Awal pagi lagi mood Luthfia sudah tak baik. Nasib sahaja demamnya sudah kebah dan sakit kepala juga sudah berkurang kalau tak mungkin seharian ni dia tak ada mood. Apa tak, Ayyan dah ajak dia balik ke rumah memandangkan Tengku Aryan yang meminta untuk pulang sahaja. Rumah tempat yang sesuai untuk mereka berbincang.
"Jomlah Xandra, nanti ada masa baru kita bercuti lagi." Pujuknya dengan lembut.
"Yang bermasalah kan daddy dengan mummy, kita tak payahlah balik."
Ayyan mengambil tempat disebelah isterinya.
"Janganlah macam ni."
"I tak nak balik!"
"Aku kan anak mummy daddy, aku perlulah ada untuk dengar perbincangan diorang. Aku janji, lepas selesai semua urusan, aku bawa kau bercuti sekali honeymoon." Rambut yang menutupi sebahagian wajah Luthfia diselitkan kebelakang telinga.
Luthfia berdecit geram. Benci betul lah dengan Ayyan ni. Biarlah orang tua tu nak urus sendiri, ini nak juga menyampuk. Bukan boleh buat apa pun.
"Kalau macam tu, I kemas baju dulu." Dia berdiri dari duduknya nak menuju ke begnya namun Ayyan menarik tangan sehingga di terduduk semula.
"Aku nak tanya kau, semalam kau ada sebut pasal adik. Kau ada adik ke?" kelat sahaja liur yang ditelan mendengar soalan tersebut.
"I kan dah pernah bagitahu you yang I tak ada adik beradik. Semalam, I mengigau. You sendiri yang kata I ni suka merepek. Jangan percaya lah dengan apa yang I kata semalam." Ujarnya dengan raut wajah yang tenang.
Ayyan diam sahaja memerhati Luthfia. Wajahnya langsung tak beriak membuatkan Luthfia tak senang duduk.
"Okey." Ujar Ayyan kemudian dia terus berdiri untuk siapkan rambutnya.
Luthfia bernafas lega. Harap sangat yang Ayyan tak fikir sangat apa yang dia kata semalam.
...
Sampai sahaja mereka di rumah Tengku Aryan keadaan rumah sudah tegang.
"Awak ceraikan je lah saya. Tak ada guna nak simpan saya." Ujar Tengku Faiza memecahkan kesunyian ruang tamu tersebut.
Luthfia memandang sahaja wajah Malia dan kebetulan wanita itu juga memandangnya. Luthfia tadi sempat tinggalkan pesanan kepadanya. Apa pun yang terjadi, dia tak nak Tengku Aryan ceraikan Tengku Faiza dan mahu tak mahu Malia terpaksa setuju sahaja arahan tersebut kerna nyawa suaminya menjadi taruhan.
"Akak, kita boleh bincang dengan cara baik kan. Saya tahu, abang masih sayangkan akak." Pujuk Malia.
Tengku Faiza tergelak dan kedengaran bunyi ketawa tersebut tak ikhlas.
"Kau nak bincang apa lagi? Sepatutnya kau happy sebab aku dah bagi suami aku dekat kau, tak payahlah kau nak berkongsi dengan aku." Sinis sahaja nadanya kedengaran.
"Kau boleh tak cakap baik-baik dengan Malia." Tegur Tengku Aryan.
Ayyan hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Dia pun tak tahu nak cakap macam mana. Dia tak nak mummy daddynya berpisah.
"Dalam mimpi! Penyondol tak tahu malu macam ni mana layak nak dilayan dengan baik. Dia dengan sampah dua-dua sama je lah. Busuk!"
"Faiza!" kali ini nada suara Tengku Aryan keras menandakan dia tak suka dengan cara isteri pertamanya.
Malia yang duduk disebelah suaminya mengusap lembut lengan Tengku Aryan.
"Mummy, daddy, boleh tak kita bincang elok-elok. Tak payah nak pakai nada yang tinggi. Sampai esok, benda ni tak akan selesai." Akhirnya Ayyan mula bersuara. Dia pun pening dengan suara mummy daddnya ni. Dua-dua tak nak kalah dari segi kelantangan suara.

ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYAN LUTHFI
RandomRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...