Sedang Hanah leka dengan membersih sedikit titisan air 'Slurpee' yang tertumpah di persekitarannya, seorang jejaka yang agak dikenalinya melangkah masuk ke dalam.
Jejaka ini dari awal hari dia mula kerja di sini selalu datang singgah membeli tetapi hal itu tidak membuatkan dia mengenal si dia, malahan ramai lagi pelanggan lain datang jadi tak mungkin dia ingati sang pembeli.
Cuma yang berbeza nya, jejaka yang dia bicarakan sekarang ini sudah hampir tiga hari hanya melangkah masuk sahaja dan keluar tanpa membeli apa apa membuatkan Hanah ragu ragu dengan si dia.
Loceng pintu kedengaran lagi, baru sahaja Hanah mengumpat kecil perihal lelaki itu. Ianya berlaku lagi, si dia keluar tanpa membeli apa apa, Hanah keluh kecil sahaja sebelum sambung membersih.
"Cik, nak tanya. Susu goodday strawberry memang tak reti reti nak restock ke?" Sampuk susuk tubuh seorang lelaki yang entah bila berdiri tegak elok di belakangnya.
Hanah memandang pelik si dia, bukan jejaka yang keluar tanpa membeli tadi ke?
"Susu good day?" Soal Hanah, otak tepu di kepala nya masih lagi tidak berfungsi. Cuba mengingati barangan apakah yang dicari sebenarnya oleh jejaka itu.
"Hmm" Jejaka itu berdehem kecil, masih memeluk diri menunggu butir bicara dari Hanah.
"Kilang jenama Goodday kan meletup, tak baca berita ke?" Hanah mula dengan loya buruknya, ingat gadis ini tidak menangkap ke perli jejaka itu tadi?
Tak pandai tanya elok elok? Mak ayah tak ajar ke?
"Tak, tak apalah" Ringkas jejaka itu membalas kata sebelum berjalan pergi meninggalkan Hanah yang masih terkial kial cuba memahami situasi.
"Pelik" Bisik Hanah perlahan sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal, tidak sangka pula yang si dia ni percaya bulat bulat akan penipuannya.
_
Jibreel yang baru sahaja melangkah keluar dari kedai serbaneka dengan muka ketidakpuas hatinya menanti lama untuk lampu isyarat bertukar merah.
Lama dia menunggu, akhirnya lampu isyarat mula bertukar dan orang ramai berpusu pusu mempercepatkan langkah. Takut sekiranya tidak sempat dan lampu isyarat bakal bertukar kembali.
Sedikit sahaja lagi Jibreel ingin menyeberang, dia terlihat seorang lelaki tua bertongkat yang sedang cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan langkahnya.
Lampu isyarat sudah bertukar hijau, tetapi lelaki tua itu masih di separuh jalan, Jibreel mula mengundur langkah menyamai langkah dengan lelaki tua itu.
Telefon bimbit dikeluarkan dengan selambanya dia membelek, sempat matanya menjeling seketika sekeliling sebelum sambung pura pura bermain telefon.
Lelaki tua itu tersenyum kecil, tidak sangka Jibreel bakal membuat perkara sedemikian.
Usai sampai di seberang sana, lelaki tua itu berterima kasih pada Jibreel tetapi Jibreel masih dengan wajah bekunya dan memboloskan diri di perkarangan hospital.
~
Haidil melangkah turun mencari cari kelibat anaknya yang sejak pagi tadi tidak kelihatan, kaca mata hitam tersarung elok di wajahnya.
"Mak cik, Jibreel dah pergi kerja ke?" Soal Haidil pada mak cik yang bertugas sebagai pembantu rumah, mak cik itu memandang pelik pada Haidil seketika sebelum dia hiraukan sahaja.
Majikan dia memang pelik pelik.
"Tuan Jibreel? Tuan dah pergi sejak subuh tadi dah tuan, sarapan pun tuan tak sempat ambik" Jelas mak cik itu pada Haidil dibalas anggukan.
Haidil berdehem seketika sebelum dia mula melangkah keluar lantas diboloskan diri ke dalam perut kereta, dia menghela nafas seketika sebelum kaca matanya ditanggalkan.
