Xandra-58

37K 2.3K 481
                                    

Mengamuk Noah apabila dapat tahu yang Luthfia dipaksa membeli barang dengan hanya berjalan kaki. Marah macam mana pun dia dengan Luthfia tak pernah lagi dia buat Luthfia seperti ini.

"Abang nak pergi mana?" soal Bianca dengan sedikit perasaan gerun. Tak pernah dia nak lihat Noah mengamuk seperti ini.

"Aku nak ambil balik Fia! Ayyan dah melampau!" keras suara Noah kedengaran.

"Ayyan nak ke kalau kita ambil Puan Muda. Ayyan tak akan lepaskan Puan Muda dengan senang abang." Sekarang ni Ayyan ada hak sepenuhnya terhadap Luthfia. Mereka tak boleh buat apa-apa pun dekat Luthfia.

"Haikal! Kita ada Haikal." Anak itu boleh dijadikan umpan untuk Ayyan lepaskan Luthfia. Dia tak sanggup nak lihat Luthfia merana. 

"Kau tunggu sini. Biar aku yang hadap Ayyan." Malam ni juga dia nak selesaikan semuanya. Selesai semua urusan dia nak bawa Luthfia balik semula ke Itali. Hidup mereka lagi bahagia di sana.

Bianca mengangguk setuju sahaja dengan apa yang dikatakan suaminya. Kalau dia pun ikut Noah ke sana mesti dia meraung melihat keadaan Luthfia.

"Aku pergi dulu." Dahi Bianca dicium sebelum dia pergi meninggalkan isterinya.

Bianca menghantar pemergiaan Noah dengan pandangan yang sudah kabur disebabkan air mata yang mula bertakung.

...

Noah merempuh masuk ke dalam rumah Ayyan. Di ruang tamu sunyi sahaja langsung tak ada kelibat Ayyan menyapa di pandangannya.

"Ayyan!" panggil Noah dengan kuat.

"Ayyan!" teriak Noah sekali lagi.

Panggilannya tak dijawab. Entah dimana Ayyan berada saat ini. Kakinya terus sahaja menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

"Ayyan!"

Ayyan tertoleh ke kanan apabila namanya dipanggil. Wajah Noah yang bengis singgah di anak matanya.

"Apa kau dah buat dengan Fia, bodoh!" tempik Noah dengan kuat.

Ayyan masih berlagak tenang. Baru sikit dah kecoh.

"Aku buat benda yang sepatutnya lah." Balas Ayyan dengan selamba. Mukanya langsung tak rasa bersalah. Itu yang membuatkan Noah geram dengan Ayyan.

Noah terus sahaja meluru ke arah Ayyan. Kolar baju lelaki itu dicengkam membuatkan tubuh Ayyan terdorong kearahnya.

"Fia memang salah tapi bukan ini caranya kau nak balas perbuatan Fia! Kau dera dia dalam keadaan Fia bawa anak kau bodoh!" kuat suara Noah memarahi tindakan Ayyan.

"Aku tak kisah semua tu. Luthfia kan kuat, licik. Pandailah dia nak jaga anak aku!" ujar Ayyan dengan senyuman puas.

Noah tak boleh nak tahan kemarahannya. Sakit hatinya melihat senyuman tak bersalah Ayyan.

Buk!

Satu penumbuk diberikan tepat di pipi Ayyan. Terundur Ayyan kebelakang disebabkan tumbukan padu itu.

"Aku nak ambil balik Fia dari kau! Luthfia tak layak dapat suami tak ada otak macam kau! Binatang!" jujur dia tak sangka Ayyan boleh bertindak jauh seperti ini. Kalau lah dia tahu Ayyan layan Luthfia teruk dia akan bawa Luthfia lari dulu baru dia bongkarkan apa yang Luthfia sudah buat.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now