Xandra-33

29.3K 1.8K 63
                                        

Luthfia keluar dari kedai serbaneka tersebut dengan perut yang sudah kenyang. Okeylah dapat isi perut dengan meggi kosong.

Luthfia terus sahaja masuk ke dalam kereta. Keretanya terus sahaja meluncur dengan laju di atas jalan raya. Jebat yang melihat pemergiaan kereta Luthfia menggelengkan kepalanya.

"Laki bini sama je lah." Sempat lagi dia mengutuk pasangan tersebut.

Jebat mengekori kereta Luthfia. Jebat sentiasa jaga jarak untuk memastikan Luthfia tak perasan yang dia saat ini sedang diekori. Kereta Luthfia berhenti setelah lama dia berada di atas jalan raya.

Jebat bingung! Luthfia ni manusia ke? Kenapa wanita ini berani berhenti di tepi jalan dengan keadaan yang sudah gelap. Dahlah dia berhenti tepat di kawasan yang semak.

Luthfia keluar dari keretanya. Tanpa ada rasa takut, Luthfia masuk ke dalam semak samun tersebut. Tambah bingung Jebat.

"Perempuan ni biar betul." Garu kepala Jebat. Dia bingung sama ada nak ikut atau sebaliknya.

Baru sahaja Jebat nak keluar dari kereta, pintu keretanya ditolak dari luar.

"Kau dah boleh balik! Fia biar aku yang urus." Ujar Ayyan dengan matanya langsung tak lari dari terus memerhati Luthfia.

"Kau tak takut ke Ayyan? Apa urusan Fia datang disini? Apa yang dia cari?" soal Jebat. Luthfia sangat susah nak difahami.

"Kau tak payah sibuk lah!" Ayyan menjeling Jebat.

"Kata tak sayang, aku baru usha sikit dah cemburu macam ni. Aku ni kawan kau." Kedengaran nadanya sedikit merajuk.

"Diamlah! Aku nak urus bini aku dulu." Malas dia nak layan Jebat.

Jebat sekali lagi menaikkan bibirnya. Ayyan ni bingung dengan perasaannya. Dia yakin Ayyan dah sayang dan cinta dengan Luthfia tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia menafikan perasan tersebut.

...

Luthfia melangkah dengan tenang. Dia langsung tak ada rasa takut berjalan sendiri di hutan ini. Tempat ini banyak meninggalkan kenangan manis. Tempat dimana dia dan Xaviera berlindung.

Rumah pokok yang dia bina mula kelihatan. Rumah pokok ini dulu hasil usahanya sendiri. Rumah kecil ini lah tempat dia dan Viera selalu berteduh, hilangkan penat lepas balik dari sekolah. Ini rumah mereka. Biarpun kecil tetapi mereka bahagia tinggal disini. Ada rumah besar tapi kalau selalu menjadi mangsa pukul mama papa mereka pun tak ada guna. Rumah itu seperti penjara sahaja.

Ayyan ikut sahaja kemana isterinya melangkah. Luthfia memang berani. Tanpa Ayyan sedar, dia terpijak ranting pokok yang menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Seketika Ayyan kaku di tempatnya.

Luthfia yang mendengar bunyi tersebut terus sahaja menoleh ke belakang. Tiada bayangan sesiapa dia nampak.

Malas nak fikir yang bukan-bukan, Luthfia buat bodoh sahaja. Selama ini tiada pula dia terima gangguan mistik. Ada satu masa tu, dia siap tidur lagi di rumah pokok ini.

Ayyan bernafas lega. Nasib sahaja Luthfia tak terlalu fikirkan bunyi ranting pokok ini. Dia keluar dari tempat persembunyiannya. Langkah Luthfia dikejar. Kali ini dia lebih berhati-hati.

Baru dua langkah, bayangan Luthfia sudah tak kelihatan. Dia melihat disekelilingnya. Kosong! Tak kan dia dah sesat.

Luthfia yang terlebih dahulu mengubah laluannya tersenyum sinis. Macam mana pula Ayyan boleh ada dekat sini?

"Cari I ke?" soalnya dari belakang. Ayyan pantas sahaja menoleh ke belakang. Kelihatan mukanya tak percaya dengan apa yang dia lihat. Macam mana pula Luthfia boleh ada dibelakangnya?

HAYYAN LUTHFI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang