaki tersebut. Itu, memang lipstik isterinya. Macam mana boleh ada dengan lelaki lain?

"Kau curang ke Xandra?" tepuk dahi Luthfia dengan soalan merepek Ayyan.

"Ikut You lah Ayyan. Nak percaya lelaki bodoh ni atau I." Langsung tak ada serba salah apabila dia menggelar Red sebagai lelaki bodoh.

Dan selepas itu, Luthfia berlalu meninggalkan dua lelaki itu dengan perasaan marah dan geram. Dahlah dia berdiri di bawah matahari yang panas ditambah lagi dengan Red yang sengaja memanaskan lagi keadaan.

Red hanya mengangkat bahunya sahaja. Boleh tahan juga lakonan Luthfia ni. Matanya melirik ke arah Ayyan dengan pandangan kasihan. Kalau lah lelaki ini tahu apa yang Luthfia dah buat di belakangnya, memang tak lepas lah perempuan tu.

Ayyan nak mengejar isterinya tetapi langkahnya terhenti. Badannya ditoleh kebelakang semula melihat lelaki asing itu.

Tanpa berkata, Ayyan mengambil barang isterinya yang masih berada di tangan lelaki tersebut.

"Non riporre la tua fiducia in Luthfia." Terhenti terus langkah Ayyan apabila Red tiba-tiba keluarkan suaranya setelah lama dia diamkan diri.

"Ha?" bingung jadinya dia bila lelaki itu berbahasa Itali sekali dengan senyuman yang penuh misteri.

Red hanya melambaikan sahaja tangannya dan dia berlalu tanpa menjawab soalan Ayyan. Biar hidup lelaki itu tak aman memikirkan apa yang dia katakan tadi.

"Kalau nak mencarut tu pakai lah bahasa melayu. Senang sikit nak faham." Bebel Ayyan dengan geram.

...

Luthfia menghempas kuat pintu rumah milik Tengku Faiza. Rasa marahnya menjadi-jadi pula dengan tuduhan Ayyan tadi. Curang? Tolonglah!

"Kenapa marah sangat ni? Aku tanya je kan." Pening betul dia layan perangai Luthfia ni. Nak marah tapi isterinya ni tengah mengandung.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now