Chapter seven

274 15 0
                                    

"Cuba adik baring, abang nak check perut adik" Soal Doktor itu pada kanak kanak lelaki yang berwajah pucat dengan badan yang makin kurus.

Jibreel hanya memandang bersahaja pada Adam Harith, dirinya di sini juga hanya disebabkan lelaki itu. Katanya ada sesuatu yang harus Jibreel bantu, maka kini Jibreel masih menunggu bantuan yang diperkatakan oleh Adam sebentar tadi.

"So how" Jibreel menyoal bila sahaja Adam melangkah perlahan dengan muka yang penuh kesal ke arahnya.

"Still tak dapat kesan apa apa. Endoskop, I think we need to put camera inside him and see what's going on but he is still a kid. It may cau-" Jelasan Adam dipotong Jibreel selamba.

"Just do it" Mendatar sahaja kata kata yang meniti keluar dari bibir milik Jibreel ketika itu, seperti mayat hidup tanpa perasaan atau emosi.

"Bu-" Baru sahaja Adam ingin menyatakan pendapat, sekali lagi dia dipotong pintas oleh Haidil akan bicaranya.

"Kau nak tunggu dia mati dulu, baru tahu penyakit dia apa?" Pedas dan sungguh sinis Haidil melontarkan bicara.

"Alright, prepare the operation room" Adam hanya bersetuju sahaja akan kata Jibreel, tak membuahkan hasil sekiranya dia membantah. Tahu akan sifat keras kepala Jibreel seperti mana, kalau sudah dia kata A? Harusnya A lah, tiada B atau C.

Jibreel memandang lama sahaja Adam yang sudah mengorak langkah keluar bersama kanak kanak lelaki itu, mungkin ingin bicarakan tentang operasi yang bakal mereka lakukan pada anak lelaki itu?

~

Doktor Adam yang masih lagi berbicara dengan
kanak lelaki itu dipandang Jibreel bosan, entah apa yang dibicarakan jejaka itu pada budak lelaki itu.

"Doktor nak suntik tau, doktor janji tak sakit mana pun suntik ni. Macam gigit semut je" Bicara Adam pada budak itu bagi mengurangkan rasa risau dan bimbang dalam diri budak lelaki itu.

"Baik doktor, Qalif tak nak tengok. Qalif takut darah" Bicara budak lelaki atau dengan namanya Qalif pada doktor Adam.

Jibreel yang mendengar topik perbicaraan mereka terkaku seketika, dirinya mula mengelamun akan memori memori lepas. Bicara Qalif mengingatkannya sewaktu dia masih kecil, ketika ibu masih ada.

"Macam mana Jibreel nak jadi doktor kalau Jibreel takut darah?" Ibu menyoal padaku membuatkan aku mencebik sedih, tak akan sebab takut darah je Jibreel tak boleh jadi doktor?

Tak adilnya dunia ni.

"Mana ada jibreel takut darah ummi!" Jibreel memprotes kuat sebelum tubuh ku dipeluk erat berpaling dari memandang ibu, pura pura merajuk.

Ibu sepatutnya bahagialah yang anak ibu pun nak jadi macam ibu, bukan beri alasan bagi Jibreel sedih. Apa yang beratnya menjadi doktor? Bantu merawat orang tu kan perkara yang baik.

"Habistu cuba tengok luka Ahnaf" Ibu berbicara lagi, masih lagi dengan bicara mahu membuatkan impian Jibreel selama ni dikuburkan sebegitu sahaja.

"Luka Ahnaf banyak ummi" Tiba otak Jibreel terfikirkan akan sesuatu membuatkan dia lantang bersuara dengan senyuman kagumnya.

"Kalau macam tu, Qalif pandang sana" Bicara Adam membuatkan Jibreel yang sebentar tadi dihanyut memori silam akhirnya kembali semula ke realiti, Jibreel memicit perlahan pelipis kepalanya.

Qalif memejam kuat matanya, langsung tidak mahu menjeling sedikit pun ubat sedatif yang diambil Adam. Sungguh takut dirinya mahu melihat adegan yang bakal berlaku di hadapannya ketika itu.

