Xandra-19

29.7K 1.7K 108
                                    

Keluarga Tengku Aryan sudah tiba ke destinasi mereka. Masing-masing ceria sahaja wajah tapi tak bagi Malia dan juga Tengku Aryan. Luthfia yakin Malia pasti dah cerita perihal kejadian tempoh hari kepada suaminya. Tu tegang sahaja muka pasangan tersebut.

"Malia, kenapa ni? Nampak muka awak tak gembira je dengan percutian kita?" Tengku Faiza juga perasan akan wajah Malia. Kelihatan takut sahaja wajah Malia.

Malia membentuk senyuman manis. Dia cuba tenangkan dirinya tak nak orang lain perasan apa yang menganggu dia.

"Tak adalah. Saya cuma segan je dengan percutian ni. Menganggu keluarga awak pula."

Luthfia yang mendengar perbualan mereka tersenyum sinis. Lucu lah melihat gelagat dua madu ni.

"Mummy, Fia rasa kan aunty Malia ni sesuai sangat dengan keluarga kita. Kan, Ayyan?" disenggol lengan suaminya meminta Ayyan untuk sokong apa yany dia katakan tadi.

"Maksud?" Ayyan tak faham dengan apa yang disampaikan oleh isterinya.

"I rasa lah kan, mummy dengan aunty Malia ni macam sesuai jadi madu." Tersedak air liur Ayyan dengan apa yang dikatakan oleh Luthfia. Mulut Luthfia ni tak ada insuran langsung. Main lepas je.

"Xandra!" tegur Ayyan apabila wajah Tengku Faiza sudah berubah.

"I salah cakap ke?" Luthfia masih dengan lakonannya. Mukanya kelihatan polos sahaja menunjukkan yang dia tak ada niat pun nak sakitkan mana-mana pihak.

"Kau jaga je lah laki kau tu. Entah-entah bukan aku yang ada madu tapi sebaliknya." Sindir Tengku Faiza. Pandai pula nak kata dia sesuai bermadu.

"I tak kisah kalau ada madu." Tenang sahaja Luthfia membalas.

"Dah! Tak payah nak bergaduh dekat sini." Ayyan menarik Luthfia untuk jauh dari mummnya. Tak pasal-pasal rambut Luthfia kena tarik oleh Tengku Faiza.

"Mummy, ini kunci bilik mummy." Ayyan memberikan kunci kepada Tengku Faiza.

"Aunty, ini kunci bilik aunty." Malia juga turut mendapatkan kunci bilik.

"Terima kasih, aunty naik dulu." Malia pamit untuk naik terlebih dahulu. Dia nak sejukkan hatinya. Luthfia sangat cabar kesabarannya.

Tengku Faiza juga berlalu menuju ke biliknya. Ikutkan hati nak je dia cubit mulut Luthfia tu biar lepas ni tak boleh nak bercakap lagi.

"Papa, Haikal tidur dekat mana?" Luthfia memandang ke bawah. Aduh, ada pula budak busuk ni.

"Haikal tidur dengan papa lah."

"Mana boleh! Budak busuk ni bagilah bilik sendiri. Tak pun suruh dia tidur dengan mummy. Cucu kesayangan mummy kan." Memang tak lah dia nak tidur sebilik apalagi sekatil dengan anak Annisa.

Ayyan sudah mati akal. Dia tak tahu nak buat apa. Nanti kalau tak ikut apa yang dimahukan Luthfia, merajuk pula hujungnya. Dia dahlah tak pandai memujuk.

Ayyan duduk mencangkung dihadapan Haikal.

"Haikal tidur dengan Tok Wan boleh?" Haikal mengangguk sahaja. Dia tak kisah pun nak tidur mana.

Ayyan tersenyum bila Haikal langsung tak membantah. Dia mendongak memandang Luthfia. Isterinya tersenyum manis dan diberikan flying kiss kepada Ayyan sebagai hadiah kerna sudah ikut kemahuannya.

...

Luthfia sempat berbalas message dengan Noah berkaitan dengan rancangan mereka. Lagipun Ayyan tengah mandi jadi ini sahaja masa yang dia ada untuk bincang hal tersebut.

Ayyan keluar dari bilik mandi dengan lengkap berbaju. Tuala yang berada di tangannya dilempar tepat kearah Luthfia.

Luthfia yang sibuk menunduk melayan telefonnya terkejut bila pandangannya tiba-tiba menjadi gelap.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now