Xandra-64

23.5K 1.4K 431
                                    

Sampai sahaja mereka di rumah, Luthfia mengamuk seperti orang gila. Ayyan pula hanya biarkan sahaja Luthfia keluarkan segala perasaan yang dia pendam.

"Tak cukup ke Ayyan sakit yang kau bagi selama ni dekat aku? Kau dera fizikal aku dan sekarang mental aku dah hancur sebab kau!" teriak Luthfia dengan air mata yang tak henti keluar.

"Kalau kau cintakan Leah bagitahu aku. Aku boleh undur diri Ayyan! Bukan dengan cara mengaibkan Ayyan." Kata Luthfia lagi.

"Kau boleh tak jangan nak tuduh sembarang. Kau belum dengar penjelasan aku lagi dah nak mengamuk macam orang gila." Baran Ayyan nak melayan perangai isterinya.

Pandangan Luthfia tiba-tiba gelap dan berpinar. Sakitnya menahan sesak di dada ditambah lagi dengan sakit kepalanya. Bila dia boleh lepas dari sakit hati ni.

"Aku tak nak dengar penjelasan pasal kau dengan Leah. Yang aku nak tahu pasal ni." Kad ucapan hari jadi diambil dari beg tangannya dan dilempar ke arah Ayyan.

"Apa ni Ayyan? I'm hoping I'm the guy that can bring you happiness."

Luthfia mengeluarkan balik ayat-ayat yang ditulis oleh Ayyan satu ketika dahulu. Dia nak dengar penjelasan yang ini sahaja.

Ayyan memandang sepi kad ucapan tersebut. Luthfia dah lihat lah semua isi kotak yang dia simpan.

Tiba-tiba Ayyan gelak dengan kuat. Gelak yang memenuhi isi rumah tersebut.

"Perasaan suka bukan aku yang nak. Perasaan tu tiba-tiba datang. Viera tu cantik Fia. Siapa je yang tak akan terjatuh cinta dengan adik kau tu. Kalau lah dia tak pilih Haider, mesti dia dah bahagia hidup dengan aku." Tambah sesak nafas Luthfia mendengar luahan tersebut.

"Kau nak tahu kenapa aku senang terima kau jadi isteri aku?" senyuman yang menyakitkan Luthfia tak hilang dari bibir Ayyan.

"Sebab muka kau sama dengan Viera." Satu kenyataan yang sakit sekali lagi menghempap kepala Luthfia.

"Aku tak pernah cintakan kau Fia. Cuma Viera yang aku nak. Dah kau datang serah diri, aku terima je lah." Ujar Ayyan lagi. Bibirnya memang tersenyum namun hatinya ikut menangis melihat air mata Luthfia.

"Tak dapat Viera, kau pun jadilah tapi sayang aku tak boleh nak cintakan kau macam mana aku cintakan Viera." Semakin sesak dada Luthfia.

"Bunuh aku Ayyan!" pandangan Luthfia berubah menjadi dingin.

Dingin dan kosong.

Telan liur Ayyan dengan permintaan isterinya.

"Aku dah tak nak hidup dengan sakit ni. Sampai bila-bila Ayyan sakit yang kau dah tinggalkan dalam diri aku takkan hilang selagi aku hidup. Bunuh aku Ayyan! Aku dah tak sanggup nak hadap kau! Aku penat Ayyan!" pintanya dengan pandangan yang sudah menyerah untuk teruskan hidup.

"Awal betul kau nak menyerah Fia. Kau yang mulakan game ni takkan nak berakhir macam tu. Tak menarik pula pengakhiran game kau ni." Ayyan masih cuba nak menyakitkan Luthfia.

Ayyan membuka langkah mendekati Luthfia.

"Jangan dekat! Aku benci kau Ayyan." Pasu bunga yang berada di sebelahnya dicapai kemudian dibuang ke arah suaminya.

Terhenti terus langkah Ayyan bila pasu tersebut berkecai dihadapannya. Tanpa dia sedar satu serpihan sudah berada di tangan Luthfia.

"Kau bunuh aku atau aku bunuh diri aku sendiri!" hujung kaca yang tajam berada tepat di lehernya. Dia nekad, lebih bagus dia mati daripada hidup dalam kesakitan.

"X..Xandra..."

"Jangan dekat!! Aku benci kau Ayyan! Aku benci kau!!" teriak Luthfia dengan kuat.

"Kita bincang sayang. Ini semua salah faham. Apa yang kau tengok tu tak betul." Pujuk Ayyan dengan lembut. Tak ada sudah suara yang menyakitkan begitu juga dengan pandangannya yang sudah bertukar lembut.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now