Xandra-36

28.8K 1.8K 178
                                    

Luthfia langsung tak ada rasa bersalah melayan suaminya dengan kasar. Dia tak peduli pun dengan Ayyan. Seharian ni dia hanya berkurung di dalam biliknya.

Noah yang perasan akan cara Luthfia melayan Ayyan merempuh masuk bilik wanita itu. Dia tahan sahaja dirinya dari tak memarahi wanita itu disebabkan rasa hormatnya terhadap Ayyan masih ada. Ini pun dia masuk ke dalam bilik setelah Ayyan minta diri dahulu nak balik bersihkan badannya.

"Kenapa kurang ajar sangat dekat Ayyan? Ha?" marah Noah.

Luthfia hanya menunjukkan riak biasa sahaja. Gentar! Dia tak ada rasa gentar atau takut terhadap Noah.

Noah dengan beraninya mendekati Luthfia lalu lengan wanita itu dicengkam dengan kuat membuatkan badan Luthfia menghadap sepenuhnya dihadapan Noah.

"Yang kau nak sibuk ni kenapa? Suka hati aku lah nak layan dia macam mana!" balas Luthfia tanpa ada rasa takutnya.

"Ayyan tu suami kau! Jangan disebabkan dia terlalu baik dengan kau, kau layan dia macam sampah!"

"Dia layak dilayan macam sampah! Aku benci dengan lelaki bodoh tu! Sebab dia, benih lelaki tu ada dalam perut aku! Aku benci dia Noah!" ditumbuk dada Noah melepaskan rasa geram dan marahnya.

Semakin kuat cengkaman di lengan Luthfia apabila dia tahu punca sebenar Luthfia melayan Ayyan dengan buruk.

"Kau bercakap macam kau tak ada agama!" ujar Noah. Mukanya sudah bertukar merah. Jujur, dia geram betul dengan Luthfia.

"Kalau kau tak tahu apa-apa, bagus kau diam je. Jangan sampai kau hilang nikmat nak bercakap." Luthfia juga tak kalah dingin apabila membalas kata-kata Noah.

"Apa yang aku tak tahu? Kau bersyukur diberi rezeki mengandung awal. Kau pernah tak fikir perasaan orang lain yang nak ada anak tapi dia tak boleh mengandung? Pernah?"

"Mesti tak pernah kan Fia sebab bukan kau yang hadap ujian tu!" dia kecewa kerna Luthfia tak tahu apa yang dia dan Bianca lalui.

Noah melepaskan cengkamannya di lengan Luthfia bersama dengan wajah mendung.

"Selama aku bekerja dengan kau, aku tak pernah kecewa dengan apa yang kau buat tapi kali ni jujur, aku kecewa sangat Fia. Sebab dendam je kau boleh benci Ayyan, benci anak korang berdua."

"Sudah-sudahlah dengan dendam kau! Berhenti sebelum terlambat Fia." Nasihat Noah kepada wanita tersebut.

Luthfia menggelengkan kepalanya.

"Satu je aku minta Noah. Jangan pernah nak minta aku berhenti. Aku buat semua ni untuk Viera. Ini je satu-satunya cara untuk aku tebus kesalahan aku yang abaikan dia sepanjang dia bergelar isteri Haider." Kelihatan ada air mata yang bergenang di tubir mata Luthfia.

"Kau fikir dengan cara ni buat Viera senang?" soal Noah balik.

Luthfia menggenggam erat kedua-dua tangannya. Dia nak nangis tapi bukan sekarang. Dia tak nak Noah nampak air matanya.

"Aku dah tak tahu nak nasihat apa dengan kau. Kalau kau tak nak berhenti dari terus balas dendam, okey kau teruskan je lah rancangan kau. Tapi satu je Fia. Jangan benci anak kau dengan Ayyan. Dia tak salah." Sebenarnya Noah juga penat meminta Luthfia untuk berhenti dari dendamnya. Dah berbuih mulutnya meminta tetapi Luthfia tetap berdegil.

"Aku minta satu je Fia. Jangan apa-apakan bayi dalam perut kau tu. Kalau kau tak nak, aku dengan Bianca sanggup jaga."

Luthfia hanya diam sahaja. Dia pun buntu dengan keadaannya sekarang.

"Keluar lah Noah!" halau Luthfia. Dia betul-betul serabut dengan semuanya. Dia belum bersedia nak ada anak apalagi anak itu adalah anak Ayyan. Lelaki yang paling dia benci.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now