Hanah yang sedang lelah mengatur nafas mula menyorok di belakang timbunan kotak kotak besar, dikecilkan lagi dirinya agar si pengejar tidak mampu mengesan keberadaanya.
"Mana kau pergi ni perempuan! Aku nak duit je pun" Suara kedengaran mendekat, bila bila masa sahaja dirinya bakal terkantoi. Entah yang mana lebih baik, antara turutkan sahaja atau kekal bersembunyi walau akhirnya ditangkap jua.
"Kalau aku dapat kau, mati kau aku lunas" Bicara jejaka tua itu lagi, masih dengan ketidak puas hatinya yang gadis itu terlepas dari gengaman nya jua.
"Better aku ikutkan sahaja, aku takut keadaan makin memburuk" Jejaka tua itu melangkah merapat perlahan ke arah timbunan kotak kotak, mungkin sudah jejaka tua itu tahu akan keberadaannya.
Baru sahaja gadis itu ingin melangkah keluar dia ditarik kasar oleh seseorang membuatkan dia hampir menjerit sebelum mulutnya ditekup kasar olehnya.
Dia ditarik sebelum susuk tubuh gadis itu dikunci di dinding, lelaki itu mula merapatkan wajahnya ke arah gadis itu.
"Ha jumpa pun engkau!" Jejaka tua tadi menyampuk, susuk tubuh yang menariknya tadi mula melindungi dirinya sedikit.
"Jumpa apa? Tak nampak ke aku dengan perempuan ni tengah buat apa?" Bidas pedas lelaki itu, pura pura tidak senang akan keberadaan jejaka tua separuh abad itu.
"Lah manalah aku tau, btw kita kongsi nak perempuan tu?" Jejaka tua itu senyum gatal melangkah merapat ke arah mereka sebelum ditolak kasar oleh lelaki itu.
"Kepala hotak kau, sebelum aku sembelih kepala kau bagi makan anjing. Better kau bla dari sini as fast as possible" Kasar jejaka itu berbicara pada lelaki tua yang menganggu mereka.
Walau tidak faham akan kata kata barat yang terbit tetapi mendengar sembelih kepala membuatkan seluruh isi di dalam badannya mengecut seketika.
"Kau boleh pergi" Ringkas si dia berbicara sebelum hilang di sebalik bayang, Hanah terkaku masih tak mampu memproses akan situasi yang baru sahaja berlaku.
Tiba tiba bulu bulu kehidupan di selurun badannya mula menegak bila sahaja bunyi ngauman anjing kuat kedengaran, Hanah mula berlari kecil sebelum dia akhirnya tiba di perkarangan tempat kerjanya.
_
Sinaran bulan yang menyilau indah ibu kota, bintang mengelip memenuhi langit. Duduk seorang lelaki merenung lama semesta teratas, air kopi tin yang dibeli dari mesin gedegang tadi disisip sedikit.
Seminggu sudah berlalu, terperuk di ruangan perkarangan hospital. Langsung tidak melangkah kaki keluar dari ruangan yang sentiasa menjadi serbuan orang.
Hospital tempat dia bekerja sudah diibaratkan rumah keduanya malah mungkin melepasi rumah pertamanya, begitulah hari hari Jibreel.
Sibukkan diri dengan rutin dunia agar dia lupa dengan rasa yang penuh sarat memenuhi jiwa raga, hanya dengan cara ini mampu dia lupakan semua perihal yang menjadi masalah buat diri jejaka itu.
Tanpa dipinta, datang rakan sekerja menyampuk dirinya yang sedang ralit menghayati dunia malam, alangkah indahnya jika kini mampu dia melangkah kaki tidak beralas di atas pasir di pantai.
Mendengar alunan ombak berbicara penuh merdu, sapaan angin lembut pada kulit dengan cahaya kerlipan bintang serta bulan pasti meredakan berat hati di dalam diri.
Menjerit sekuat hati melepaskan segala isi hati yang dipendam selama ini tetapi apakah nasib, jarak antara pantai dari sini memakan masa yang agak lama.
"Jibreel!" Sampuk Adam pada Jibreel yang entah sejauh mana sudah termenung kan diri, apalah yang difikirkan oleh Jibreel walau jelas hidupnya kelihatan penuh lengkap.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...