Xandra-34

29.2K 1.8K 266
                                    

Ayyan pening dengan Haider yang semakin lama semakin merisaukan. Dia fikir Haider sudah boleh terima kenyataan tentang pemergian Xaviera namun melihat gaya Haider menyakinkan dia bahawa kembarnya ini masih lagi berharap isterinya hidup. Ditambah lagi dengan adanya Luthfia di rumah ini membuatkan harapan Xaviera masih hidup itu tinggi.

"I rimas lah Ayyan." Keluh Luthfia.

Pening betul kepalanya bila Haider tak henti-henti memanggil dia Viera. Tak cukup dengan itu, dia siap nak peluk, pegang lagi.

"Aku dah pesan kan, jangan selalu keluar bilik." Dia dah pesan dengan isterinya jangan keluar kalau dia tak ada bersama.

"I haus takkan lah I nak biarkan tekak I ni kering." Lawan Luthfia sambil dia menyilangkan dadanya.

"Kenapa tak panggil aku? Aku boleh temankan. Kalau Haider apa-apakan kau, macam mana?" geram juga lah Ayyan dengan perangai degil Luthfia ni.

"Ingat I ni lemah ke? Kalau dia nak sentuh I, I tendang lah celah kangkang dia. Biar padan muka!" tergelak Ayyan dengan kata-kata tersebut. Lama sangat dah bininya ni pendam.

"Ni, kau dah minum ke?"

"Belum! Kembar you tu ada dekat bawah." Adunya dengan muka geram.

Ayyan menarik tangan Luthfia membawa isterinya ikut turun ke bawah.

Sampai sahaja mereka di dapur, ruang tersebut sunyi sahaja. Kelibat Haider langsung tak kelihatan sedangkan tadi Luthfia bagitahu, Haider dari tadi tak beranjak dari ruang dapur ni.

"Mana dia?" Luthfia juga tercari-cari keberadaan Haider. Dalam otaknya dah ada rancangan nak kerjakan kembar bodoh Ayyan ni.

"Tak payah gatal nak cari Haider. Pergi minum sana!" arah Ayyan.

Luthfia menaikkan bibirnya mendengar arahan tersebut. Dalam geramnya, dia tetap menarik tangan Ayyan untuk teman dia ambil air.

Selepas dia basahkan tekaknya, Luthfia hulurkan gelas kaca kearah Ayyan. Masih ada lagi air di dalam gelas tersebut. Manalah tahu Ayyan nak minum memandangkan dari tadi Ayyan hanya merenung dia sahaja.

Tanpa kata, Ayyan menerima huluran tersebut. Sekali teguk sahaja gelas itu menjadi kosong. Haus sangat lakinya ni.

"Kenapa gelojoh sangat ni?" sisa air yang berada di dagu suaminya dibersihkan menggunakan telapak tangannya.

Terkena sentuhan hangat Luthfia membuatkan Ayyan bertindak menghimpit isterinya sehingga terasa belakang badan Luthfia terkena pintu peti ais di dapur tersebut.

Ayyan meletakkan kedua-dua tangannya disisi kepala Luthfia. Kini, tak ada ruang diantara mereka. Dada bertemu dada.

"You ni kenapa?" sesak nafasnya bila kedudukan mereka berdua serapat ini. Tak Haider, Ayyan ni pun boleh tahan gatal juga.

"Aku tak suka kau cari lelaki lain!" dingin sahaja suara Ayyan kedengaran.

"Bila masa I cari lelaki lain?" pelik dia dengan Ayyan. Tiba-tiba nak cemburu.

"Yang kau sibuk cari Haider tu kenapa?" semakin dia menghimpit tubuh Luthfia sehingga Luthfia terpaksa menahan dada suaminya memberikan sedikit ruang antara mereka.

"Agak-agaklah You nak cemburu! I tak ada nafsu dengan kembar gila You tu." Balas Luthfia dengan malas.

Ayyan tergelak sinis.

"Aku tak ada beza pun dengan Haider! Macam mana kau boleh bernafsu dengan aku, tapi tak bernafsu dengan Haider?" sengaja dia memancing emosi Luthfia. Dia nak tengok sejauh mana Luthfia sayangkan dia.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now