Xandra-51

27.8K 1.7K 170
                                    


Ketukan di luar membuatkan mereka bertiga memandang ke arah pintu tersebut. Muncul wajah Ayyan disebalik pintu tersebut.

"Kau dah sedar?" gembira sahaja wajahnya bila melihat Luthfia sudah sedarkan diri.

Noah dan Bianca melemparkan senyuman kepada Ayyan. Wajah mereka cuba dimaniskan sebaik mungkin tak nak lelaki itu tahu betapa marahnya mereka setelah tahu apa yang Luthfia sudah buat terhadap Haider.

"Korang berdua dah nak balik ke?" kelihatan pasangan suami isteri itu sudah bersiap-siap seperti mereka nak tinggalkan ruangan ini.

"Iya Tuan! Puan muda pun dah sedar dan keadaan dia pun baik-baik sahaja jadi kami nak balik dulu." Bianca menjawab dengan lembut. Tangannya mengenggam erat tangan Noah.

"Terima kasih dah jaga Xandra." Ucap Ayyan dengan ikhlas.

"Tak perlu nak berterima kasih dengan kami. Dah tanggungjawab kami untuk jaga dia!" kali ini Noah yang menjawab.

"Kami keluar dulu Tuan." Bianca menarik tangan suaminya untuk keluar dari bilik tersebut. Dia langsung tak menoleh ke belakang. Malas nak melihat wajah kepura-puraan Luthfia.

Keluar sahaja pasangan tersebut, badan Ayyan terasa nak tumbang kearah Luthfia. Nasib sahaja Luthfia pantas menahan tubuh tersebut dari menghimpit dirinya.

"You kenapa?" Luthfia membantu Ayyan untuk duduk di atas katilnya.

Ayyan terus sahaja merehatkan kepalanya di bahu Luthfia. Dia cuba untuk kuat namun dia juga manusia biasa.

"Kepala aku sakit Xandra." Adu Ayyan.

Luthfia memeluk leher suaminya. Kesian kesayangan Xandra. Sakit!

"Aku dah buat Haider terlentar di hospital."

Luthfia mengusap lembut belakang suaminya menenangkan Ayyan yang sudah tenggelam dengan rasa sedih.

"Bukan salah you Ayyan."

Rasanya dia dah boleh berehat sekejap. Dia penat sangat dengan nak hadapi semuanya dalam satu masa yang sama.

Matanya pun kian memberat, membawanya ke suatu tempat yang selesa. Keluar dari semua masalah.

Luthfia terasa badannya semakin memberat dan terdorong ke belakang.

"Ayyan? Ayyan?" panggil Luthfia namun tak ada sahutan pun.

"Aduh, nak pengsan pula." Malas betul dia nak urus suaminya ni. Kenapa tak pengsan dekat luar, nak juga disini.

"Menyusahkan betul lah!" badan Ayyan ditolak kasar menjauhi dirinya. Mata lelaki itu sudah tertutup rapat menandakan Ayyan memang dah tak sedarkan diri.

...

Entah berapa lama Ayyan tak pengsan, celik sahaja matanya raut cemas Luthfia menyapa di pandangannya.

"Jangan macam ni lagi abang. You takutkan I," dia baru sahaja sedar dah kena marah dengan bini sendiri. Dia ingat Luthfia nak lah bagi ayat-ayat manis ternyata sebaliknya. Hormon ibu mengandung kot.

"Yang abang nak senyum ni kenapa? Mimpi perempuan cantik dari I lagi ke?"

Ayyan menganggukkan kepalanya membuatkan darah Luthfia mendidih dengan sendirinya.

"Hmmm, aku mimpi aku duduk dengan perempuan cantik sekali dengan baby perempuan yang comel." Ujar Ayyan tanpa mempedulikan reaksi Luthfia yang sudah naik angin.

"Arghh! Dasar lelaki. Satu tak cukup!" peluk tubuh Luthfia menunjukkan betapa marahnya dia saat ini.

Ayyan menarik lengan Luthfia sehingga tubuh itu terjatuh di atas dadanya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now