Matanya yang jelas bengkak dibelek seketika.
Haidil melangkah masuk ke dalam bilik nya, baru sahaja pintu bilik ditutup dan dikunci rapat. Jejaka itu jatuh terduduk dengan tangisan kuat.
"Sayang, abang rindu sayang. Pulanglah kembali ke pangkuan abang, abang mengaku abang tak mampu bertahan tanpa sayang. Hari hari abang lalui hanya bersangka bahawa esok sayang bakal pulang tetapi hasilnya hampa, kelibat sayang langsung tidak kelihatan"
"Abang sudah cuba pelbagai cara untuk cari sayang, abang mengaku abang gagal. Andaikan betul sayang masih hidup, pulanglah kembali sayang" Air mata yang menitis laju jatuh menjadi asbab rindu nya pada sang permaisuri.
Setiap tangisan yang diletusnya menandakan rindu nya yang menguat, tetap hingga kini masih Haidil tidak sedar bahawa Arabella tidak lagi di sisinya, pelbagai cara dia lakukan agar dia terbangun dari mimpi tetapi masih hasilnya hampa.
"Hati abang sungguh tidak pernah mampu boleh melupakan sayang. Senyum sayang, tawa sayang, tangisan sayang serta apa sahaja mengenai sayang masih terngiang gila di benak kepala abang" Haidil menepuk kasar dadanya, tak tahan rasanya menangung sakit di jiwa.
Bagaikan orang gila, rambutnya mula menjadi kusut dengan mukanya yang sembap kemerahan. Tipu dia pada orang lain mahu ke tandas padahal kolam matanya ketika itu bila bila masa sahaja bakal runtuh, tidak mahu dipandang lemah.
Sengaja dia melarikan diri dari mereka.
"Sayang abang janji abang dah berubah, abang akan selalu alert dan tak akan bersahaja melakukan perkara yang salah menurut kamus sayang. Sayang- " Teresak esak jejaka tua itu menangis, hampir 12 tahun dia pendam semua ini tetapi kini dia lemah.
Dia tak mampu, dia lelah.
Haidil mula bangun bangkit, hampir sahaja dirinya jatuh kembali tetapi ditahan dengan tangannya di dinding, dia berjalan perlahan menuju ke almari sebelum satu kotak dibawa keluar dari almari itu.
Pelbagai barangan di dalam kotak dibelek Haidil perlahan, dia tersenyum tetapi dalam masa yang sama air mata tetap mengalir turun jua bila melihat bingkai keluarga kecilnya.
Gambar Arabella yang tersenyum mekar di hari graduasi nya dibelek lemah, dia rindukan gadis ini dan amat merindukan diri gadis itu.
Kalau tidak si pembelot itu menolak Arabella kembali jatuh ke dasar laut, mungkin mereka masih bergelak tawa ketika ini.
Walau sudah hampir nyawa ikan si pembelot itu diseksa tetap rasa nya masih tidak sama dengan rasa sakit dan rindu di hati buat isterinya. Malah melangkah mayat si pembelot itu juga masih tidak membuatkan hati Haidil puas.
Walau keturunan pembelot itu diseksa tidak berhak berbahagia juga tidak mampu melunaskan rasa rindu di hati pada Arabella.
Ramai memohon buat Haidil dan Jibreel menerima takdir dan tidak menyoal akan apa yang berlaku tetapi tidak salah kan untuk mereka menanti keajaiban?
Jibreel yang juga terkesan dan mengingat jelas tragedi hitam dulu turut menjadi buah persoalan pada mereka, bagaimana budak lelaki berumur lima tahun boleh ingat dengan jelas apa yang berlaku 12 tahun dulu?
Mungkin kerana trauma yang mendalam membuatkan Jibreel tidak mampu lupakan perihal itu dan menyebabkan peristiwa itu sentiasa menghantui hidup jibreel.
'Walau seribu tahun akan datang, abang tidak akan berhenti berdoa hinggalah mayat sayang timbul muncul dan mungkin sejak itu abang akan mula menerima takdir yang sayang sudah kembali kepada pencipta kita.'
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Aksi"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...