Chapter fourty one

163 16 0
                                    

Sebuah kereta mula masuk ke perkarangan hospital dan mendekat ke arah ruang kecemasan, dimana tempat ambulan biasanya berhentikan pesakit.

Setelah itu, terburu buru Jibreel keluar sebelum susuk tubuh Hanah diangkat jejaka itu penuh lembut dan dibawa terus ke katil hospital yang terletak di tepi dinding itu.

Orang ramai yang ketika itu penuh memenuhi ruang menunggu kini masing masing menumpu kan mata ke arah Jibreel yang tiba tiba muncul dengan seorang gadis yang tak sedarkan diri di dakapannya.

"Jibreel, what's wrong?" Doktor Adam yang bertugas di malam hari itu berlari merapati Jibreel, laju mulutnya melontarkan soal bila matanya melihat pakaian Jibreel dan gadis itu yang berlumuran darah.

Kadang Adam turut terkilan melihat Jibreel buat pertama kali, wajahnya beriak sedih dan sembap dengan mata yang bengkak. Matanya yang juga kemerahan jelas mengatakan yang jejaka itu baru sahaja lepas menangiskan tangisan.

Berturut wajah Jibreel dan gadis itu dilihat, tidak pernah pula Adam lihat susuk tubuh gadis ini. Adakah gadis ini merupakan orang penting buat Jibreel sampaikan sebegitu sekali serabainya diri Jibreel.

"Who is she?" Soal Adam ingin tahu, ingin tahu siapa yang berjaya mengubah Jibreel yang dingin beku terus seperti budak yang tidak dibelikan mainan dalam sekelip mata.

"Suruh Chen prepare room, aku yang akan lead this operation" Tidak menjawab bicara, Jibreel melontarkan kata suruhannya dengan suara yang tergagap gagap.

"Tapi siapa dia? Kalau relative kau, kau tahu kan rules-" Berkerut dahi Adam berkata kata, tak akanlah Jibreel tidak sedia maklum akan peraturan yang satu itu.

Jibreel yang tadi tak habis mengusap gadis itu terus mencengkan Adam kuat sebelum matanya mencerlung tajam menusuk masuk ke sepasang mata milik Adam.

"Just go and tell Chen what I told you." Tidak bernada bicara Jibreel sekaligus membuatkan Adam mengundur perlahan seraya gengaman Jibreel lerai perlahan bila teringatkan yang dirinya sekarang berada di khalayak ramai.

"O-okay" Tidak membantah kali ini, laju kakinya diorak pergi.

Ya, Jibreel selalu terlihat menakutkan tetapi tak pernah ekstrem sebegini. Sedingin dingin Jibreel, tidak pernah tangannya naik menyentuh sesiapa jadi ini merupakan sesuatu yang betul betul misteri.

Sudahlah tidak menerangkan siapa gerangan yang dibawa malah keadaan ini juga berjaya mengubah Jibreel menjadi sebegitu, jadi siapa sebenarnya gadis ini pada Jibreel? Adakah kekasih hati lelaki itu?

Adam yang berlari pecut mencari Chen berselisih seketika dengan Amelia yang berjalan bertentangan dengan dirinya.

"Adam, nak pergi mana?" Tidak laju, tidak perlahan tapi sempat Amelia menyentuh lembut lengan jejaka itu. Pelik melihat Adam yang seperti keributan mengejar sesuatu.

"Jibreel datang dengan patient" Ringkas Adam berbicara kerana dirinya juga tidak tahu macam mana mahu diceritakan secara lebih terang.

"Jibreel?" Amelia beriak bingung.

Adam angguk sahaja, dirinya juga sebegitu sebentar tadi. Setelah itu, dia berjalan pergi sebelum hilang di sebalik ruang.

Amelia yang kaku berfikir tadi menggeleng kan kepalanya laju. Mahu tahu lagi, dia berjalan ke srah ruang kecemasan ingin melihat siapa yang dikatakan Adam tadi.

Bagaikan dipanggil, terlihat Jibreel dan beberapa orang yang lain mula muncul sambil menolak katil. Baru sahaja bibirnya ingin menguntumkan senyum tetapi terbantuk bila susuk tubuh Hanah menjamu pandangan Amelia.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now