chapter twenty three

193 14 0
                                    

Hanan memandang lama rumah yang kosong tanpa perabot dan barangan itu, kini rumah menjadi lenggang dengan beberapa orang yang masih lagi mengemas di dalam.

Mata nya dipejam buat seketika sebelum dia berpusing diri sebelum lantas beberapa barang miliknya diangkat dan dibawa mengikut langkah lemah dirinya.

Baru sahaja dia melangkah keluar dari pagar rumah, dirinya dijamu dengan kewujudan sebuah kereta mahal yang datang secara tiba tiba.

Hampir sahaja melanggar gadis itu membuatkan susuk tubuh itu mengundur setapak. Hanan memerhati lama sambil dahinya berkerut ke arah kereta di hadapannya.

'Apa masalah dia ni, makin menambah beban betullah'

Tiba tiba, tingkap kereta itu bergerak turun memperlihatkan sosok jejaka berkaca mata yang sedang tersenyum sinis.

"So how? Kau nak masuk sendiri atau nak teruskan permainan kita?" Jejaka itu bergelak kecil, siapa lagi kalau bukan Jibreel Zaafir.

"Y-you did all of this?" Tergagap Hanan berbicara, kolam matanya kini panas dan renungan mata tajam bak helang menikam sepasang mata Jibreel.

Walau itu, ianya masih tidak mampu membuat Jibreel getar.

Jibreel mengangguk kecil sambil membuat muka, terasa yang dirinya kini sudah menang. Gadis itu? Sudah tidak ada apa yang akan membuatkan gadis itu berkata tidak.

'Engkau tetap akan kalah, perempuan'

Hanan menarik nafas perlahan dengan kasar, tangannya digenggam kuat membentuk penumbuk.

"Not mat-ter what happ-ened, I'm not gonna risk myself into your stupid trap" Masih lagi berdegil, dia tidak akan tunduk pada Jibreel walau apa pun yang jadi.

"Stupid trap? Then we will see" Jibreel memuncungkan mulutnya sebelum tingkap kereta ditutup terus dan laju kereta miliknya bergerak maju meninggalkan Hanan.

Hampir pitam dirinya terasa tetapi nasiblah sempat dipegang pagar rumah sewa yang kini bukan miliknya lagi atau tidak pernah menjadi hak miliknya.

"Hanan, apa yang hancurnya hidup kau ni" Hanan berbisik perlahan, hanya dirinya yang mendengar bait kata pedis nya itu.

~

Pintu rumah dikuak dari luar, Puan Hamirah iaitu nenek kepada Jibreel Zaafir mula berdiri tegak menghampiri pintu sebelum sekujur tubuh gagah melangkah masuk.

"Jibreel, kamu pergi mana sekarang baru balik hmm?" Rasa lelah yang bersarang di hati lelaki itu tadi kini terasa kosong bila sahaja pandangannya dijamu dengan wajah bonda.

"Ada projek besar ke?" Bonda menyoal lagi walau dipalau sahaja persoalan yang dilontarkan pada cucunya itu tadi.

Beg kerja Jibreel diambil sebelum lengan sasa milik Jibreel dipegang erat dan dibawa mengikut langkah lemah nya menghampiri sofa.

Masing masing melabuhkan diri di sofa empuk di ruang tamu yang lengang itu, Jibreel bersandar penat sambil matanya dipejam rapat.

Lama mereka diam tidak berkutik.

"Bonda.." Akhirnya terletus jua bicara dari bibir elus jejaka itu setelah lama mengetap bibir tidak berbicara.

"Ye sayang bonda" Bonda membalas kata sambil tersenyum manis melihat satu satunya cucu tunggal miliknya itu.

Tidak membalas lagi bicara, Jibreel tanpa kata terus melabuhkan diri ke atas riba bonda perlahan. Takut sekiranya menyakiti bonda yang makin ditelan usia itu.

Sempat bonda menangkap senyum yang terukir di hujung bibir Jibreel, entah apa yang sedang berada di bayangan cucunya ini.

Jibreel mengeluh seketika, bau bonda memasuki rongga hidung miliknya. Terasa sahaja dia berbaring di riba milik ummi, terubat sedikit rindu di hati.

