chapter eight

223 16 0
                                    

Hanan merenung lama sambil menunggu bajunya siap dicuci, suasana lobi yang hening tanpa orang itu membuahkan lagi rasa bosan di dalam diri gadis itu.

Seketika dia teringatkan hal lepas, kisah dimana ayahnya cuba menyakiti dirinya tetapi dengan pertolongan abang susu goodday, Hanan terselamat dari perangkap gila ayahnya sendiri.

Hanan mengeluh kuat, tidak tahu bagaimana lagi hala tuju dalam hidupnya. Sampai bilakah harus dia begini? Tiadakah kebahagiaan buat dirinya kelak, kenapa harus dia yang diuji sebegini.

Kata orang, duit tidak memberi kebahagiaan tetapi buat Hanan. Dengan duit, dia mampu mengubah segala galanya, mampu menampung belanjawan ayahnya dan ibunya? Tidak perlu melibatkan tangan dalam perbuatan haram hanya kerana sesuap nasi.

Telefon miliknya dibelek seketika, status rakan sekolahnya dilihat sejenak. Masing masing berbahagia sama hidup masing masing, ada yang sudah mewah dengan kerja yang lumayan dan ada juga yang masih lagi dengan pelajaran.

Tetapi Hanan? Hanya mampu melihat, usah merasa. Membayangi pun tak mungkin layak buat insan seperti dirinya. Kadang kala terfikir juga, adakah dia sebenarnya sudah kotor?

Terlahir dari sepasang ibu bapa yang masing masing sudah mengotori hidup dengan benda haram dan salah di sisi undang undang, adakah harus dia mengikut jejak langkah mereka?

Laju kepala Hanan menggeleng, membuang segala kata negatif di dalam benak kepala. Berkali kali dia mengucap, memohon ampun pada Dia kerana terfikirkan perkara yang kerji.

Bunyi mesin berhenti menyentakkan Hanan, laju dia bergerak mengambil baju yang sudah wangi dan kering. Nasiblah sahaja mesin in two in one. Tak adalah harus dia bersusah payah ke hulu ke hilir.

Sempat mata Hanan mengerling seketika jam di tangan sebelum bebola matanya berbulat besar, dia sudah hampir terlambat mahu masuk kerja.

Tidak berfikir lama, bakul baju diambil sebelum dia berlari kecil ke arah skuternya. Helmet dipakai dan bakul baju diletakkan di kaki lantas motornya ditunggang pecut di atas jalan raya.

_

Pintu bilik yang diluarnya terbentang nama Professor Frilian Henry, diketuk Jibreel sedikit kuat sebelum laungan "Masuk!" kedengaran di sebalik pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dengan perlahan Jibreel menutup kembali. Setelah dia berpusing ke arah Professor yang sedang senyum mekar, sepasang mata Jibreel menangkap susuk tubuh asing yang sedang duduk membelakangi dirinya.

"Saya dengar dari Doktor Adam, prof panggil saya" Bicara Jibreel masih lagi tegak berdiri tanpa bergerak walau seinci, dan juga masih dengan suara mendatarnya yang bakal meremang kan sesiapa sahaja yang mendengar.

"Ye Jibreel, saya ada important operation buat kamu" Jelas Proffesor Firlian atau lebih dikenali sebagai Prof. Fir, Jibreel terangguk kecil.

"Hospital kita baru sahaja terima patient yang punya ketumbuhan di dalam kepala. Besar mana masih menjadi persoalan sebab bila diorang scan, hasilnya tak memberasangkan" Tambah Professor lagi.

"Tetapi apa yang membuatkan operasi ini lebih sukar, ketumbuhannya berada di atas otak pesakit" Jelas jejaka berkaca mata itu dengan lebih terang.

"Maksud Prof, ketumbuhan tu melepasi penghadang sel yang lain?" Jibreel menyoal, kepalanya ligat berfikir akan risiko bila sahaja operasi dilakukan ke atas pesakit yang sedang mereka bicarakan ini.

