Xandra-05

34.8K 1.9K 238
                                    

Keesokannya Luthfia sekali lagi datang ke tempat kerja Ayyan. Kali ini dia datang awal, biar dia yang tunggu Ayyan. Bilik Ayyan terasa seperti biliknya sahaja. Dia peduli apa, yang penting misinya berjaya dijalankan.

Dalam tiga puluh minit dia menunggu, orang yang dinanti pun sudah tiba. Dengan selambanya dia duduk di kerusi kerja Ayyan dan lelaki itu disambut dengan senyuman manis darinya.

"Morning sayang," ucapnya yang membuatkan Ayyan terkejut dengan kehadiran perempuan ini.

"Ya Allah, apa kau buat ni? Macam mana kau boleh masuk bilik aku?" awal pagi lagi moodnya dah rosak.

"Setakat masuk ke bilik kerja I boleh, apalagi masuk ke dalam hati you. Easy sayang." Ujarnya dengan senyuman manis. Ayyan menggulingkan sahaja matanya. Penat betul dia nak hadap perempuan tak malu ni.

"Kau nak apa lagi? Tolonglah, aku banyak kerja. Jangan ganggu aku."

"I nak kerja sini." Luthfia menyatakan hasrat kedatangannya.

"Kau buang tebiat ke? Kau kan dah ada syarikat sendiri, kerja sanalah." Tali leher yang berada di kolar bajunya dilonggarkan. Rasa tak bernafas dia melayan perangai tak betul Luthfia.

"Bosanlah kerja dekat sana. I nak kerja sini supaya I boleh lebih dekat dengan you."

Ayyan memejam matanya lalu dia menarik nafas dengan panjang. Okey, nak sangat kerja. Kau tunggu.

"Kau sanggup kerja apa je yang aku bagi?" katanya setelah dia mengambil nafas yang panjang.

"Yup. I sanggup apa je. Buatkan you kopi pun, I rela."

"Okey." Ayyan membuka pintu biliknya lalu Alayna dipanggil.

Mendengar namanya diseru, Alayna berlari kecil menuju ke bilik kerja Ayyan.

"Ada apa Tuan?" soalnya. Matanya sempat melirik ke arah Luthfia yang sedang santai duduk di kerusi kerja majikannya.

"Cleaner yang berhenti kemarin tu dah ada pengganti ke?" soal Ayyan dengan suara yang perlahan. Hanya dia dan Alayna sahaja dengar.

Alayna terus menganggukkan kepalanya. Jawatan tersebut masih kosong.

"Bagus, bagi kerja tu dengan perempuan gila ni." Ujar Ayyan membuatkan Alayna terlopong. Dah kenapa nak bagi kerja cleaner dengan Luthfia. Wanita ini kan ada syarikat sendiri. Tak faham lah dia.

"Tak payah nak terkejut sangat. Dia nak kerja dekat sini dan aku rasa kerja tu sesuai dengan dia."

"Baik Tuan!"

Ayyan mengatur langkah menuju ke meja kerja. Tangan Luthfia ditarik dengan kasar membuatkan badan Luthfia tersembam tepat didada Ayyan. Masing-masing terkejut dengan sentuhan tersebut. Ayyan tak sangka tarikannya mampu membuatkan jarak mereka serapat ini.

Ayyan sedaya upaya mengawal reaksi mukanya. Pandangan dingin dikekalkan walhal dalam hati jantungnya sudah bergedup laju.

"Kau nak sangat kerja, kan? Aku dah sediakan kerja yang paling sesuai dengan kau." Katanya dengan senyuman penuh makna.

...

Tak terkata Luthfia dengan apa yang berada dihadapannya. Baldi, mop, penyapu serta pakaian cleaner yang tergantung membuatkan dia tak boleh nak bernafas.

"Cik Luthfia betul ke ni?" Alayna juga tak percaya dengan arahan majikannya.

Luthfia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Setelah nafasnya kian teratur, mata dibuka perlahan-lahan lalu satu senyuman diberikan kepada Alayna.

"It's okay Alayna. Demi Ayyan, I sanggup."

"Suka hati awaklah yang penting awak buat kerja. Jangan naikkan kemarahan Tuan lagi, saya yang kena."

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now