Hati Jibreel kini mula dipenuhi dengan rasa seribu tanda soal, mula terasa untuk menyoal tentang satu persatu perihal yang lama dipendam.

Hatinya kuat ingin melontarkan persoalan demi membongkarkan segala memori lepas yang sebenarnya terjadi, tetapi dirahsiakan mereka dari dirinya entah kenapa.

"Alahai manjanya cucu bonda ni.." Geram terasa terus dicubit lembut pipi milik Jibreel, terus pipi nya berona merah padan kesan daripada dicubit tadi.

"Bonda.." Sekali lagi Jibreel memanggil, bonda mungkin terasa pelik tetapi dihiraukan sahaja rasa di dada.

"Iye...Cucu bonda" Walau seribu kali dia dipanggil tetapi tetap akan dirinya penuh lembut membalas panggilan cucu nya itu.

Membesar tanpa kasih sayang ibu sudah perit buat Jibreel, tidak mahu lagi dia melihat Jibreel tersiksa.

Cukuplah tahun hitam yang harus dilalui mereka dengan melihat Jibreel muram tidak berbicara selepas permergian Arabella, dia tidak mahu lagi Jibreel terluka hati mahupun fizikal.

Jibreel berhak hidup dengan aman.

"Bonda tak rindu ummi ke?" Soal Jibreel tiba tiba tanpa ribut, lingkaran senyuman yang tadinya terbit di bibir bonda mula jatuh.

Bonda mengetap bibirnya kuat, bertekad tidak mahu berbicara.

"Mestilah rindu" Sempat sahaja bonda menghembus kasar nafasnya, walau hati terasa berat tapi licik dia menutup seribu sesal.

"Bonda?" Entah ke berapa kali dia memanggil wanita separuh usia itu, tetapi walau seribu kali pun masih bonda menyahut.

"Iyeeee" Panjang bonda membalas lagi.

"Ummi dulu macam mana?" Jibreel menyoal langsung bertentang mata dengan si neneknda.

"Ummi kamu? Dia gadis yang paling kuat bonda pernah jumpa" Jelas bonda ringkas, bicaranya berhenti seketika mengenangkan diri arwah yang meninggalkan impak besar buat mereka.

"Macam macam halangan hadir tapi walau itu, kejayaan tak terhalang hanya kerana duri kecil" Sambung bonda lagi dan tangan besar milik Jibreel dielus lembut.

Jibreel yang mendengar hanya mengangguk kecil, tidak lari beribaratkan burung belantuk.

"Tapikan bonda. Kenapa Walid mati di hari yang sama ummi dan babah disatukan?" Laju Jibreel melontarkan persoalan dengan satu nafas.

Bonda tergaman seketika tidak berbicara, bait persoalan yang cucu nya bidas membuatkan bonda menunduk ke bawah tidak beriak.

Jibreel tersenyum lemah.

'expected'

"Bonda lupalah yang mak cik Dayan kamu ada mintak fail butik" Tidak menjelaskan jawapan persoalan malah beriak bagaikan jawapan yang dinantikan Jibreel sepertinya tidak wujud di kamus hati milik bonda.

Tangan Jibreel digempal kasar melihat bonda yang bingkas bangun, kepalanya terasa mahu meletup. Beribaratkan gunung berapi yang sudah lama mati tapi kembali hidup, bila bila masa sahaja ianya bakal meletup.

"Bonda!!"

Ternaik bahu bonda mendengar jeritan tinggi milik Jibreel buat sekian kali sejenak lama. Terkaku diri wanita tua itu tidak bergerak walau seinci.

"Everytime Jibreel asking about those kind of thing, mesti bonda mengelak even babah pon. No- including everyone.." Hujung bicara terletus bicara Jibreel.

Dirinya terasa bodoh.

Badan Jibreel terketar menahan esakan, tangannya menekup muka kasar dan kini basah dengan cairan mutiara.

"C-Can you just tell me the truth?"

Masih lagi dengan esakannya, masih lagi menekup muka dan masih lagi dengan esakan tangisan. Perlahan bonda berpusing sebelum berpaling memandang Jibreel lama.

Hatinya terasa seperti diregut kasar melihat Jibreel sebegini, dan ini berlaku kerana salahnya.

"Just for this once, I'm begging you.."

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now