chapter five

300 20 0
                                    

Hanan mengelap sedikit tangannya yang basah dengan tisu sambil matanya ligat memerhatikan gambar gambar yang berada di hadapannya ketika ini.

Baru sahaja dirinya selesai mengemas serta memasak hidangan malam buat majikannya, selesai sahaja dengan shift nya di 7 Eleven. Berdecut terus dia menunggang motornya ke sini, hampir dia tersesat di perkarangan rumah mewah demi mencari rumah majikannya ini.

"Cantiknya wanita ni, diorang nampak bahagia" Terletus bicara Hanan bila matanya menangkap susuk tubuh wanita yang sedang memeluk erat tubuh seorang budak lelaki di ribanya.

Entah kenapa raut wajah budak lelaki itu 'look familiar' tetapi itu tetap dihiraukan Hanan, matanya setiap hari melihat ribuan raut wajah dan mungkin disebabkan itu kadang dia tersilap mengenal.

Tetapi masih wanita itu kelihatan cantik menawan, tak mampu Hanan larikan lirikan matanya dari wanita yang berpakaian warna khaki dengan rambut perang kecoklatan.

Wanita itu dengan lelaki di sebelah nya yang mungkin berdasarkan firasat Hanan adalah suaminya kelihatan sungguh serasi, 'bak pinang dibelah dua'.

"Tu puan rumah ni, anak tunggal arwah Tuan Fateh dan Puan Hamirah. Ibu kepada Encik Muda Jibreel Zaafir, budak lelaki kecil tepi tu yang comel molek tu. Juga isteri kepada Eid Haidil, lelaki di sebelah perempuan tu. Tuan rumah ni" Jelas panjang makcik itu atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Suria.

"Ouh.... Tapi mana perempuan ni mak cik? Saya tak nampak pun, ke masih bekerja?" Soal Arabella sambil matanya ligat memerhati sekeliling mencari batang hidung wanita di dalam gambar yang mereka bicarakan.

"Wanita yang kamu lihat ini dah meninggal sepuluh tahun yang lepas" Bicara mak cik itu lagi setelah mengeluh seketika.

"Innanilahiwaiinahirojiun" Sempat Hanan mengucapkan salam takziah buat seketika, hatinya turut dilamun rasa sebak dan sedih.

Bagaimana agaknya diri budak lelaki ini membesar tapi kasih sayang seorang ibu?

'Eh kau ni Hanan, tanya orang pula padahal kau membesar tapi kasih sayang siapa siapa pun. Dapat kasih sayang istimewa adalah berbanding budak lelaki ni, sekurangnya dia dapat kasih sayang ayah dia. Hidup pun dalam rumah serba mewah seperti ini' Hati Hanan berbisik kuat.

"Tapi banyak pula yang mak cik tahu tentang keluarga ni?" Soal Hanan bersahaja, sekadar ingin tahu.

"Mak cik dah dua tahun ulang alik kerja mencuci dan membersih dekat sini. Masak kadang kala sahajalah sebab diorang pun jarang balik rumah ni" Jawab mak cik Suria penuh panjang dan padat membuatkan Hanan terangguk selalu.

"Rumah cantik macam ni pun jarang balik" Terus Hanan menekup mulutnya laju, mahunya bicarakan di dalam hati sahaja tetapi nakal pula bibirnya menitikan kata.

"Nak buat macam mana Hanan, diorang sibuk kerja" Bicara Makcik Suria lagi sebelum tersenyum kecil dan melangkah pergi melanjutkan kerjanya yang tertangguh sementara.

"Ouh" Ringkas sahaja Hanan membalas kata masih terkial kial melihat sekeliling, menghayati seni ukir rumah majikannya.

'Aku pun sibuk kerja juga tetapi tak adalah sampai tak balik rumah' Hati Hanan membebel lagi sebelum dia tertawa terkekek akan dirinya yang tidak berpuas hati dengan majikan nya, yang tidak bersyukur akan rezeki yang diberi.

Jam ditangan dilihat sekilas sebelum Hanan menjerit kecil, sudah hampir lewat malam tetapi kerjanya masih belum siap.

