Xandra-11

30.4K 1.8K 163
                                    

Pejam celik, hari yang dinanti oleh Luthfia pun tiba. Perbincangan tempoh hari membawa berita gembira. Mama papanya pun sudah minta maaf atas kelakuan mereka terhadap Ayyan begitu juga dengan keluarga Tengku Faiza. Masing-masing merendahkan ego mereka demi memastikan nama mereka bersih.

Ayyan nampak sahaja setuju tapi dalam hati dia memberontak hebat. Selesai mereka nikah di pejabat agama, mereka berkumpul di rumah Luthfia kerna keluarga Luthfia akan berangkat pulang sekejap lagi. Majlis kahwin hanya diadakan kecil-kecilan sahaja. Setakat memenuhi apa yang dimahukan oleh Tengku Aryan.

"Tak nak tinggal sini untuk beberapa hari lagi ke?" sayu sahaja suara Luthfia ketika ini.

Puan Raihana tersenyum.

"Fia tahu kan papa ni sibuk dia macam mana? Mama tak boleh nak tinggalkan papa lama sangat, tak terurus papa awak tu." Katanya dengan tangan mengusap lembut pipi anaknya.

Tuan Ryan juga tersenyum melihat kerenah anaknya. Mata yang tadi memandang Luthfia kini memandang Ayyan yang berdiri dihadapannya. Baru beberapa minit status Ayyan berubah menjadi mertuanya.

"Ayyan," ditepuk lembut bahu Ayyan menyedarkan lelaki itu dari lamunannya.

Ayyan tersenyum tipis sahaja.

"Ayyan fikirkan apa? Termenung je papa tengok." Dia perasan tak ada senyuman gembira pun yang terhias di bibir Ayyan.

Ayyan diam tak menjawab. Tuan Ryan faham akan keadaan lelaki ini. Kahwin tanpa ada perasaan memang bukan mudah.

Tuan Ryan membawa Ayyan jauh dari anak dan juga isterinya.

"Papa tahu Ayyan tak cintakan anak papa dan papa minta maaf kalau perkahwinan ni satu paksaan untuk Ayyan." Katanya dengan nada yang cukup tenang.

"Tak, mana ada paksaan. Ayyan cuma belum sedia nak kahwin. Itu je." Ujar Ayyan membetulkan tanggapan Tuan Ryan.

"Tanggungjawab suami itu besar dan papa faham apa yang Ayyan sedang rasakan apalagi Ayyan dapat isteri seperti Luthfia. Luthfia tu tengok je dari luar seperti dia tak ada masalah tapi dalam hatinya dia menyimpan banyak hal. Dia suka pendam perasaan."

"Luthfia kurang kasih sayang dari kecil. Masa papa jumpa dia, dia duduk merempat dekat tepi jalan. Bila ditanya mana keluarganya, dia kata mama papapnya halau dia dari rumah. Kebetulan kami yang tak ada rezeki nak dapat anak terus sahaja membuatk keputusan untuk ambil Luthfia sebagai anak kami. Sampai sekarang, keluarga Luthfia tak ambil peduli dengannya. Papa dia meninggal pun kami tak tahu sehinggalah kami sendiri yang siasat keberadaan keluarga kandung Luthfia. Disitu baru kami tahu yang papanya sudah tiada."

"Papa tak pernah nampak Luthfia rapat dengan mana-mana lelaki. Itu yang papa dan mama terkejut bila dia bagitahu yang dia nak kahwin. Papa rasa Ayyan lelaki yang sangat beruntung. Luthfia selesa dan perlukan Ayyan jadi papa harap yang Ayyan boleh terima baik buruk anak papa." Katanya dengan mata yang langsung tak lepas dari memandang wajah Luthfia.

Ayyan juga sama. Dia turut memandang wajah Luthfia. Bukan masalah dia tak boleh terima Luthfia tapi wanita itu terlalu sama dengan Xaviera yang membuatkan dia teringat kembali dengan kakak iparnya.

"Pa, Fia tu ada adik beradik lain ke?" soal Ayyan.

"Tak ada, kenapa tanya?"

"Tak adalah." Ayyan terus sahaja menggelengkan kepalanya.

Luthfia dan Puan Raihana datang menghampiri mereka berdua. Luthfia terus sahaja berdiri disebelah suaminya. Ayyan masih segak dengan baju pengantin yang tersarung di badannya.

"Mama papa dah nak gerak ni. Ayyan, jagakan Fia untuk mama." Ujar Puan Raihana dengan sebak.

Ayyan menganggukkan kepalanya dan bibir membentuk senyuman tipis.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now