Xandra-06

34.4K 2K 91
                                        

Luthfia merenung sahaja muka budak kecil yang berada di pangkuan Ayyan. Emyr dan Fathi baru sahaja balik memandangkan urusan mereka juga sudah selesai.

"Budak ni umur berapa? Kenapa manja semacam je?" kata Luthfia dengan tak puas hati.

"Haikal umur lima tahun," jawabnya dengan ceria. Ayyan yang mendengar suara teruja Haikal tersenyum lebar tapi tak untuk Luthfia. Dia menjengilkan matanya kearah anak kecil itu.

"Budak busuk, aku dulu lima tahun dah disuruh cari duit sendiri. Kau..." Ayyan terus memandang kearah Luthfia apabila anaknya dipanggil budak busuk.

"Sedap mulut kau je panggil anak aku budak busuk."

"Dah lahir dari anak perampas memang busuk lah." Nada suaranya perlahan sahaja tak nak ianya sampai ke telinga Ayyan.

"I nak keluar dulu lah. Sejak ada budak ni, bilik you bau. Bau bangkai."

Ayyan menggeleng kepalanya. Pelik betul dia dengan perempuan satu ni.

"Haikal, duduk diam-diam boleh? Papa nak buat kerja." Ujar Ayyan selepas sahaja Luthfia pergi meninggalkan biliknya.

Haikal menganggukkan kepalanya. Dia dah biasa main sendiri jadi tak ada hal kalau disuruh diam-diam.

Ayyan membiarkan Haikal untuk bermain di ruang rehat. Dia terus sahaja menuju ke meja kerjanya menyambung semula kerja yang terbengkalai.

...

Kerja Ayyan sekali lagi terganggu apabila Alayna memanggilnya untuk melihat sesuatu. Melihat kepada cara Alayna yang tampaknya serius membuatkan dia mengikut sahaja ke mana Alayna membawanya. Haikal pula dibiarkan rehat di biliknya kerna anak kecil itu sedang tidur nyenyak.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" soalnya apabila kakinya dari tadi berjalan sahaja seperti tiada tempat nak berhenti.

Alayna berhenti di tempat Luthfia yang tukang cuci yang lain berada. Masing-masing sudah basah membuatkan Ayyan pelik. Di luar bukan main panas kenapa pekerjanya basah kuyup pula.

"Diorang bergaduh Tuan." Lapor Alayna.

Tercengang Ayyan dengan laporan tersebut. Matanya terus sahaja berpusat kearah Luthfia. Tak lain tak bukan perempuan ni lah yang cetuskan masalah.

"Siapa yang mulakan pergaduhan ni?" suara Ayyan membuatkan mereka semua menundukkan kepala kecuali Luthfia.

Adila menjeling sekilas kearah Luthfia yang langsung tidak takut dengan majikan mereka. Orang lain sudah kecut perut dia boleh berbalas pandang dengan Tuan Ayyan.

"Pekerja baru Tuan! Dia yang serang saya dulu." Jawab Asyikin dengan kepala masih tertunduk.

Terjongket kening Ayyan meminta agar Luthfia untuk menerangkan apa yang sudah berlaku.

"Memang I serang dia dulu." Tenang sahaja suara itu  mengiyakan apa yang dikatakan oleh Asyikin.

"Apa masalah kau ni? Sebelum kau datang kerja dekat sini, pekerja aku okey je tak ada pun istilah nak bergaduh sesama sendiri." Bengang betul dia dengan Luthfia ni.

"Tapi sejak kau muncul disini, semuanya jadi kacau bilau!" sambung Ayyan lagi dengan nada suara yang semakin kuat.

Luthfia melanggarkan lidahnya di dinding pipi lalu senyuman sinis terbentuk di bibirnya.

"Tak sangka you percaya bulat-bulat apa yang dia kata. You tak nak tahu kenapa I mulakan pergaduhan ni?" soal Luthfia kearah Ayyan yang sedang menunjukkan reaksi yang cukup tegang.

"Aku tak perlukan penjelasan dari kau. Aku tahu pekerja aku macam mana dan aku cukup kenal pekerja aku. Tak mungkin diorang ni yang buat hal melainkan kau sendiri yang cari pasal." Ayyan tak perlu dengar penjelasan.

HAYYAN LUTHFI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang