Xandra-56

33.4K 2.2K 341
                                    

Luthfia tersenyum sinis melihat gambar yang dihantar oleh Puan Malia. Perempuan tua ni memang nak cari nahas betul dengan dia.

"Malia, Malia, kau memang tak serik dengan aku." Katanya sambil dia goyangkan kaki. Perempuan ni yang dah berani nak langgar dia tempoh hari dan perempuan tua ni jugalah tikus comel yang dia maksudkan.

"Kenapa lah satu keluarga ni nak curang?" urut kepala Luthfia melihat kemesraan Ayyan dengan wanita yang tak dia kenal.

"Kena sumpahan ke keluarga ni?"

Sedang dia pening memikirkan masalah keluarga Tengku Aryan, pintu rumah dibuka dari luar. Terpampang wajah Ayyan yang penat.

Luthfia hanya memandang kosong wajah suaminya. Sebegitu cepat Ayyan nak duakan dia. Dasar lelaki!

"Cepat betul you ni nak cari pengganti I?" sindir Luthfia dengan riak yang tenang.

"Aku dah tak perlukan kau, aku cari lain lah." Tenang sahaja Ayyan membalas.

Luthfia menarik nafasnya dengan dalam. Apa yang dikatakan oleh Ayyan mengguris hatinya. Walaupun dia dah nak meletup kemarahannya namun dia cuba untuk berlagak tenang. Dia mana mahu kalah dengan Ayyan.

Ayyan menolak tubuh Luthfia dengan kasar dari sofa tempat Luthfia sedang duduk. Dia nak baring tapi ada pula beruang menyemak dekat situ.

"Tak boleh ke nak minta elok-elok!" marah Luthfia bila diperlakukan sebegitu.

"Buat apa nak baik dengan syaitan." Nada suara Ayyan tenang sahaja tapi Luthfia pula yang sudah membara.

"Tak sedar diri. Kembar dengan mummnya pun syaitan nak kata orang." Balas Luthfia sambil dia meniup kukunya. Dia tak akan jadi syaitan kalau tak jumpa dengan mama syaitan.

Bantal kecil yang berada di atas perutnya dilempar kearah Luthfia.

Pak!!

Terteleng kepala Luthfia bila bantal tersebut terkena tepat di mukanya. Tak sempat dia nak hindar. Sakitt!!

Terdengar tawa Ayyan melihat mukanya yang menahan sakit. Bodohnya lah lakinya ni.

"Bodoh!"

Ayyan hanya mengangkat bahunya sahaja. Tak terkesan pun dengan panggilan tersebut. Matanya dipejam menghilangkan rasa mengantuk yang semakin menguasai dirinya.

Melihat reaksi Ayyan membuatkan Luthfia tambah geram. Tangannya digenggam dengan erat menunjukkan betapa geramnya dia dengan Ayyan.

"Aku lapar!" ujar Ayyan dengan mata yang masih terpejam.

"Kenapa tak makan dekat luar je? Rumah You ni mana ada apa-apa." Malas betul dia nak melayan perangai bodoh Ayyan. Sudah tahu lapar, isi je lah perut tu dekat restoran sana.

Sekali lagi Ayyan tergelak dengan rungutan isterinya. Apa ingat dia bodoh ke saja-saja balik dengan perut kosong.

"Kau nak tahu kenapa aku bawa perut kosong datang sini?" Ayyan menyoal sambil bibirnya menyenget jahat.

Matanya kembali terbuka. Dia juga menukar posisi kedukannya. Kini dia duduk dengan tangan didepakan di atas sofa.

Luthfia hanya diam mengamati senyuman yang terbentuk. Sah, memang ada lah benda yang Ayyan nak dia buat ni.

Ayyan keluarkan duit lima puluh sebanyak dua ratus dari poket seluarnya kemudian duit tersebut dilempar tepat ke arah Luthfia.

Membesar anak mata Luthfia melihat Ayyan memperlakukan duit sedemikian.

"Rumah aku tak ada apa-apa kan, jadi aku nak kau beli barang dapur dengan bajet dua ratus tu." Tenang sahaja Ayyan memberi arahan kepada isterinya.

"You boleh tak makan dekat luar je? I tak larat nak jalan!" bukan dia nak mengada tapi badannya lemah sahaja dari tadi.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now