chapter twenty eight

122 12 3
                                    

Langkah Jibreel diikuti Hanah, sebuah pintu bilik yang terletak sedikit jauh di hujung ruang rumah dibuka Jibreel dari luar.

Sempat mata Jibreel mengerling seketika ruang dalam di sebalik bilik sebelum jejaka itu mengundur langkah beberapa tapak.

"Ni bilik kau" Jelas Jibreel tidak bernada sambil merenung kosong gadis di hadapannya, di kepala nya kini sarat dengan pelbagai bisikan jahat.

"Bilik saya?" Hanah menyoal sebalik dia melangkah masuk ke dalam ruang bilik, dahinya berkerut seribu melihat sekeliling.

Bukan kerana terpesona tetapi lebih kepada terkilan, ruang bilik kecil yang sarat dengan pelbagai perabot usang dengan kertas kerja yang bertimbung di lantai.

Tiada langsung walau sedikit ruang untuk dia gunakan sebagai tempat berteduh sepanjang bekerja di sini.

"Haah, perempuan macam kau sesuai hidup dalam bilik macam ni je" Bidas Jibreel tidak berperasaan, muncul senyum puas di hujung bibir bersih jejaka itu.

Hanah yang mendengar hanya mengetap kasar giginya menahan diri, tangannya digempal kasar.

"Kau duduklah dalam tu dulu, kemas kemas ke. Tak nak kemas pun tak apa, sebab tu hal kau. Nanti mak cik Suria datang terangkan apa yang patut" Ujar Jibreel lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan Hanah yang masih terpingga pingga.

"Huh..." Keluhan kasar terbit keluar dari bibir Hanah, entah kenapa tiba tiba matanya terasa suam panas seperti mahu menitiskan mutiara jernih.

Tangan Hanah naik mengusap lembut dadanya, menahan rasa sebak yang bertakung di dada.

Sejurus itu kakinya diorak menghampiri ke arah timbunan kertas yang terlihat seperti kertas kerja, beg nya diletak sebentar di tepi dinding.

Hanah menunduk sebelum menangkut separuh timbunan kertas dan dibawa bersama ke arah almari buku, disusun kemas timbunan kertas agak kelihatan rapi.

Setelah itu, dirinya kembali ke arab timbunan kertas di atas lantai itu tadi dan diangkut juga ke arah almari tadi.

Hampir setengah jam gadis itu berulang alik ke situ ke sini mengemas bilik yang kini menjadi tempat teduhannya.

"Allah.. Alhamdulillah" Dirinya berbisik kecil setelah selesai mengalih sebuah meja kerja ke penjuru bilik, perabot yang juga sudah rapi terletak.

Badannya dibetulkan sedikit, menghilangkan rasa lenguh di belakang badan dan leher. Rambutnya yang tadi diikat kini hampir suku terlerai, begitu juga dengan muka yang kini basah dengan peluh yang menitik.

Ketukan pintu kedengaran menarik perhatian Hanah.

Gadis itu senyum kecil sebaik sahaja susuk seorang tubuh wanita yang sedikit berumur menjamu pandangan.

"Maaf menganggu Ana, ni makcik bawa tilam toto untuk kamu" Ujar wanita itu sebelum dirinya juga tersenyum manis ke arah Hanah.

"Ouh sini Hanah bawa" Laju barangan yang dibawa mak cik Suria diambil Hanah dan dibawa masuk, bantal dan selimut yang dibawa juga diambil.

"Jadi apa kerja yang perlu Hanah buat?" Hanah menyoal sekadar ingin tahu.

"Kerja kamu sama sahaja seperti dulu cuma nya kali ini kerja kamu lebih kepada membersih, setelah selesai kamu dibenarkan rehat semahu kamu" Lembut sahaja wanita tua itu menjelaskan kata.

"Faham" Bicara Hanah sepatah, teringat pula yang dia pernah meminta Jibreel untuk membenarkan dia untuk teruskan dengan kerjanya di tempat lain.

"Jadi itu sahajalah, ada apa apa lagi yang ingin kamu tahu?" Makcik Suria menyoal Hanah.

"Rasanya buat masa ini dah tak ada kut, terima kasih makcik" Jelas Hanah, buat masa sekarang semuanya sudah diri nya sedia maklum.

Kalau ada apa yang tidak jelas, pandai pandailah dirinya bertanya lagi pada Makcik Suria.

"Sama sama Ana, sekali lagi makcik minta maaf ye atas apa yang berlaku" Pinta mak cik Suria penuh rasa, dirinya masih lagi berasa bersalah akan kemalangan yang berlaku tidak lama dulu.

"Ish tak ada apalah, bukan salah makcik. Salah Hanah juga" Tangan mak cik Suria digapai Hanah dan dielus lembut menandakan dirinya baik baik sahaja, dirinya juga memainkan peranan besar dalam kemalangan itu.

Jadi jelas itu juga adalah salahnya.

Wanita tua itu senyum bersahaja, melihat Hanah yang sungguh baik hati sekali. Dirinya juga terasa senang dan tenang melihat keperibadian susuk tubuh di hadapannya ini.

"Kalau macamtu makcik sambung dengan kerja makcik dululah, waktu pun dah nak dekat maghrib. Makcik nak siapkan makan malam tuan muda dulu" Mak cik Suria berbicara lagi, ingin mengundur diri untuk menyiapkan kerjanya yang tertunggal.

"Baik makcik" Bicara Hanah sebelum perlahan dilepaskan pegangan nya pada tangan wanita itu, lama sepasang matanya memerhati susuk tubuh itu pergi menghilang di sebalik ruang.

Hanah kembali ke ruang dalam bilik dan disusun kemas tilam toto yang mak cik Suria berikan. Hanah meneliti bersahaja ruang sekeliling, senyuman suka terbit di bibir.

Dirinya dikerling seketika, tompokan hitam masih sedikit kelihatan di lengannya. Dirinya dibau sebelum dia mengeluh kasar, pintu bilik ditutup terus.

Nasib sahajalah di ruang bilik yang kecil ni masih punya bilik air di dalamnya, tak adalah dia perlu berulang alik keluar masuk ke ruang dapur.

Tiba tiba mata Hanah membulat besar teringatkan sesuatu, dia datang ke sini sehelai sepinggang. Hanya beg kecilnya sahaja yang masih dipunyaj nya.

Almari baju kecil di tepi pintu masuk tanda dibuka bersahaja, manalah tahu ada baju atau apa apa pakaian yang boleh diguna di dalamnya.

"Alhamdulillah ada" Dirinya bersyukur sejenak melihat hampir puluhan helai baju perempuan elok tersangkut.

"Tapi baju siapa pula ni? Tak akanlah baju arwah ibu Jibreel" Hanah berguman seketika sebelum dia membawa diri ke dalam bilik air.

Dihiraukan sahaja kepunyaan siapa, malahan pula ketika pertama kali dia melangkah masuk ke bilik ini. Jelas sekali ruang bilik yang bersepah kelihatan seperti bilik stor, pakaian ni juga mungkin sudah tidak digunakan.

Buat sementara sahaja, esok nya sudah hari gaji. Kalau berkesempatan, bolehlah dia keluar mencari pakaian seketika selepas pulang dari kerja nya di kedai serbaneka.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now