Noah, Emyr, Fathi dan Edeline tak terkata mendengar rakaman yang dimainkan oleh Jebat. Edeline terutamanya langsung tak keluarkan sebarang suara pun setelah dia tahu Luthfia bukanlah sebaik yang dia sangkakan.
"Hebat betul permainan Luthfia ni." Tenang sahaja suara Emyr berkata.
"Kenapa Fia nak buat semua ni? Apa salah Ayyan?" bergetar nada suara Edeline. Selama ni mereka ditipu hidup-hidup oleh Luthfia.
"Dia kakak Viera." Tambah luas Edeline menganga terkejut dengan kebenaran tersebut. Kenapa lah dia bodoh tak dapat nak cam muka Luthfia sama dengan Xaviera.
"Hmm, dah agak. Kenapa lah aku bodoh percaya yang perempuan tu tak ada kaitan pun dengan Viera." Emyr ikut rasa bodoh sudah percaya bulat-bulat Luthfia.
"Ayyan percaya ke dengan Luthfia?" soal Fathi dengan muka yang masih terkilan.
"Awalnya Ayyan tak percaya tapi Luthfia bijak. Dia pandai tundukkan Ayyan sampai Ayyan langsung buta dengan kebenaran." Ujar Jebat dengan tenang.
"Aku minta maaf. Kalau aku halang Fia dari awal mesti semua ni tak terjadi." Noah bersuara membuatkan mereka semua memandang lelaki itu kecuali Jebat.
Mereka nak marah pun sudah terlambat.
"Haikal macam mana?" soal Edeline.
"Haikal selamat. Sekarang ni dia ada dengan aku. Aku harap korang tak bagitahu hal ni dengan Luthfia." Beritahu Noah kepada mereka semua. Perihal Haikal, sumpah dia tak tahu. Rupanya Luthfia culik Haikal selama ini. Nasib sahaja Red tak apa-apakan budak tersebut.
Mereka semua mengangguk dengan serentak.
"Apa plan korang tentang Luthfia?" Emyr membuak-buak ingin tahu apa yang mereka akan lakukan kepada Luthfia. Melihat wajah Jebat dan Noah menyakinkan dia yang Luthfia akan dikerjakan cukup-cukup.
Mereka berdua saling membalas pandang. Pandangan yang hanya mereka berdua faham.
"Tahulah aku macam mana nak ajar budak tu!" nada suara Noah tenang sahaja masuk di gegendang telinga mereka bertiga namun mereka sedikit kecut dengan anak mata Noah yang sepertinya membara disebabkan rasa marahnya.
Jebat seperti biasa hanya tenang di posisinya. Rasanya tugasnya sudah selesai. Sekarang giliran Noah uruskan Luthfia.
...
Emyr, Fathi dan Edeline hanya memandang kesian wajah Ayyan yang kelihatan sangat penat. Bawah mata Ayyan sudah bertukar hitam mengenangkan lelaki itu sudah beberapa hari tak tidur malam.
"You tak nak balik dulu ke Ayyan?" ujar Edeline dengan simpati.
"Tak apalah. Aku takut kalau aku balik, mummy dengan Haider sedar. Aku nak jadi orang pertama yang diorang tengok kalau mata diorang terbuka." Walaupun Ayyan tersenyum namun mereka tahu itu hanyalah senyuman palsu.
"Xandra mana? Kenapa dia tak ikut korang datang sini?" sebenarnya dia dari tadi mencari isterinya. Kesian Luthfia, dia abaikan untuk sementara waktu ni. Dia terlalu sibuk urus mummy dengan Haider sampai lupa dengan isteri sendiri.
"Tak payah risau pasal dia tu. Sihat je I nampak." Jawab Edeline dengan malas.
Emyr menyenggol lengan Edeline. Edeline ni tak pandai nak cover betul lah. Ayyan ni mata helang. Semuanya dia boleh tahu dalam sesaat sahaja kecuali yang berkaitan dengan Luthfia. Itu, dia buta sedikit.
"Korang berdua bergaduh ke?" kan dah kata, Ayyan dengan cepat sahaja tangkap apa yang jadi disekelilingnya.
Edeline terus sahaja memaniskan mukanya.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
AcakRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...