Chapter fourty five

322 18 0
                                    

Jibreel dan Haidil duduk di meja makan buat pertama kalinya minggu ini atas sebab masing masing yang sibuk dengan kerjaya masing masing.

Hanya ada Hanah dan Suria yang kehulu kehilir menyediakan jamuan tengahari mereka ketika itu, bonda tidak turun makan kerana sedang berpuasa sunat.

Haidil mencedok ikan tenggiri yang digulai lemak dan dimasukkan sekali dengan nenas, beberapa ulam serta timun diambil. Meleleh air liur melihat hidangan di atas meja.

Lama sudah dia tidak merasa masakkan kampung seperti ini tetapi hari ini, sengaja dia meminta Suria untuk memasak masakan kampung.

"Jibreel, cuba rasa. Masakan ni pernah menjadi kegemaran ibu kamu tau" Kata Haidil bila melihat Jibreel yang berkelip kelip, tahulah yang anaknya ini kurang dididik memakan masakan kampung. Setakat ayam goreng, itu jelah biasanya dipilih kalau berhenti di kedai makan masakah kampung.

Jibreel menggaru kepalanya sebelum menurut sahaja, tidak pernah dia rasa apa apa jenis masakan yang di dalamnya ikan tenggiri. Mungkin hari ini menjadi sejarah hidupnya memakan masakan tersebut.

Setelah itu, Jibreel memandang ke arah ayahnya yang turut memandang dirinya ketika itu. Tangan Haidil bergerak menyuruh Jibreel untuk mencuba dahulu.

Perlahan tangan Jibreel bergerak sebelum disua nasi serta ikan tenggiri itu ke dalam mulutnya, dikunyah beberapa kali.

Mereka di situ masing masing menunggu reaksi Jibreel termasuk Hanah yang berada sedikit jauh dari mereka, sedang memotong buat tembikai ketika itu.

Bebola mata Jibreel meluas dan kepalanya menangguk laju, dicedoknya lagi dan lagi masakan gulai tenggiri itu.

"Eh kamu Jibreel, melebih pula ye. Simpan sikit untuk Babah" Mereka di situ gelak tertawa bila Haidil menahan tangan Jibreel dari mencedok lagi. Hanah tersenyum suka melihat gelagat mereka.

"Sedapnya, mak cik Suria! This is the best tenggiri lemak yang pernah saya rasa tau" Jelas Haidil bila baru sahaja disua satu suap ke dalam mulutnya.

Mak cik Suria senyum kecil sambil kepalanya digeleng kecil.

"Bukan mak cik yang buatkan, Tuan. Hanah yang masakkan, mak cik kurang sikit kalau bab makanan kampung ni tapi dah Hanah kata dia pandai sedikit sebanyak, itu yang terhasilnya gulai lemak tenggiri ni" Panjang lebar mak cik Suria terangkan, terkaku Hanah seketika bila namanya disebut sebut.

Ala, setakat sikit sikit tu bolehlah. Tak perlu nak sebut sebut nama Hanah pun, segan gadis itu dibuatnya.

"Iyee, sedap air tangan kamu Hanah. Tak pernah mengecewakan, ini kalau isteri saya ada. Lima kali tambah mahunya" Bicara diakhir dengan gelak tawanya yang terbahak bahak.

Hanah yang mendengar senyum sahaja bila soal Arabella diwarwakan, perlahan pinggang yang dipenuhi dengan beberapa keping hirisan tembikai itu diletak sekali dengan hidangan yang lain.

Setelah itu, diam kembali ke ruang tadi dan mengemas apa yang patut. Kadang kadang telinga nya membesar, cuba mendengar borak kata dua beranak yang sedang menjamu itu.

"Jibreel, babah sengaja diamkan diri bagi Jibreel masa tapi ni dah sebulan lebih. Apa maksud Ahnaaf sebelum ni Jibreel? Bila tanya dia, dia suruh tanya kamu. Ahnaaf kata tak mahu sebab takut nanti jatuh fitnah katanya" Hampir tersedak Jibreel bila Haidil membuka topik itu tika ini.

Huluran gelas yang berisi air oleh Haidil disambut Jibreel, sempat matanya mengerling ke arab Hanah. Bertembung dua pasang mata itu sesaat bila Hanah turut melontarkan pandangan ke arah mereka juga, mungkin terkejut akan soalan Haidil tadi.

Tidak lama, tidak mahu dihanyut renungan. Gadis itu berpaling memandang ke hadapan kembali dan Jibreel turut berbuat sama setelah itu.

"Babah, Jibreel mintak maaf cuma tolong bagi Jibreel masa lagi. Jibreel sendiri pun tengah siasat semua ni" Jelas Jibreel pula, meminta sedikit masa lagi dari ayahnya untuk terus mempercayai dirinya.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now