Chapter two

490 15 0
                                    

Baru sahaja Hanan ingin membuka mangga pintu rumah teresnya, dirinya disapa sedikit kasar oleh jiran nya. Terbantut seketika pergerakannya mendengar bait bicara yang baru sahaja keluar dari bibir wanita umur empat puluhan.

"Hanah, makcik sarankan kamu pindah lah sebab ayah kamu hari hari datang buat bising dekat sini. Kesianlah dekat kami Hanah, apatah lagi makcik pula ada anak kecil" Jelas mak cik itu separuh merayu, tak larat rasanya mahu mendodoikan bayi nya akibat terbangun. Disebabkan bunyi bising datang dari rumah jirannya.

Hanah senyum tawar sebelum berkali kali Hanah merayu memohon kemaafan dari wanita tua, malu mula menguasai diri.  Mak cik tadi senyum kecil sahaja sebelum memboloskan diri kembali ke dalam rumah.

Pintu rumah ditutup seketika sebelum dia mengucap berkali kali kepenatan dengan situasi yang memakan diri saban hari.

Hanah berjalan ke arah bilik dan keluar kembali setelah selesai membersih diri serta selesai menunaikan kewajiban sebagai muslimah.

Barangan yang baru dibawa pulang dari tempat kerja disusun rapi di almari, beberapa plastik maggi dan juga barang yang lain turut dikeluarkan.

"Haish, mati aku macam ni kalau hari hari makan makanan segera" Bebel Hanan pada dirinya, hanya ini yang dia mampu kerana belum sampai hujung bulan lagi. Bermaksud gaji masih tidak berada di tangannya lagi.

"Tapi better lah dari tak makan terus" Tambah Hanah, hanya dirinya yang mendengar bebelan nya ketika itu kerana hanya dia seorang menghuni rumah teres ini.

Dia mula duduk seketika di atas kerusi berhadapan meja sambil menunggu makanan siap dimakan, sedang dia fikirkan bagaimana mahu kekal bertahan dalam dunia yang serba menjadi mahal.

"Aku rasa dah boleh kut start esok ganti semula puasa tahun lepas, Ramadhan dah nak dekat ni sambil tu mampulah nak jimatkan duit yang tak seberapa ni" Hanan berbisik kecil pada dirinya, dia mengangguk laju menyetujui bicaranya tadi.

Telefon miliknya diambil sebelum dia membelek buat seketika bila beberapa mesej mula naik dan notifikasi mesej mula kedengaran.

Mak Cik Suria

"Hanan, esok kamu teman makcik kemas rumah dekat hujung taman tu sebab diorang baru saja tempah servis untuk kemas rumah"
- Mak Cik Suria

"lagipun bayaran mereka juga bolehlah buat kita ni"
-Mak Cik Suria

"oraitt makcik"
- Hanah Bahiyyah

Telefon diletakkan di tepi kembali setelah mesej dibalas, plastik aluminium maggi bekas itu ditarik lepas sebelum beberapa rempah yang di sediakan dibuka lantas dimasukkan ke dalam bekas maggi itu.

Perlahan dikacau Hanan, bicara Bismillahirahmannirahim dilafazkan sambil perlahan dia memakan makanan dengan penuh rasa sabar kerana masih terasa lagi haba panas air yang dimasaknya tadi.

Sambil dia menikmati makanan larut malamnya, dia terfikir kembali akan bicara jiran sebelah sebentar tadi. Entah bila ayahnya bakal berhenti dari menganggu diri nya siang malam, entah macam mana keberadaan dirinya terkantoi lagi.

Malas memikirkan perihal ayah, diri ibunya yang jelas hilang arah dan entah di mana saat kini juga menjadi persoalan. Nasib dirinya melarikan diri dari perkarangan yang bakal menjerumuskan dirinya ke dalam lautan kemaksiatan.

Tak tahu apa yang bakal Tuhan balakan pada dirinya sekira dirinya juga mengikut jejak langkah ibunya, bakal dilaknatkah dia?  Atau bakal terkial kial seperti ayahnya demi sesuap nasi?

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now