Xandra-52

30.1K 2K 250
                                    

Emyr dan Fathi duduk berhadapan dengan Jebat. Jebat tenang sahaja bersama lollipopnya. Dia pelik kenapa dua manusia ni kelihatan tegang.

"Kau tahu semua ni tapi kau diam je?" bengang jadinya Emyr.

"Aku belum dapat bukti yang kuat untuk jatuhkan Luthfia." Tenang sahaja dia berbicara.

"Kalau aku bagitahu Ayyan, kau fikir lelaki tu nak percaya cakap aku ke? You know Ayyan, right? Lelaki tu tak akan percaya dengan apa yang dia dengar. Dia nak bukti juga barulah otak dia tu boleh berfungsi." Tangkai lollipop yang sudah habis diletak di atas meja dan tangannya menyeluk poket jaket kulit yang dia guna mencari lollipop yang dia kasi masuk sebelum dia keluar rumah.

"Kau tahu macam mana nak yakinkan Ayyan yang semua terjadi ni angkara Luthfia, isterinya sendiri." Ujar Emyr dengan serius.

"Tahu!" ketap gigi Emyr dan Fathi dengan cara santai Jebat. Kalau dah tahu, kenapa tak bertindak je. Memang nak tunggu salah seorang dari keluarga Ayyan mati ke?

"Noah! Cuma Noah je yang boleh bantu kita untuk bongkar semua perbuatan busuk Luthfia." Balas Jebat setelah perasan wajah tegang Fathi dan Emyr.

"Kalau macam tu, jomlah kita jumpa Noah. Aku tak sanggup nak tengok Ayyan dibodohkan oleh isteri sendiri!" jujur Emyr kecewa dengan Luthfia.

Dia tahu macam mana sayangnya Ayyan dengan Luthfia. Kalau Ayyan tahu semua ni adalah angkara isterinya, memang mati Luthfia ditangan Ayyan.

"Sabar! Luthfia ada dekat rumah Noah. Kalau kita pergi sekarang, tak jalan lah rancangan kita."

"Jadi apa kita nak buat sekarang?"

Jebat hanya diam sahaja. Rancangannya biarlah dia sahaja yang tahu. Sebelum dia nak jumpa Noah, dia nak jumpa seseorang dulu. Seseorang yang menjadi boneka Luthfia.

...

Red memandang sepi wajah lemah Haikal. Dia tak boleh nak tamatkan riwayat Haikal seperti yang disuruh oleh Luthfia. Dia bayangkan Haikal adiknya dan dia tak sanggup nak buat adiknya seperti ini.

"Uncle..." panggil Haikal dengan perlahan.

"Hmm..." Red hanya menggumam sahaja. Rokok yang berada di tangannya dimasukkan semula ke dalam mulutnya. Ini sahaja cara untuk tenangkan dirinya.

"Haikal rindu papa Ayyan."

"Haikal rindu papa Haider."

Pejam mata Red bila nama Haider meniti di bibir kecil Haikal. Budak ini belum tahu yang Haider sekarang koma dan terlantar di hospital.

"Aunty Fia jahat! Aunty selalu marah Haikal." Beritahu Haikal.

"Bila masa je perempuan tu baik Haikal." Kutuk Red dengan pandangan kosongnya.

Hanya kerna dendam Luthfia boleh bertindak sebegini. Kalau dulu dia sokong Luthfia tapi sekarang dia dah berhenti sokong perbuatan wanita itu. Luthfia kejam sehingga dia libatkan nyawa.

Sedang dia merehatkan diri, kedengaran tombol pintu dibuka. Red yang perasan terus sahaja mengambil pistol yang terletak elok di meja bersebelahan tempat dia duduk.

"Fia?" panggil Red namun tak ada sahutan pun. Tapi tak mungkin Luthfia yang datang. Perempuan itu tak bagitahu pun dia nak melawat sini.

Jebat melangkah masuk dengan raut wajah yang tenang. Kedua-dua tangannya terus sahaja diangkat apabila pistol yang berada di tangan Red menyambut kedatangannya.

"Woo, relaks! Aku datang ni dengan niat baik." Ujar Jebat dengan gugup. Dia mana ada bawa apa-apa senjata nak melawan Red. Lollipop je lah penuh di poket seluarnya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now