chapter sixteen

238 9 1
                                    

Kehulu kehilir gadis itu berjalan dengan kepala yang berserabut, tangannya digempal kuat sambil otak tepunya ligat berfikir.

"Aku nak minta tolong siapa ni?" Telefonnya dibelek laju, kenalan di teliti satu persatu. Entah dari siapa boleh dia meminta bantuan.

Bantuan kecemasan.

Tanpa sengaja, setelah hampir sepuluh minit 'scroll' kenalan. Jarinya terberhenti pada number bernama Qard Aiden.

"Ni number aku, kalau ada apa apa. Call je aku" Bicara Qard pada Hanan setelah memasukkan no telefonnya ke dalam telefon bimbit gadis di hadapannya itu.

"Kenapa awak bagi saya no awak?" Hanan menyoal, tiba tiba sahaja jejaka ini. Sungguh Qard Aiden penuh dengan tiba tiba.

Macam, tiba tiba muncul.

"Saja" Jejaka itu berbicara ringkas.

Hanan yang tadi sedang mengelamun kembali memori lepas tanpa sengaja menekan kenalan Qard Aiden membuatkan gadis itu gelabah selalu.

Dari sudut yang lain,

Jejaka yang sedang melemparkan penumbuk bertubi tubi ke arah insan yang sudah terkulai lemah di hadapannya mula membebel geram bila telefonnya berbunyi kuat.

'Aiyaya Pok Ali jatuh parit, Aiyaya Pok Ali-'

Mandi jelah parit tu Pakcik Ali, semak je. Lantas dia mengangkat panggilan nya tanpa melihat sang pemanggil.

Sempat Qard mengelak sedikit dari termakan buah tumbukan jejaka di hadapannya, laju Qard bergerak maju ke belakang lelaki itu dan mengangkat tubuh jejaka itu laju dari belakang nya ke hadapan membuatkan si dia berdecit sakit.

"Err hello?" Suara gadis kedengaran di sebalik panggilan, Qard mula mengerutkan dahinya. Sejak bila aku ada number perempuan ni, seingat dia number ini 'private'.

Telefonnya dibelek kembali sebelum dia membulatkan matanya sedikit bila sahaja nama 'Hanan' tertera.

"Hello" Mendatar suara Qard kedengaran, sebelum dia menyambung kembali kegiatannya tadi.

"Kenapa? Kau call aku kenapa?" Gadis itu masih berkutik diam tidak bicara selepas itu membuatkan Qard bersahaja menyoal.

"Saya tertekan" Tedengar tawa mengekek tawar dari sebalik sana, Qard mula senyum kecil sebelum sekali lagi hilang bila matanya menangkap susuk tubuh yang mula
bangkit dengan darah penuh di kepala perlahan bangun.

"Ouh, kalau macam tu aku tutuplah" Jelas Qard pula, fikirnya ada bahaya yang menimpa gadis itu rupanya Hanan tertekan.

Ditendang kuat susuk tubuh yang kembali
jatuh tadi, jejaka itu batuk mengeluarkan renjisan darah.

"J-jap!" Teriak Hanan dari sana mengakukan Qard dari menamatkan panggilan, telefonnya dialih ke tangan kiri kerana tangan kananya?

Mahu digunakan untuk menumbuk terus kepala jejaka di hadapannya, bila mahu mati ini jantan huh.

"Hah?" Qard mula kepelikkan, apa yang dimaksudkam dengan Hanan?

Bicara Hanan seterusnya membuatkan Qard langsung tidak bergerak walau seinci, bagaikan keras seluruh anggotan badannya bila gadis itu meminta permintaan sedemikian.

Tanpa sedar, satu kayu dihayun tinggi dari belakang oleh seseorang dan selamat terkena di kepala Qard.

"Ark" Decit Qard, darah mula mengalir turun dari dahinya. Qard mula menjeling tajam dan memusing laju terus menembak kepala lelaki itu.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now