"Qalif pegang tangan abang" Jibreel yang sedar mula melangkah ke arah Qalif dan Adam lantas tangannya diangkat tinggi, dihulur pada Qalif. Lembut sahaja dia berkata kata pada Qalif. Tidak mahu mengguriskan hati budak lelaki itu.

Huluran Jibreel disambut Qalif tanpa segan silu, erat sekali gengaman Qalif pada Jibreel bila sahaja jarum menusuk terus ke dalam kulit budak lelaki itu.

Hampir sahaja Jibreel berdecit sakit tetapi cepat cepat dia pura pura batuk, tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Qalid.

Disebabkan ubat sedatif yang dimasukkan tadi, gengaman Qalif makin melonggar dan akhirnya terkulai jatuh tidak sedarkan diri. Hanyut dalam lena indah buat kanak lelaki itu.

Melihat Qalif yang sudah dihanyut lena, kedua dua tangan budak lelaki itu diambil sebelum diletakkan perlahan di atas perut budak lelaki itu.

Jibreel melangkah ke arah alatannya sebelum endoskop diambil atau dengan lebih bicara terangnya tiub yang panjang, nipis dan fleksibel yang mempunyai kamera serta lampu di hujungnya.

Troli yang berisi alatan itu ditarik mendekat ke arah Adam dan Qalif. Adam dengan perlahan mengambil endoskop sebelum dimasukkan perlahan ke dalam mulut Qalif, Jibreel membuka sedikit kasar mulut Qalif bagi memudahkan prosedur mereka.

'Maafkan abang, Qalif. Sekiranya ini menyakitkan Qalif' Hati Jibreel berbisik kecil.

Perlahan endoskop ditolak masuk ke dalam, Jibreel tajam merenung komputer yang sedang memaparkan akan dalaman Qalif ketika itu.

Jibreel mengecilkan matanya sedikit sebaik sahaja usus Qalif yang ketika memerah serta berlendir, patutlah ibu bapa mereka mengatakan akan Qalif yang selalu sakit di perutnya.

Jangkitan pada usus, itu yang Jibreel rungkaikan akan penyakit yang sedang dialami Qalif. Punca utama keadaan ini berlaku kerana sumber makanan yang tercemar.

Jibreel sudah lali akan sikap ibu bapa yang mengambil lewa soal makanan yang dihidang tanpa mengetahui asal usul makanan itu, akhirnya anak menjadi habuan.

Jangkitan pada usus sudah menjadi antara penyakit yang kerap berlaku dan merupakan kanser kedua yang selalu berlaku di dalam Malaysia.

Jibreel dan Adam berpandangan buat seketika sebelum mereka saling membalas anggukan, endoskop yang jauh di dalam badan perlahan ditarik keluar kembali.

Selesai sahaja ditarik keluar endoskop itu, Jibreel perlahan menutup kembali mulut Qalif sebelum dia menyapu sedikit air liur yang terkeluar.

Sempat setelah semuanya selesai, Jibreel menarik selimut sedikit menaik.

"Radang usus? Jangkitan pada usus?" Soal Adam pda Jibreel dibalas anggukan, Qalif yang masih dalam lena menjadi tatapan buatnya.

Teringat kembali saat dia masih lagi kecil, berbahagia dengan ibu. Bila sahaja dia termimpi buruk, ibu bakal menjadi orang pertama yang dicari untuk dirinya mengadu.

Dan ibu sering kali menasihati nya untuk menjaga kesihatan diri, banyak yang dihalang ibu pada Jibreel. Tetapi apa yang dilakukan oleh ibu adalah benar belaka, ibu hanya mahu yang terbaik buat Jibreel.

Jibreel mengeluh kuat, rindunya pada ibu saban tahun makin meningkat. Entah mengapa hatinya masih sabar menunggu untuk ibunya pulang walau sudah bertahun tahun ibu hilang.

Bakal ada hikmah kan atas sabaran aku ini ya Tuhan? Bakal ada keajaiban kah yang kau timpakan pada aku ya tuhan?

Kalau benar, percepatkan cause i'm not your strong soldier.

Aku lelah menunggu dan aku juga lelah berharap akan insan yang aku rindu separuh mati, tetapi sekiranya ini bakal menghadirkan pelangi. Aku akan sabar menanti.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now