chapter fourty two

161 15 2
                                    

Lampu gantung bergerak perlahan kanan ke kiri buat beberapa minit sebelum kejung tidak bergerak kembali.

"Why didn't she pick up my phone? Did something happened to her?" Bisik soal Qard Aiden separuh tidak bersuara, telefonnya dibelek lagi menanti balasan mesej dari gadis yang dinantinya nya sejak tadi.

"Eagle" Lamunnya terbantuk bila sahaja seorang lelaki bersenjata melangkah masuk ke ruang dalam
biliknya.

"You got a visitor" Bidas lelaki itu pekat dengan slang 'British' nya, mungkin bukan berasal dari Malaysia.

"Let them in" Balas Qard ringkas dan padat.

Pintu terbuka luas mempamerkan susuk tubuh yang dikatakan lelaki itu tadi, jejaka yang melangkah masuk menutup hidung nya seketika bila bau hanyir dan karat besi menjelma masuk ke ruang rongga hidungnya.

"Eagle, long time no see" Sapa jejaka itu bersahaja dengan air muka yang kecewa, mungkin. Sofa di hadapan jejaka itu dihampiri dan dilabuhkan dirinya terus.

"Fir, what you doing here" Qard menyoal pada Fir yang sudah terpejam mata tidak berkutik, seperti lelah dengan segalanya dan dirinya bagaikan kurang nya rehat fizikal dan mental.

"How's that person" Soal Fir lagi masih terpejam kedua dua kelopak matanya, hanya mulut sahaja yang bergerak menitikan kata.

"That person? Ouh, you mean she? She's great" Dahinya berkerut sebelum akhirnya kembali normal bila faham akan apa yang di maksudkan Fir tadi.

"I need your help" Fir lelaki yang separuh usia dilayan Qard seperti kawan seumur, tidak mengira usia. Fir yang mendengar jawapan bicara dari Qard mengeluh nafas penuh lega sebelum kembali diam.

Suasana menjadi hening, Qard mahupun Fir masing masing tidak berganjak dari tempat keberadaanya malah tidak berkutik langsung.

"Keep her safe, not matter what. We risk lot of people for her including my wife" Bebel Fir, matanya berkolam kan panas lagi entah buat kali ke berapa bila memikirkan soal arwah isterinya yang pergi dengan tragediknya.

"Of course.. She's important to both of us, nor to you or me. She's the only key to prove our innocence" Kata Qard pula. Itu adalah kunci kenapa sampai kini walau bertahun sudah kes itu berlalu tapi demi 'Justice' buat ayahnya, dia bakal berkorban masa depannya demi hal itu.

"Tell me your next plan" Ujar Fir pula yang sudah bangkit duduk bersandar memandang terus pada Qard yang seperti biasa, air muka kosong bagaikan tin kosong.

"Jocker, they still looking for her. They believe that she's still alive" Jelas Qard penuh panjang, dirinya juga bingung mengapa sukar sangat buat mereka sana untuk 'Move On' dengan seluruh perkara yang berlaku sebelum nya.

Mengapa perlu membazirkan masa, peluh dan darah akan hal yang berlaku di kisah silam yang lalu? Tak bolehkah mereka biarkan sahaja wanita itu pergi, tidak kisah sama ada hidup atau mati.

"What they want from her? It's been years since that accident. What so special about her?" Soal Fir, juga tidak berpuas hati dan bingung juga akan apa yang difikirkan 'Jocker' sebenar benarnya.

"Come on Fir, you know what kind of group is Jocker right. Once they lock someone, they will hunt them until dead" Bidas Qard, panjang lebar kata katanya.

"That's why I warned you to stay the hell out from them and now, look at what you just lost" Bidas pedas Qard lagi, dirinya juga turut berduka akan apa yang berlaku pada Fir tetapi bukannya lelaki itu tidak sedia maklum akan nasihat nya sebelum ini untuk tidak turut masa campur dalam hal mereka.