'Ha itulah kau Hanan, busy body sangat nak tahu soal orang lain kan Tuhan dah bayar cash. Ni kalau majikan balik tetapi kerja belum siap, masak kau Hanan" Marah Hanan akan dirinya di dalam hati sebelum dia berlari kecil menyiapkan apa yang patut.

~

Kereta Jibreel membelok sedikit ke kanan memasuki perkarangan rumahnya. Tiba keluar satu motosikal skuter berdecut keluar dari dalam rumahnya sebelum hilang di sebalik pagar.

Jibreel mengerut kecil, tidak sempat matanya menangkap raut wajah sang penunggang tersebut. Hampir juga dia terlanggar susuk tubuh itu kerana keluar dengan tiba tiba.

"Ni mesti pekerja baru yang mak cik Suria cakapkan tu, aku kena suruh mak cik nasihatkan si dia agar pandang kiri kanan dulu sebelum keluar. Ni tak, main terjah macam tu je" Bebel Jibreel tidak puas hati.

Baru sahaja Jibreel melangkah masuk ke dalam rumah setelah keretanya dipastikan berkunci, rongga hidungnya disapa dengan bau enak makanan yang datang dari dapur.

"Sedapnya lauk hari ni, mak cik juga ke yang masak?" Soal Jibreel pada mak cik Suria yang sedang sibuk mengacau air jus buat makan malamnya.

"Eh tidaklah Encik Muda, ni pekerja baru yang mak cik katakan tu masak kan" Jelas Mak Cik Suria pda Jibreel.

"Ouh.. Tapi mana dia mak cik?" Jibreel menyoal bersahaja walau tadi dirinya hampir terlanggar akan susuk tubuh yang dibicarakan mereka ketika ini, pura pura tidak tahu. Sempat juga matanya dibuat buat mencari akan diri 'pekerja' yang dikatakan mak cik Suria.

"Lah, dia dah balik dah. Rumah dia jauh jadi takut sampai nanti dah gelap, kan tak jumpa pula jalan balik nanti" Bicara Mak cik itu lagi

Jibreel hanya mengangguk kan kepalanya berkali kali, matanya kini sedang tidak lengkan memandang hidangan di atas meja. Ditelan berkali kali air liur, tidak sabar mahu menjamah makanan itu.

Mak cik Suria menghampiri Jibreel sebelum beberapa senduk nasi diletakkan di atas pinggan lelaki itu.

"Babah mana mak cik? Tak nampak batang hidung pun?" Soal Jibreel sebelum lauk diambil serta digaulkan dengan nasi lantas dimasukkan ke dalam mulutnya, Jibreel memuji akan keenakan lauk itu seketika di hatinya.

"Tuan belum balik lagi Encik Muda, mungkin nanti sampailah tu" Mak cik Suria berkata lagi, Jibreel hanya dia mengangguk bak burung belatuk sambil mengunyah enak makan malamnya pada hari itu.

Mak cik Suria masih kehulu kehilir menyiapkan kerjanya, biasanya mak cik itu pulang sedikit lambat kerana harus mencuci hidangan majikannya.

Buat masa ini, majikan rumah inilah yang paling pemurah dan baik hati setakat Mak Cik Suria kerja. Gaji yang diberi pon setaraf dengan kerja berat yang dilakukan oleh wanita separuh tua itu.

Dan kadang adakala mereka memberi lebih, sunat katanya bersedekah.

"Ambiklah mak cik, anggaplah ni sedekah dari keluarga saya buat mak cik. Cuma yang kami mohon makcik doa yang baik baik sahaja buat arwah yang pernah menghuni rumah ini dulu" Itulah yang selalu Jibreel dan Eid Haidil katakan bila sahaja mak cik Suria menolak akan huluran yang diberi.

Melihat dari segi wajah wanita kepada Tuan dan ibu kepada Encik Mudanya, pastinya mesti wanita itu baik baik orang nya dan sebab itu Encik Muda juga terkena akan kebaikkan wanita itu.

Pandai sekali wanita itu menjaga dan membesarkan anaknya sehingga keluarganya dihuni oleh orang baik baik belaka, besar jasa arwah itu.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now