Hanah merenung lama bangunan pasaraya yang sedang penuh. Dirinya sedang kaku berlabuh diri di kerusi Kafe hotel, tempat penginapan sementara nya tika ini.
Gadis itu sedang sabar menunggu kelibat yang dinanti nanti, sejak beberapa hari lepas hatinya tidak terasa senang.
"Boleh kita berjumpa?"
Hanan mengetap sedikit kasar bibirnya, hatinya dilamun gemetar. Jantung nya berdegup sedikit laju tidak seperti biasa.
"Boleh saya tahu siapa ni?"
"Saya isteri sah kepada Zaid selaku ibu kandung kamu" Mendengar sahaja bait bicara orang itu membuatkan gengaman tangan Hanan pada telefon bimbitnya terasa longgar.
Hampir sahaja telefon bimbitnya terlepas dari tangan, tapi sempat dia mengetap kembali tangannya menahan daripada jatuh.
"Assalamualaikum" Salam yang diberi menyentakkan Hanah ke realiti kembali, gadis itu mendonggak melihat susuk tubuh wanita berambut panjang dengan senyum manis yang tak lengkang di bibir.
"Hanah" Lembut sahaja namanya diseru, Hanah sempat menggeleng kan kepalanya seketika sebelum laju dia berdiri menyamai diri wanita itu.
"Waalaikumsalam.." Salam wanita itu dijawab Hanah kembali.
"Dah lama kamu tunggu?" Wanita itu menyoal sebelum melabuhkan diri di kerusi, tingkah itu dituruti Hanah juga.
"Hah? ouh tak adalah, Hanah pun baru je sampai" Terasa kekok sahaja keadaan sekeliling sekarang, mungkin kerana Hanah masih keliru akan apa yang sedang terjadi.
"Saya fikir saya hampir sidai kamu tadi, sebab tadi masa tengah on the way tiba tiba pula kereta buat hal" Jelas wanita itu sebelum ketawa kecil.
Hampir sahaja Hanah beriak tetapi cepat cepat dia ketawa bersahaja, jelas kedengaran kekok.
'She's living her best life' Hati berbisik kecil.
"Kamu sihat- anak ibu?" Terjongket sedikit kening gadis itu mendengar bait kata yang dihambur kan oleh wanita itu.
Anak ibu..
"Kamu makin cantik.." Seluruh raut wajah Hanah ditilik wanita itu bahagia, bagaikan tiada hari esok.
"Makci- maksud Hanah, ibu.. apa sebenarnya dah jadi? Betul ke ibu ni ibu Hanah?" Hanah malas berbasa basi, wanita itu juga masih tidak pasti sama ada benar atau tidak ibu kandungnya.
Wanita yang dikatakan ibu Hanah itu menjongketkan keningnya seketika sebelum dia kembali beriak bersahaja.
"Luna mesti tak cerita satu pun kan? Pandai dia rahsiakan semua ni dari kamu?" Bicara dia lagi dan diakhiri dengan tawa.
Mendengar sahaja nama Luna meniti keluar, kini pandangan difokuskan terus pada wanita di hadapannya ini.
"Maksud ibu? Boleh jelaskan tak siapa Luna dan siapa ibu? Saya membesar dengan Luna selaku mak saya tetapi kenapa ibu pula yang mengaku ibu kandung saya?"
Satu persatu persoalan yang bermain di benak dihambur Hanah.
Wanita itu menghembus nafas lembut, sempat sepasang mata Hanah menangkap riak sedih wanita itu.
Bagaikan kecewa dengan bicara Hanah tadi?
Tetapi benarlah Hanah tidak pernah sekali pun bertembung dengan si dia dan kenapa kini pula munculkan diri dan memperkenalkan diri sebagai ibu dia?
"I wish that I can tell you everything but I don't have enough time for that but, at least you need to know the main story" Tajam mata wanita itu menghiris anak mata Hanah, mengatakan yang bicara seterusnya amatlah penting buat dirinya.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...