Hanah berlari terus masuk ke dalam kedai serbaneka, dirinya memegang teguh tombol pintu 7 Eleven untuk menapung dirinya.
Gadis itu bernafas kuat, dadanya berombak naik turun hasil daripada larian pecutnya tadi setelah turun daripada Grab.
"Hanah? You good" Soal suara garau yang tidak asing lagi bagi Hanah dan tempat keberadaan gadis itu dihampiri.
"Qard?" Hanah berbicara sebaik sahaja pandangannya dialih ke atas dan muka Qard Aiden yang menjamu pandangan.
"Kau okay tak ni?" Sekali lagi jejaka itu menyoal buat kali kedua, jelas riak risau yang bertandang di raut mukanya melihat Hanah yang bagaikan sedang dikejar pembunuh bersiri.
"S-saya? Saya okay je, penat berlari takut terlambat. Eh awak kenapa ada kat sini lagi?" Soal Hanah pula setelah dirinya berasa sedikit baik, tangannya diletakkan di pinggang nya.
"Baru je sampai. Shift double, aku dengan kau. Kau lupa ke?" Bersahaja jejaka itu menjelas, mengingati Hanah tentang itu.
"Ouh saya lupa pula" Bicara Hanah dan dahinya ditepuk kuat, terasa diri bodoh pula bila terlupa akan sesuatu ringkas seperti itu.
Qard tidak berbicara lagi tapi tumpuannya beralih ke arah lengang Hanah yang terselak, hampir seluruh darinya berbalut putih.
Hanah yang masih lagi ketawa kecil terdiam seketika sebelum berpaling memandang Qard, pandangan nya juga dialih sama ke arah tempat yang menangkap minat Qard.
Dia mengigit kasar bibir sebelum laju lengannya ditutup kembali dengan baju miliknya dan sepasang tangan diletakkan di belakang, mengalih pandangan Qard daripada terus memerhati.
"Apa yang dah jadi dengan tangan kau?" Qard menyoal dengan nada yang kosong, sedingin penghawa dingin. Dingin lagi bicara milik Qard mengalah kan ais di kutub.
"Huh-h? Tangan saya? Tak ada apalah, tadi errr ter.. Terjatuh.. Haa terjatuh, betul tu" Hanah menipu, tidak mahu berkongsi cerita dengan Qard. Malah tidak sesiapa pun bakal diceritakan perihal Jibreel tadi.
"You sure?" Jejaka itu menyoal lagi, sekadar ingin memastikan bicara.
"One hundred percent sure!" Bidas Hanah pula sebelum dirinya tersenyum manis, yang jelas pura pura baik sahaja.
"Okay lah kalau kau dah cakap macam tu, jangan lupa cuci luka selalu" Qard berkata lagi sebelum berjalan pergi ke arab stor, banyak kerja yang harus diselesaikannya. Tidak termasuk lagi dengan kerjannya yang lain, sungguh hidup yang memenatkan.
Hanah mengangguk perlahan sahaja memerhati Qard menghilang, senyuman gadis itu mula kendur dan matanya berkolamkan panas.
Setitis air mata turun, terus dihapus kasar menggunakan tangan sebelum mengorak langkah memulakan kerjannya yang lain.
_
Jibreel melangkah turun akhir anak tangga dan sekeliling diteliti nya, mencari keberadaan susuk tubuh yang dicarinya.
"Mana perempuan tu?" Jibreel menyoal dirinya sendiri, kepalanya berpusing ke kanan ke kiri, langsung tida tanda kewujudan sesiapa di sekeliling.
"Tak balik lagi ke?" Soal Jibreel lagi sebelum berhenti di ruang dobi, masih mencari kelibat susuk tubuh yang sejak tadi diam tidak berbunyi.
Bunyi pintu utama dibuka kedengaran sekaligus menarik perhatian Jibreel, Jibreel mula berjalan ke arah ruang itu dan terus disembunyikan diri bila seorang gadis melangkah masuk.
Itulah susuk tubuh yang dicarinya sejak tadi, susuk tubuh seorang gadis bernama Hanah Bahiyyah.
Gadis bernama Hanah itu berjalan kecil menuju ke arah dapur, keluhan penat meniti keluar dari bibir mulus milik Hanah.
Sesampai dirinya di hadapan mesin air sejuk dan air panas, terus ditekan button air sejuk. Gelas yang berisi air sejuk itu dibawa ke bibir sebelum dihirup laju bagaikan tidak minum sebulan.
"Huhhh.." Gadis itu mengeluh lagi dengan kelopak mata yang terpejam rapat. Tidak lama lepas itu, gelas yang digunakan dicuci bersih dan diletakkan kembali di tempat sepatutnya.
Jibreel masih kaku tidak berkutik memandang gadis itu, pandangannya jatuh pada lengang gadis itu yang berbalut kain.
'Teruk sangat ke aku buat dia sampai berbalut' Jibreel berfikir seketika walau jelas dirinya adalah punca utama, jejaka itu mencebik kecil sahaja.
Rasa bersalah yang mula muncul ditepis kasar, melihat kenbali ruang dapur yang berpenghuni tadi tapi susuk tubuh yang diperhatinya sudah hilang pergi.
Mungkin memboloskan diri ke dalam biliknya barangkali. Jibreel masih berdiri tegak berfikir akan perkara yang dia lakukan tadi, otak bebalnya masih memproses dimana salahnya.
Lama berdiam diri, akhirnya dia berjalan pergi ke arah tangga menuju ke tingkat atas. Biliknya dihampiri sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam dan dikunci terus pintu biliknya.
Jibreel menoleh ke kanan melihat gambar yang tertampal di dinding dengan informasi yang lengkap di tepi pintu, semua itu diperoleh dari penyiasat rahsia yang diupahnya.
Gambar dan informasi seorang gadis yang kini selamat berada di dalam gengaman nya, gadis yang disiksa nya pagi tadi.
Matanya pula mengerling ke arah informasi serta biodata diri yang lain, terdapat berpuluh lagi gambar yang berbeza.
Sesiapa yang tersilap atau sengaja mencari masalah dengan dirinya atau sesiapa dì sekeliling nya, pasti gambarnya bakal terlekat indah di papan putih ini.
Sekali mereka berbuat demikian, seluruh hidup mereka bakal dihancurkan oleh jejaka itu. Tiada balas kasihan, tiada rasa simpati kerana hatinya kosong tanpa rasa.
Langsir yang menutupi papan itu ditarik menyorok kembali informasi dan gambar yang tadi, menutup segala tingkah laku kejamnya.
Kakinya diorak ke meja kerja, tetikus dimain melihat segala maklumat yang harus dia tahu. Laju sepasang matanya membaca satu persatu, waktu yang sepatutnya manusia lena di alam mimpi tapi tidak pda Jibreel.
Itu adalah waktu untuk dia menyiksa mereka dalam diam tanpa diketahui siapa gerangan yang bermain dengan hidup mereka.
Dia Jibreel Zaafiir, dia tak akan tunduk pada sesiapa. Mungkin kata yang sesuai dengan dirinya adalah kejam, ye dia seorang yang kejam dan dia bangga tentang itu.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...