Xandra-29

30.9K 1.9K 233
                                    

Mereka masih menunggu Tengku Aryan untuk sedarkan diri. Kata doktor yang memeriksa Tengku Aryan, keadaan lelaki ini tak membimbangkan. Hanya dia perlukan rehat yang cukup sahaja. Luthfia dan Malia sempat berbalas pandang. Mata Luthfia memang tak lari dari terus memandang wanita itu. Terbukti dia tak bersalah dalam kemalangan ini. Malia dah silap tuduh Luthfia.

Dia tahu dia dah cabar Luthfia.

Dia pun bodoh. Terlalu ikutkan hati sampai dia serang Luthfia di tempat kerja. Disebabkan tindakan terburu-burunya, hidupnya tak aman. Apa yang dikatakan oleh lelaki yang selalu bersama Luthfia terngiang-ngiang di telinganya. Lelaki itu pasti akan balas perbuatannya.

"Mummy nak makan?" kedengaran suara Ayyan memecahkan kesunyian ruang sakit tersebut. Dari tadi mereka langsung tak sentuh apa-apa makanan. Semuanya terlalu risau dengan keadaan Tengku Aryan sehingga mereka abai rasa lapar.

"Mummy tak lapar." Balas Tengku Faiza. Kedengaran juga suara Tengku Faiza sudah berubah serak disebabkan dia tak henti nangis dari tadi.

"Mana boleh mummy. Dari tadi kita tak ada makan, nanti perut masuk angin." Risau sahaja dia melihat keadaan mummnya.

Tengku Faiza membersihkan sisa airmata yang berada di atas pipinya.

"Belikan mummy roti je dengan air kosong." Malas nak bertekak dengan Ayyan, dia memesan menu yang ringkas sahaja. Boleh lah untuk alas perut. Ayyan menganggukkan kepalanya.

Ayyan beralih memandang isterinya yang duduk disebelahnya. "Kau nak ikut atau tunggu sini je?"

"I nak ikut." Luthfia dengan cepat berdiri dari tempat duduknya. Lama-lama dia disini, takut dia tak dapat nak kawal dirinya. Tak pasal-pasal tudung Malia terbuka nanti.

"Mummy, Ayyan turun dulu." Pamit Ayyan. Malia memerhati sahaja perbualan anak beranak itu. Dia pun lapar tapi tak ada pula yang kisah dengannya.

Ayyan dan Luthfia turun bersama mencari makanan. Perut Luthfia dari tadi lagi meragam minta diisi tetapi dia tak berani nak bagitahu Ayyan. Ayyan pun sibuk tenangkan mummnya jadi dia pendam sendiri rasa laparnya.

Sampai sahaja di cafe hospital, mereka melihat menu.

"Nak makan apa?" Luthfia tak selera dengan menu yang ada didepannya.

"Ayyan, I nak tomyam." Telan liur dia bila memikirkan rasa masam tomyam.

"Ni, ada tomyam. Kau nak tomyam apa?"

"I nak tomyam yang you masak."

Ayyan memandang isterinya. Masa beginilah Luthfia ni nak mengada.

Ayyan menarik tangan Luthfia keluar dari cafe tersebut. Dia membawa Luthfia jauh dari orang ramai.

"Kenapa mengada sangat ni? Beli je lah tomyam tu." Nadanya cuba dikawal untuk menjaga perasaan Luthfia.

"I tak nak. I tak selera nak makan tomyam orang lain. I nak makan tomyam yang you masak." Dia pun tak tahu kenapa dia nak Ayyan yang masakkan dia tomyam. Dia teringin nak makan masakan Ayyan.

"Xandra, tolonglah! Jangan nak buat perangai dekat sini. Takkan lah aku nak balik semata-mata nak masakkan kau tomyam sedangkan daddy aku masih belum sedarkan diri. Kalau apa-apa terjadi dekat daddy macam mana?" bengang dia melayan perangai Luthfia ni.

"Kalau you tak nak, cakap je lah elok-elok. Tak payah nak marah-marah macam ni." Balas Luthfia dengan perasaan geram.

"Dah kau buat perangai, siapa je yang tak bengang!" Melayan sikap Luthfia membuatkan anginnya tak baik. Dia dah risau dengan daddnya, isterinya boleh pula nak minta masakann tomyam. Memang tak lah dia nak layan.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now