Chapter One

769 24 1
                                    

Loceng pintu kedengaran menandakan kediaman tempat kerja kini dihuni susuk tubuh bernafas. Meninggalkan kerjanya di belakang, dia mengorak langkah perlahan ke arah kaunter.

Jelas beberapa remaja yang sedang bergelak tawa sibuk mencari barang yang hendak dibeli mereka, sambil sambil itu gadis berbaju kolar merah hitam itu menyusun sedikit barang di atas mejanya.

"Kak, saya nak bayar ni" Jelas seorang remaja yang sudah selesai memilih dan kini berada tepat di hadapan gadis itu, dia mengimbas satu persatu kod barang.

"Semuanya RM10.50" Bicara dia lagi sebelum beberapa not kertas dihulur kepada dia, baki wang diberi kembali sebelum susuk tubuh tadi hilang mengorak langkah keluar dari kedai runcit itu meninggalkan rakannya di belakang.

"Akak, Oreo Blackpink yang besar dah habis ke kak? Satu lagi saya nak cukupkan photocard saya" Sampuk seorang gadis dengan rakannya di belakang, masing masing murung muka kelihatan.

"Oreo Blackpink? Ouh, adalah tapi belum sempat susun" Jelas si dia memikirkan berkotak kotak Oreo Blackpink edisi terhad yang asyik habis sejak beberapa hari lepas.

"Boleh tak akak ambik sepuluh untuk kita orang?" Rayu mereka lagi, sungguh mengharapkan si dia untuk termakan bicara mereka.

"Sepuluh? Tapi awak cakap nak satu je untuk cukupkan collection awak?" Soal si dia pula sedikit bingung.

"Akak fikir senang ke nak dapat kan kad Rose? Saya dah ada lima puluh keping tapi satu pun tak dapat lagi yang Rose" Cebik gadis itu tidak berpuas hati akan nasib diri, hampir terbeliak seketika bebola mata gadis itu.

Lima puluh? Satu paket Oreo Blackpink pun dah cecah Sembilan ringgit, darab dengan 50. Totalnya jelas Rm450, gila banyak duit mereka bazirkan dekat benda macam ni?

Dari segi pakaian kelihatan mewah, patutlah.

"Sekejap, akak pergi ambik" Bicara si dia lagi sebelum laju dia mengorak langkah ke belakang dan satu kotak diangkat keluar di letak kan di kerusi nya sebelum sepuluh paket Oreo dibawa keluar.

"Eh eh sabar adikku sayang, bayar dulu" Melihat sikap tidak sabar mereka di hadapan ingin membuka plastik, laju si dia menghalang mereka dari berbuat sedemikian.

"Eh, sorry kak. Over excited pula" Bicara mereka menahan rasa malu di hati.

Selesai sahaja barang dibeli, terus dikoyak kasar setiap paket satu persatu. Sudah lapan paket dikoyak tetapi masih yang dicari tidak kelihatan.

"Ada Rose tak?" Soal gadis itu pada rakannya yang diam tidak berkutik, sedih barangkali tidak mendapat item yang mereka inginkan.

"Haih, tambah lima lagilah-" Baru sahaja dengan hati yang sayu ingin dia membeli lagi paket Oreo tadi, jeritan riang rakannya menghentikan tindakannya.

"I got it! We got it!" Kad itu diangkat tinggi bagaikan mutiara yang disanjung tinggi, entah apa yang istimewa nya dengan sekeping kad berwajahkan korea itu.

"Serius lah? What the- Oh my god!" Gadis itu pula berkata lagi sebelum kedua duanya melompat suka, menghiraukan si dia yang memerhati pelik ke arah mereka.

Biasalah, kanak kanak riang.

"Thank you kak Hanah!" Lantang mereka menjerit setelah barangan serta plastik yang dikoyak mereka tadi dikumpul semula ke dalam plastik sebelum berlari keluar menghilang dari pandangan.

Si dia atau dengan nama indahnya Hanah Bahiyyah menggeleng kecil memerhati tingkah laku mereka, sudah bosan dan lali dengan situasi sebegitu.

Loceng pintu sekali lagi kedengaran, susuk tubuh seorang jejaka berkaca mata melangkah masuk dihiraukan Hnah. Tetap dengan dunia nya memikirkan bagaimana untuk kekal hidup dengan duit bulanan yang cukup cukup makan sahaja.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now