Di akhirnya? Kematian yang menjadi penghujung riwayat isterinya.

_

Mereka menghampiri sebuah kereta Wira lama yang terletak sedikit jauh di hujung sini, kereta yang membawa lari lelaki yang melepaskan tembakan tak lama lalu.

Di fikiran Ahnaaf, lelaki tersebut tidak lain tidak bukan adalah suspek yang dikatakan oleh Haidil. Lori yang dia naik tadi menjadi benteng untuk dia melepaskan diri dari disiasat kerana kurangnya peratus untuk dia dipandang suspen.

"Ada tak?" Soal Ahnaaf sambil memegang erat pistol model Yavuz 16 di tangannya, perlahan mereka mendekat.

"Kereta kosong tuan" Mujahid yang berada maju di hadapannya menilik lama ke dalam kereta, ditarik tombol pintu memperlihatkan ruang kosong di dalam perut kereta tersebut.

Ahnaaf juga turut membelek ruang belakang, tiada apa apa yang mencurigakan. Mungkin ini hasil curi mereka, sekadar untuk mengaburkan mata mata atasan.

Rakan sekerjanya Mujahid berlalu ke arah bonet di belakang setelah puas mengeledah ruang memandu di hadapan, sahaja untuk mencari lagi sekiranya ada apa apa yang boleh digunakan untuk siasatan.

Melihat Mujahid, Ahnaaf turut mengikut langkah jejaka itu ke arah bonet. Mujahid cuba mencapai pincu bonet, bunyi 'Klikk' kedengaran menandakan bonet itu tidak berkunci.

Diri Mujahid berpaling ke belakang memandang Ahnaaf yang tidak jauh dirinya yang sedang mengacukan pistol nya, tujuan utama sebagai langkah berhati hati.

Ahnaaf yang perasan akan riak wajah penuh tanda tanya Mujahid mengangguk perlahan tanda setuju pada lelaki itu untuk terus berbuat sedemikian.

Suasana hening menanti saat bonet itu untuk terbuka, perlahan Mujahid menarik kuat agar bonet itu terbuka.

"Mujahid!" Baru sahaja bonet itu ingin terbuka luas seluas kerang busuk, Ahnaaf menjerit kuat dan mencapai susuk tubuh Mujahid yang masih bingung.

Mereka berdua jatuh seraya kereta di hadapan mereka meletup kuat, nasib sahaja sempat Ahnaaf menarik mereka pergi sedikit jauh agar tidak terkena tempias nya letupan tadi.

Tetapi masih menghadiahkan luka buat Ahnaaf di belakang badannya atas tingkah beraninya menghalang dari letupan itu terkena Mujahid.

Kereta Wira lama itu terbakar marak, bara panasnya terasa sampai ke arah mereka berdua di situ. Dua pasang mata mereka berkilau, hasil biasan api yang sedang marak tinggi di hadapan mereka.

"Tuan!" Mujahid menjerit pula melihat darah yang menitik keluar dari belakang Ahnaaf, diri nya yang jatuh tergolek bersama Ahnaaf tadi bangun duduk dengan riak risau dan hati yang penuh dengan rasa bersalah.

"Tuan cedera!" Mereka yang di hujung sana berjalan laju menghampiri Ahnaaf dan Mujahid di sini, tujuan mereka ke sana sekadar ingin mencari tanda tanda keberadaan suspek yang mungkin menyorok.

Tidak terfikir pula yang hal seperti ini bakal berlaku, masing masing gelabah tidak tahu apa yang harus dilakukan sebelum salah seorang nya mengarahkan mereka untuk mencepung Ahnaaf masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital berdekatan.

Saat kereta berlalu pergi, mata mata yang memerhati di hujung nung sana tertawa kecil melihat tragedi yang baru sahaja berlaku. Bagaikan puas rasa hatinya melihat Ahnaaf sebegitu, kaki mereka dibawa pergi menuju ke destinasi mereka.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now