Xandra-01

85K 2.8K 286
                                    

Bianca melangkah masuk ke ruangan kerja Luthfia. Di tangan kecilnya penuh dengan dokumen-dokumen penting.

"Cik muda..." panggil Bianca dari luar meminta izin untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

"Come in!" sahut Luthfia dengan kuat.

"Cik muda, ini dokumen yang cik minta." Bianca menghulurkan sampul coklat tersebut kepada Luthfia.

"Alayna pekerja Tuan Ayyan bagi sampul ni minggu lepas. Ini dokumen yang cik perlu baca sebelum cik setuju jadi rakan kerja Tuan Ayyan." Beritahu Bianca mengenai sampul yang berada di tangan Luthfia.

Luthfia membaca setiap isi dokumen tersebut dengan teliti sebelum dia menurunkan tanda tangannya.

"Dia ada bagitahu tak bila perjumpaan seterusnya?" soal Luthfia. Sebelum ini hanya Bianca sahaja yang menghadiri perbincangan yang diadakan. Disebabkan dia ada urusan lain dia hantar Bianca untuk mewakilinya.

"Khamis ni, saya ada bagitahu yang meeting seterusanya Cik Muda yang akan turun." Ujar Bianca.

Luthfia menganggukkan sahaja kepalanya. Bianca memang pekerja yang boleh diharap. Lagipun Bianca dah bersama dengan dia sejak dulu lagi jadi tak ada benda yang dia nak ragukan dengan wanita ini.

"Okey, you boleh keluar." Arah Luthfia dengan datar. Bianca patuh dengan arahan tersebut. Tanpa banyak bicara dia terus sahaja keluar meninggalkan Luthfia sendiri.

Hari yang dia tunggu akhirnya tiba jua. Hari dimana dia akan berjumpa dengan salah seorang keluarga Tengku Aryan. Apa pun caranya dia akan pikat hati Ayyan agar rancangan balas dendamnya berjalan dengan lancar. Dia akan manfaatkan Ayyan walaupun kenyataannya Ayyan tak bersalah dalam kematian adiknya.

...

Ayyan melangkah masuk ke kedai makan dimana Emyr dan yang lain sudah berada disana menunggu kedatangannya.

"Sorry, aku lambat." Ujar Ayyan apabila dia sudah dekat dengan meja makan kawan-kawannya.

"No hal lah. Aku pun baru sampai." Kata Emyr menyenangkan hati Ayyan.

"Kau okey ke Ayyan? Nampak lesu je muka kau." Soal Fathi. Dia perasan kebelakangan ini wajah Ayyan nampak penat sahaja.

"Biasalah, penat kerja." Ayyan mengambil tempat di sebelah Fathi. Dia sempat melemparkan senyuman kepada Edeline apabila mata mereka tak sengaja bertembung.

Notification yang masuk di telefon Edeline membuatkan anak matanya terus berkalih ke skrin telefon. Nama Luthfia naik menunjukkan kawannya sedang menghantar pesanan di whatsapp.

Edeline yang melihat pesanan tersebut tersenyum lebar. Akhirnya Luthfia kembali ke Malaysia.

"You, you ingat tak Luthfia yang pernah I cerita?" ujar Edeline dengan teruja.

"Hmm.." balas Emyr. Sebenarnya dia tak ingat pun siapa tapi sebab tak nak kecewakan Edeline dia iyakan sahaja.

"Dia dah datang Malaysia!" beritahu Edeline dengan suara yang kedengaran sangat teruja.

Emyr, Ayyan dan Fathi saling memandang. Mereka pelik dengan keterujaan Edeline. Ayyan jungkit kening kearah Emyr meminta penjelasan siapa Luthfia yang disebut oleh Edeline tadi.

"Siapa Fia?" soal Fathi.

"Kawan I. Takkan you tak kenal Fia? Dia rakan kerja baru you kot." Ujar Edeline dengan mata memandang tepat ke arah Ayyan.

Ayyan menunjuk dirinya. Macam mana Edeline lebih tahu urusan kerjanya dari dirinya sendiri.

"Hmm, semoga you dengan dia ada jodoh. Tak sabar nak nampak you kahwin!" kata Edeline lagi.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now