Sudah tiga hari Ayyan tak pulang ke rumah. Kali terakhir dia jumpa suaminya selepas dia pulang dari klinik tempoh hari. Luthfia tak fikirkan sangat apa yang dah terjadi dekat Ayyan. Mungkin lelaki itu sudah mati. Baguslah kalau mati.
"Sabar Fia, sikit lagi kau lepaslah dari mamat psiko ni." Luthfia cuba untuk pujuk dirinya. Dia percaya dengan Noah dan bergantung sepenuhnya dengan lelaki itu. Lagipun Noah tak akan kecewakannya.
Luthfia mengatur nafasnya. Tak tahulah sekarang ni dia cepat sangat berdebar seperti ada sesuatu buruk yang nak terjadi.
"Tenang Fia! Tenang!" diurut dadanya menenangkan lagi dirinya.
Apabila dirinya sudah tenang, Luthfia berdiri dari duduknya. Dia nak cari kerja untuk sibukkan dirinya.
Kakinya dibawa naik menuju ke bilik Ayyan. Bilik lelaki itu nak dikemas, nanti tak pasal-pasal dia datang mengamuk tengok bilik macam kandang kambing.
Kemas punya kemas bilik suaminya, dia tiba-tiba berminat nak selongkar satu almari baju yang dia tak pernah nak sentuh. Selama ni baju Ayyan hanya digantung di wardrobe khas untuk baju kerjanya.
Almari yang satu ni dia belum pernah buka pula.Kerna terlalu penasaran ingin tahu isi didalamnya, Luthfia buka pintu almari tersebut tanpa ada rasa takut.
"Kotak?" beberapa kotak tersusun rapi di dalam almari tersebut. Luthfia keluarkan satu persatu kotak tersebut, nak lihat isi didalamnya.
Luthfia buka kotak tersebut dengan berhati-hati. Dia tak nak Ayyan perasan yang tangannya ni sudah menyentuh barang-barang peribadinya. Kotak tersebut dibuka. Kelihatan ada album didalamnya dan entah kenapa hatinya tak sedap pula.
Tangannya sedikit menggeletar nak mencapai album tersebut. Muka hadapan dibuka. Selak sahaja gambar Xaviera menyapa di anak matanya.
"Viera?" kenapa muka adiknya ada dalam album ni dan lebih dia tertanya lagi kenapa barang ni Ayyan yang simpan?
Luthfia menyelak lagi. Sama. Semuanya hanya gambar Xaviera. Gambar adiknya senyum, ketawa, semuanya disimpan dalam album tersebut.
Luthfia buka lagi kotak yang lain. Kali ini isi didalamya lain pula, sejambang bunga ros yang sudah layu berserta satu kad. Kad tersebut terus sahaja diambil. Dia nak baca apa yang ditulis.
"Viera, happy birthday. I'm hoping I'm the guy that can bring you happiness."
Luthfia menekup mulutnya membaca ayat tersebut. Jadi Ayyan pernah simpan perasaan dekat Viera?
Niatnya nak sakitkan Ayyan tapi kenapa sakit itu berbalik semula kepadanya.
"Kau memang babi Ayyan! Arghhhh!!" bunga ros yang sudah layu habis dikerjakan. Dicarik-carik kelopak ros tersebut.
Luthfia seperti orang yang sudah tak waras. Dirinya dengan senang hilang kawalan hanya disebabkan ayat tersebut.
Hatinya terasa dirobek-robek dengan ayat tersebut. Ayyan sukakan adiknya. Satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Tanpa sedar air matanya keluar. Keluar dan terus keluar dengan deras.
"Kau jahat Ayyan! Kau tipu aku!" ditekup mukanya kemudian dia hamburkan semua tangisannya. Kenapa hatinya sakit sangat dengan kebenaran ini?
...
Luthfia memandang wajah Fathi dan juga Emyr silih berganti.
"Kami tak tahu Ayyan dekat mana sekarang ni. Sumpah!" ujar Emyr sambil dia menaikkan kelima-lina jarinya sebaris dengan bahunya.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
AcakRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...