"Exactly, so operasi ni akan dioperasikan oleh dua pakar bedah. Salah seorangnya adalah kamu dan dia, Amelia Deniz" Professor itu menghala kan tangannya ke arah gadis berambut ikal di hadapannya.

Jibreel melarikan mata ke arah gadis itu sebelum senyuman dengan lesung pipit jelas menerangi matanya, gadis itu sedang tersenyum ke arah Jibreel.

Bagaikan senang dapat bekerjasama dengan lelaki itu.

"So Amelia, this is-" Belum sempat professor itu menghabiskan kata, laju katanya dicantas oleh susuk tubuh ramping di hadapannya.

"Jibreel Zaafiir, main doctor from department 7. Never once fail in most recent operation and son of Doctor Arabella Sharifah. Used to be top surgeon in Hospital Tunku Henry" Jelas Amelia penuh padat membuatkan kening milik Jibreel terjongket naik.

"I know him well. So Jibreel Zaafir, I'm Amelia Deniz. Your partner in this operation" Huluran tangan panjangnya dihulur buat Jibreel, sabar menanti hulurannya diterima.

"Great to know you, let's do our best for the sake of our patient" Huluran gadis itu tidak disambut malah dengan selambanya Jibreel berbicara membuatkan gadis itu terpaksa menarik balik hulurannya, sempat deheman malu gadis itu kedengaran.

Baru Jibreel ingat, mengapa matanya seperti mengenal gadis di hadapannya. Perempuan di sebelahnya juga merupakan rakan Doktor Adam Harith yang dia terlanggar beberapa hari lepas, Doktor Amelia Kamilian.

Sounds elegant.

"Oops- yeah" Amelia tersenyum kekok sebelum tangannya diusap lembut, menutup rasa malu yang menyelubungi diri.

"Kalau tak ada apa apa, saya nak mintak diri dulu" Usai berbicara, Jibreel bangkit kembali berjalan lanu ke arah pintu.

"Jibreel, wait" Suara Professor memanggilnya sedikit tinggi membuatkan perbuatan nya ingin memulas tombol pintu terkaku seketika.

"I hope you do your best like always cause I know you will never let me down. And for you guys information, the patient is the second daughter of Bioleto Holding, top company in Malaysia" Bicara tambah professor pada Jibreel, meletakkan seluruh kepercayaan nya pasa gadis dan jejaka di hadapannya itu.

"Noted that Professor" Ringkas Jibreel berbicara sebelum dia akhirnya hilang di sebalik pintu.

"Haih, Jibreel Zaafir with his attitude. Just like ice at Antartica" Professor mengeluh perlahan sambil menggeleng kan sedikit kepalanya.

Amelia yang mendengar bebelan Professor hanya tertawa kecil.

Jibreel Zaafir, she already locked her eyes on that guy since the first day she moved here. Hospital Tunku Henry.

Menghargai peluang yang ada, terlalu banyak ramcangan yang bakal gadis itu cipta demi mencairkan hati beku Jibreel.

Mustahil lelaki itu langsung tidak mampu dimanipulasi. Seperti dalam novel, dengan cinta- Semuanya boleh didapati. Bak kata orang 'Love is poison' tetapi kalau dia masih tahu cara mengendalinya.

Barangkali racun cinta tidak akan boleh mematikan mereka, malah sebaliknya. Siapa tahu dengan cinta dari gadis bernama Amelia, ais kutun yang kukuh kuat di dalam susuk tubuh Jibreel Zaafir bakal mencair.

Tidak mampu membesarkan unggung api di hati Jibreel tetapi mungkin dia mampu menjadi cahaya matahari yang menyinar kuat buat lelaki tidak berperasaan seperti Jibreel Zaafir.

Untuk perempuan seperti Amelia Kamilian, apa sahaja yang dia mahu. Dia pasti miliki walau sukar, walau belitan ular atau tajam duri harus diharungi.

Dia tidak akan sesekali menyerah sampai apa yang dia mahu akhrinya berada di sekirar bulatan hidup miliknya. Mungkin Jibreel menjadi rebutan, dan seperti gadis yang lain.

Amelia bakal lakukan apa sahaja agar Jibreel perasan akan kewujudannya.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now