Xandra-25

35.5K 1.9K 256
                                    

Luthfia sudah kembali ke tempat kerjanya. Ayyan sendiri yang suruh untuk dia kembali kerja. Cukuplah susahkan orang lain.

Bianca dan Noah yang sememangnya suka curi tulang duduk melepak di bilik kerja Luthfia. Mereka berdua hairan bila Luthfia asyik termenung sahaja.

"Kau ada masalah ke dekat sana?" soal Noah apabila dia melihat wajah kegusaran Luthfia.

"Macam mana kalau aku mengandung?" sambil dia gigit ibu jarinya dia bertanya. Dia risau sangat benih Ayyan ada didalam perutnya.

Noah dan Bianca saling berpandangan.

"Mengandung jelah. Apa masalahnya?" Noah terkejut dengan soalan tersebut.

"Tapi aku tak nak!" nada suaranya sudah bertukar keras.

"Fia, kenapa aku nampak kau makin lama makin kejam. Itu rezeki kau kalau kau dapat anak. Di luar sana ramai lagi yang diberi ujian tak boleh mengandung." Panas pula hati Noah bila Luthfia berkata sedemikian.

Bianca yang merasa suasana mereka berubah tegang, mengenggam erat tangan Noah. Dia menggelengkan kepalanya meminta agar tak terlalu kasar dengan Luthfia.

"Kau tak faham Noah! Aku tak cintakan Ayyan. Lepas je aku berjaya balas dendam, aku nak tinggalkan dia dan kalau boleh aku tak nak apa-apa yang berkaitan dengan Ayyan tinggal dengan aku termasuk anak. Aku tak nak!" rambutnya diraup kasar ke belakang.

Noah menggelengkan kepalanya. Dia kecewa dengan Luthfia. Tak sangka Luthfia boleh berkata sedemikian. Wanita ini sudah gila.

"Kalau kau tak cintakan Ayyan, kenapa kau kahwin dengan dia? Kenapa kau tak kahwin dengan Haider atau Tengku Aryan? Kalau lah aku tahu perangai kau macam ni, aku tak tolong kau lah masa dalam lif tempoh hari!" jujur Noah kecewa dengan Luthfia.

Mendengar nada suara Noah membuatkan Luthfia dihurung rasa bersalah. Dia terlalu fikirkan pasal anak Ayyan sehingga dia tak jaga ayat yang dia keluarkan.

"Noah, aku..." bibir bawahnya digigit. Tak pernah dia lihat wajah kecewa Noah.

"Satu je aku nak pesan dengan kau. Jangan sampai bila Ayyan tahu kau aniaya dia, perasaan sayang tu hilang diganti dengan perasaan benci." Pesan Noah sebelum kerusinya diundurkan kebelakang agar badannya mudah untuk keluar dari bilik tersebut.

"Noah.." panggil Bianca namun Noah langsung tak menoleh ke belakang. Melihat bayangan Noah hilang disebalik pintu membuatkan Bianca mengejar langkah Noah dan tinggal lah Luthfia sendiri didalam bilik.

"Arghhh!" rambutnya dicengkam kuat menghilangkan rasa serba salahnya. Dia cuma luhkan kekhawatirannya sahaja tetapi Noah langsung tak faham.

...

Selepas kejadian tadi, Luthfia banyak diamkan diri. Dia sedang bermuhasabah diri dengan apa yang dia katakan tadi. Dia pun tak tahu dengan perasaannya. Sama ada dia cintakan Ayyan atau sebaliknya.

"Xandra," Ayyan mencium pipi Luthfia. Terkejut Luthfia dengan sentuhan tersebut. Matanya memandang ke luar melihat dimana mereka sedang berada. Ternyata mereka sudah berada di rumah Tengku Faiza. Lama sangat dia termenung sampai dia tak sedar mereka dah sampai.

"Kenapa ni? Kau banyak diam hari ni." Tak selalunya Luthfia bersikap sebegini. Selalunya ada sahaja benda yang dia nak cerita.

Luthfia menggelengkan kepalanya. Untuk beberapa saat dia tenung muka suaminya. Timbul persoalan di fikirannya mengenak perasaannya terhadap Ayyan. Apa betul dia tak sayangkan lelaki ini?

Ayyan perasan akan pandangan Luthfia. Mata Luthfia tak boleh tipu. Ada benda yang ganggu fikiran isterinya.

"Kenapa ni?" soalnya sekali lagi.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now