Telefon milik Hanan berdering disulang dengan azan yang kuat bergema dari surau berdekatan dengan rumah sewanya.
Subuh sudah menjelang tanda waktu yang harus umat islam bangun dan kerjakan ibadah mereka, Hanan mula bangkit sebelum perlahan berjalan ke arab tandas.
Suasana bumi yang basah dengan rintihan hujan membuatkan seketul Hanan terasa mahu bermalasan sahaja di rumah tetapi memikirkan nasib diri yang harus bekerja.
Hanan bangkit jua.
Usai mandi dan mengerjakan solat subuh, sejadah serta tudung solat dilipat kemas sebelum diletakkan kembali ke dalam almarinya.
Hanan mula melangkah keluar, beberapa keping roti dimasukkan ke dalam pembakar roti. Hampir lima minit menunggu sebelum dua keping roti itu melompt naik tanda sudah garing.
Jem strawberi disapu ke atas kedua dua keping roti itu sebelum dirinya menyisip sedikit air coklat yang baru sahaja siap dikacaunya tadi.
Selesai bersarapan, Hanan mengusung langkah kembali ke dalam bilik untuk bersiap. Jam bergerak laju dan kini menandakan sudah pukul 6.45 a.m.
Segala barangan nya diambil dan dia melangkah keluar, pintu utama dikunci lantas berjalan menaiki ke atas motorsikalnya.
Perlahan dengan kakinya, dia menolak motorsikalnha keluar sebelum berdesup laju di atas jalan raya menuju ke tempat kerja.
Perjalanannya antara rumah ke 7 Eleven, tempat kerjanya mengambil masa kira kira setengah jam.
Usai sampai, helmet dibawa masuk dan dibetulkan sedikit rambut yang serabai. Matanya mula dijamukan dengan wajah mengantuk rakan sekerja.
"Nasib kau sampai awal, mata aku ni dah rebeh dah" Jelas jejaka itu sambil menggosok kasar kedua dua kelopak matanya.
"Motosikal aku tak buat hal harini jadi sampai awal lah" Jelas Hanan pada jejaka itu sebelum jejaka itu laju mengangguk.
"Aku balik dululah by the way, kau tolong tampal notis jawatan kosong. Manager kita suruh cari orang baru sebab ada sorang budak kerja berhenti nak sambung belajar" Bicara jejaka itu lagi.
"ooo okay" Hanan mengangkat tangan tinggi tangannya sama seperti tentera dan polis 'salute'.
Bila sahaja jejaka itu menunggang motornya laju dan hilang di sebalik bayang, Hanan melangkah masuk ke dalam dan mulakan kerjanya.
Beberapa barangan yang sudah habis di 'restock' kembali, lambat lambat 'restock'. Mahu kena marah sepertimana dia disinis pedas oleh abang good day.
Hanan menconteng kertas sedikit seperti yang dikatakan rakan sekerjanya, tiba tiba loceng pintu kedengaran.
Sangka nya budak sekolah yang datang pagi pagi tetapi sangkaannya meleset, insan di hadapannya ialah Qard Aiden.
Jelas sekali raut wajah lelaki itu yang penuh calar bala, entah apa yang lelaki itu lakukan sampai sebegitu rupa.
Sayang sahaja punya wajah cantik tetapi tidak tahu menjaga kelebihnnya.
Qard berjalan ke arah rak yang dipenuhi dengan ubat ubatan seperti biasa.
Biasa? Maksudnya?
Biasalah, ubat antiseptik diambil dan satu bungkusan kapas juga turut diambil dan dia berjalan ke arah kaunter.
"Semua sekali RM14.50" Jelas Hanan pada lelaki itu yang sedang menunduk memandang bawah, memandang notis? Notis jawatan kosong.
Huluran not RM20 dihulur pada Hanan sebelum mukanya mula diangkat memandang Hanan, mata mereka bertentang seketika.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Acción"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...