Ahnaaf yang baru sahaja tiba berjalan merapat ke arah Jibreel yang duduk diam di kerusi panjang itu, Jibreel yang sedang menunduk penat mendonggak kan kepalanya memandang ke arah Ahnaaf.
"Ni angkara kau ke sampai dia masuk hospital?" Ahnaaf menyoal dengan raut wajah yang penuh bengis, suaranya nyaring memarahi Jibreel di hadapan.
"Mana ada! Dia deman lah, siapa suruh mandi hujan" Jibreel berbicara sebelum terus berpeluk diri dan berpaling ke tepi, malas bertentang mata dengan Ahnaaf yang kelihatan lebih menggerikan berbanding dirinya saat marah.
"Mana kau tahu dia mandi hujan?" Ahnaaf menyoal lagi, bagaimana Jibreel tahu yang Hanah mandi hujan atau ianya sekadar alasan.
"Makcik Suria cakap pagi tadi yang dia balik rumah basah semalam" Bidas Jibreel malas, tidak faham akan Ahnaag yang suka benar memasuk campur dalam urusannya.
"Kau majikkan dia, kau tak ambik kisah ke hal pekerja kau. Ni kalau apa apa jadi kat dia, kau nak buat apa?" Tidak habis Ahnaaf menyoal, bukan dirinya tak maklum akan Jibreel yang selalu membuli gadis kecil itu.
"Tak kau sekarang kenapa kau kisah sangat pasal perempuan tu?" Jibreel menyoal balas seraya bangkit berdiri tegak membuatkan Ahnaaf terpaksa mengundur beberapa tapak.
Ahnaaf yang mendengar terdiam tidak berkutik, ada sohehnya apa yang Jibreel katakan. Mengapa dirinya terhegeh untuk berpihak pada gadis itu?
"Aku kesiankan dekat dia, aku dapat tahu latar belakang dia yang dia ni memang dari dulu datang dari keluarga yang teruk. Lepastu terperangkap pula dengan majikkan teruk macam kau ni" Ayat di akhir katanya ditekan kan kuat, sengaja agar Jibreel sedar akan apa yang sedang jejaka itu lakukan.
"Kalau aku tak datang rumah, harini. Sampai bila aku tak tahu yang perempuan ni masuk hospital. Entah entah sebelum ni pun dia pernah masuk hospital sebab kau kan?" Tidak habis menyoal bagaikan inspektor.
Ya, dirinya beberapa tahun lagi bakal dinaikkan pangkat menjadi inspektor sekiranya misinya kalini selamat selesai dengan jayanya.
Saat dirinya melangkah masuk ke rumah, Ahnaaf keliru seketika bila melihat ruang rumah kosong dan sunyi tanpa bicara sesiapa. Bila sahaja dia cuba menelefon Jibreel, dia terus berdecut keluar dan memandu terus ke hospital apabila Jibreel mengatakan tentang perempuan yang selalu dibulinya itu baru sahaja dimasukkan ke 'Ward'.
Walau dirinya dan Jibreel langsung tiada pertalian darah antara mereka tetapi masa kecil hingga besar mereka diluangkan bersama, Jibreel sudah dianggap seperti adik beradiknya.
Hatinya resah akan sikap Jibreel yang melampau saban hari. Sekiranya hal yang dilakukan Jibreel ini bakal membuat dirinya dihukum mati, sungguh dia tidak tahu apa yang bakal berlaku pada dirinya.
"Mana adalah, kau fitnah aku macam macam kenapa? Tak percaya pergilah siasat sendiri, tengok betul ke sebelum ni dia ada masuk hospital. Aku tak kejam sangatlah nak bunuh anak orang, Ahnaaf" Jibreel membalas panjang, tidak puas hati betul dengan Ahnaaf yang tak habis mengatakan perkara yang tidak dia lakukan.
"Tahu pun marah bila orang fitnah kau, cuba kau fikir apa perasaan dia bila kau fitnah dia macam macam sebelum ni" Suara Ahnaaf mula mengendur, cuba memujuk hati Jibreel. Dia tahu di dalam pelusuk akhir hati Jibreel, mungkin ada sebiji zahrah perasaan simpati.
Walau jahat seperti apa pun seseorang itu pada awalnya tidak bermakna di akhirnya dia tetap orang yang sama, menilai lah dari sudut hati untuk mengenal seseorang itu dengan lebih mendalam.
Jibreel yang mendengar terdiam sepi, bagaikan tersentak dengan kata kata yang dilontar Ahnaaf sebentar tadi.
_
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...