Xandra-30

35.2K 1.9K 235
                                    

Luthfia keluar dari bilik mandi bersama dengan tuala kecilnya. Bangun sahaja dari tidurnya, dia terus bersihkan diri. Rambut yang masih lembap dikeringkan menggunakan tuala tersebut. Dalam tangannya bekerja, otaknya juga ikut bekerja.

Luthfia menggaru belakang kepalanya. Rasanya sebelum dia tidur, dia sempat bertengkar mulut dengan Ayyan. Tapi, melihat biliknya yang sunyi sahaja membuatkan dia sedikit hairan.

"Aku mimpi? Ke dia dah balik?" hanya itu sahaja yang berlegar di kepalanya. Ayyan balik atau dia hanya mimpi bertemu Ayyan.

Lama memikirkan dimana keberadaan suaminya. Dari dia berdiri sehinggalah dia duduk, masih tak ada jawapan yang dia dapat. Dia yakin dia tak mimpi pun berjumpa dengan Ayyan. Masih segar lagi, sentuhan Ayyan di dahinya.

"Dari tadi ke bangun?" Luthfia terus menoleh ke tepi tepat di mana Ayyan sedang berdiri. Riak mukanya dikawal sebaik mungkin. Dia teruja melihat wajah suaminya tapi mengenangkan ayat-ayat pedas yang dilontarkan Ayyan membuatkan dia bersikap dingin.

"Kenapa masih dekat sini? Semalam bukan you kata I ni mengada ke?" soal Luthfia bersama dengan jelingan.

"Sebab isteri aku kan dekat sini. Takkan lah aku nak biarkan cantik aku ni tidur sendiri." Dia tak terkesan pun dengan jelingan isterinya. Ala jeling manja je tu. Bukan dia tak perasan tadi Luthfia seakan mencari seseorang dan dah tentu lah Luthfia cari dia.

Luthfia langsung tak beriak. Walaupun mukanya sekarang ni kosong tapi jantungnya sudah berdegup laju. Dia tak tentu arah apabila Ayyan menggelarnya cantik.

"Tak payah lah nak bagi ayat manis. Kata-kata you semalam tu masih terngiang-ngiang. Nak I ulang balik apa yang you kata semalam?"

Ayyan menggaru kepalanya sambil dia tersenyum kambing. Tambah geram Luthfia dengan senyuman suaminya. Memang buat dia naik darah betul.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku dah terlepas cakap, tapi jujur aku tak maksudkan pun." Katanya sambil dia melangkah mendekati Luthfia.

Luthfia menaikkan sahaja bibirnya keatas. Dia tak akan mudah terpedaya dengan pujukan Ayyan.

"Penipu!" keras sahaja suara Luthfia.

"You fikir dengan you pujuk macam tu boleh buat I lupa dengan kata-kata bullshit tu." Luthfia menyilangkan tangannya. Terasa sedikit katil yang dia duduki terturun apabila Ayyan mula melabuhkan punggungnya.

"Aku ada cara supaya kau lupa dengan apa yang aku kata semalam." Luthfia undurkan kepalanya apabila Ayyan mendekatkan badannya ke hadapan

"Apa lagi ayat manis yang you nak bagi?"

Ayyan dekatkan lagi jaraknya. Melihat pergerakan lelaki itu membuatkan Luthfia semakin terundur ke belakang.

Kedua-dua tangan Ayyan menekan lembut katil tersebut membuatkan badan Luthfia terkepung.

"You nak buat apa ni?" Luthfia mengerling sekilas sisi pinggangnya. Macam mana nak lari ni kalau badannya sudah dikepung macam ni.

"Nak lupakan ingatan kau. Aku nak kau ingat benda ni je." Ujar Ayyan bersama dengan senyuman sengetnya. Lain macam betul senyuman Ayyan kali ni.

"You..." belum sempat Luthfia nak membebel, bibirnya terus ditindih dengan dengan sesuatu yang lembut.

Kaku seluruh badan Luthfia. Matanya langsung tak terkelip. Apa yang dah jadi?

Ayyan yang melihat reaksi Luthfia sudah nak tergelak. Tahu pun nak diam.

Selepas dia dapat hadam tindakan Ayyan, dia terus tersedar dari lamunannya. Tangannya naik menolak dada Ayyan untuk leraikan ciuman tersebut.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now