Xandra-70

24K 1.4K 247
                                    

Ayyan termenung kosong di luar rumah. Untuk dua tahun ini, Ayyan menumpang di rumah Jebat. Rumah Tengku Faiza mereka sudah jual. Rumah sendirinya pula disita disebabkan namanya yang sudah tak bersih.

Dirumah Jebatlah dia dan Tengku Faiza berlindung dari panas matahari dan juga hujan. Awalnya dia tak nak tetapi bila dipaksa oleh Jebat akhirnya dia mengalah juga.

"Apa yang kau menungkan tu Ayyan?" bahunya ditepuk dari belakang tetapi langsung tak membuatkan dia bergerak walau seinci pun.

"Aku minta maaf Jebat. Aku dah susahkan kau."

"Apa kau fikir macam tu? Bila masa kau susahkan aku." Dia tak suka bila Ayyan rasa dia ni beban. Ayyan dah banyak tolong dia selama ini dan masanya untuk dia balas semua jasa Ayyan.

"Jebat..."

"Aku dah tak ada harapan nak jumpa Fia ke? Dah dua tahun dia tinggalkan aku tanpa ada khabar. Aku rindu dia Jebat." Hanya Jebat yang tahu betapa dia rindukan Luthfia. Jebat selalu teman dia keluar mencari Luthfia. Dia bukan tak nak minta tolong dengan Emyr dan Fathi namun dua sahabatnya itu juga ada masalah sendiri.

Jebat hanya diam sahaja. Apa yang perlu dia buat untuk satukan mereka berdua. Luthfia kata jangan buat apa-apa dulu. Biar dia yang buka langkah tapi dia tak lihat pun usaha Luthfia untuk berjumpa dengan Ayyan.

"Dia tak rindu aku ke Jebat?" luah Ayyan.

Hanya Jebat yang tahu macam mana rindunya Luthfia terhadap Ayyan. Dia jadi orang tengah untuk sampaikan khabar Ayyan.

"Kalau dia masih hidup, mesti dia dah dapat pengganti aku kan? Kalau betul dia dah dapat lelaki yang boleh jaga dan sayang dia, aku rela undur diri Jebat. Aku tak boleh nak bahagiakan dia dan aku harap lelaki pilihannya boleh ambil alih tugas aku sebagai suami."

"Kau nak menyerah macam tu je?"

"Kalau itu yang terbaik. Takkanlah aku nak biarkan Luthfia jadi isteri aku sedangkan hatinya dengan lelaki lain. Tak ada guna juga hubungan tu nak diteruskan." Biarlah dia mengalah demi kebahagiaan Luthfia. Itu sudah cukup.

"Kau terlalu banyak fikir ni Ayyan. Pergilah tidur. Rehatkan badan kau terutama otak kau tu. Otak kau dah penat bekerja tu."

"Aku pinjam kereta kau. Aku nak keluar sekejap." Lain yang disuruh lain pula dibuatnya.

Jebat hanya membiarkan sahaja apa yang nak dilakukan oleh Ayyan. Biarlah lelaki itu tenangkan dirinya dengan caranya sendiri.

...

Jebat mendengarkan rakaman suara perbualan mereka semalam. Luthfia ada sahaja di Malaysia namun wanita itu tak tunjukkan dirinya.

"Kenapa dia boleh fikir aku ni ada lelaki lain? Ingat muka aku ni tak cukup satu ke?" bodoh juga pemikiran Ayyan ni.

"Dah kau tak pernah nak muncul memanglah dia fikir macam tu." Balas Jebat tak nak kalah.

"Belum masanya aku nak muncul. Aku belum puas nak seksa dia." Raut wajah Luthfia berubah kosong dengan serta merta.

Tergelak Jebat mendengar jawapan Luthfia.

"Kau pun sama bodoh je lah dengan Ayyan. Tak puas nak seksa konon. Mengaku je lah kau pun terseksa juga kan. Terseksa menahan rindu." Ejek Jebat.

"Euwww! Ingat aku ni kemaruk sangat ke dengan dia." Sengaja sahaja Luthfia berlagak kuat padahal dalam hatinya memang dia nak peluk-peluk sahaja Ayyan.

"Baguslah tu. Nanti Yara dah dapat Ayyan baru kau nak panas bontot kejar Ayyan balik." Merah terus muka Luthfia bila Yara menjadi topik perbualan mereka.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now