Xandra-43

28.8K 1.8K 368
                                    

Awal pagi lagi Ayyan sudah keluar rumah. Bangun sahaja dia, Ayyan langsung tak kelihatan. Ini pun Mak Yam yang bagitahu tentang perihal tersebut.

Kata Mak Yam, Ayyan pergi balai polis untuk buat laporan mengenal hal semalam. Luthfia jadi bingung apa yang berlaku semalam.

"Mak Yam rasa apa yang terjadi semalam?" Luthfia tak senang duduk memikirkan cerita Mak Yam. Takkanlah Red buat apa yang dia suruh. Semalam kan lelaki itu tak boleh dihubungi, takut pula Red bertindak tanpa dengar arahan baru darinya.

"Mak Yam pun tak tahu lah Fia. Ayyan terburu-buru sangat keluar tadi sampai tak sempat Mak Yam nak tanya lebih." Beritahu Mak Yam sambil tangannya membersihkan meja makan.

Luthfia diam cuba meneka apa yang sebenarnya telah berlaku. Makanannya langsung tak disentuh. Selerannya hilang begitu sahaja disebabkan kejadian semalam.

Mak Yam yang perasan akan pinggan Luthfia yang langsung tak terusik menggelengkan kepalanya.

"Fia tak payah nak fikir sangatlah. Mak Yam yakin tak ada yang serius pun. Percaya dekat Ayyan, dia boleh selesaikan semuanya dengan cara yang baik."
Walaupun di sudut hatinya dia risau namun dia cuba untuk tenangkan Luthfia.

Luthfia hanya menayangkan senyuman nipis sahaja. Bukan itu yang menjadi kerisauannya. Dia risau Red yang buat masalah. Mampus dia kalau kantoi!

"Fia makan dulu. Kesian baby dalam perut tu." Arah Mak Yam sambil dia menolak pinggan dekat dengan Luthfia.

Seketika Luthfia memandang sahaja makanan tersebut.

"Tak apalah Mak Yam. I kenyang!" pinggan tersebut dijauhkan darinya.

"I tunggu Ayyan dekat ruang tamu je lah." Dan selepas itu dia meninggalkan Mak Yam sendiri di meja makan.

Mak Yam pula hanya menggelengkan kepalanya. Risau betul Luthfia dengan suaminya.

...

Ayyan melangkah masuk ke dalam rumah bersama dengan wajah yang lesu sahaja. Awal pagi lagi dia dah berurusan dengan polis mengenai kejadian semalam.

Kes semalam masih di bawah siasatan. Dia diminta ke balai untuk terangkan dengan lebih lanjut lagi kronologi perihal semalam.

Luthfia yang sibuk menunduk memandang telefonnya serta merta terdongak apabila telinganya terdengar suara seseorang sedang memberi salam.

"Abang..." tersenyum lebar Ayyan apabila Luthfia memanggilnya. Indahnya dunia!

"Ya cantik." Panggilan itu disambut dengan senyuman manis.

"Mak Yam kata abang dari balai. Buat apa dekat sana?" nak sahaja dia berlari pecut ke arah Ayyan namun dia sabarkan dirinya. Tak nak nampak terlalu tergopoh-gopoh.

Ayyan mengambil tempat duduk di sofa yang Luthfia duduk tadi. Tangan isterinya ditarik membuatkan tubuh Luthfia dengan mudah terduduk semula.

Kepalanya direhatkan di bahu Luthfia dengan mata yang dipejam erat. Dia mengantuk sangat!

"Okey tak ni? Kalau nak tidur, kita naik atas je lah."

"Lima minit Xandra." Dan selepas itu dia terus terlena di bahu Luthfia.

Luthfia membiarkan sahaja suaminya terlelap di atas bahunya. Sementara Ayyan tidur boleh lah dia cari tahu apa yang berlaku.

Setengah jam berlalu Ayyan masih lagi tidur membuatkan paha Luthfia lenguh. Nak kejutkan tapi kesian pula dia dengan Ayyan. Dia menukar posisi tidur suaminya membiarkan Ayyan tidur dalam keadaan yang selesa.

Dia dah dapat tahu bukan kerja Red semalam. Kata Noah ada seseorang yang cuba mengugut dia. Siapa yang berani-berani cari pasal dengan dirinya ni.

Ayyan tersedar tanpa sengaja. Haruman wangi yang menusuk di hidungnya dihidu semaunya. Wangian yang sangat menenangkan dia.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now