Chapter fourty

147 19 1
                                    

Sinaran bulan menerangi jalan yang gelap berirama kan alunan cengkerik dan kelawar yang bekerja di malam hari.

"Alahai mati pula lampu jalan harini" Gadis itu merungut geram. Seingatnya baru sahaja dua hari lepas lampu itu dibaiki tetapi hari jni mati lagi.

Hanah menepis rasa takut dalam diri jauh jauh. Mahu tak mahu, dirinya terpaksa juga mengharungi jalan raya gelap ini.

Suasana di kawasan rumah agam mewah ini sunyi sepi dari bicara kata manusia. Entah kenapa, dari awal mula dirinya bekerja di sini. Satu hal yang Hanah pelajari, orang orang berada yang menetap di sini jarang berada di rumah.

Mereka lebih gemar menetap di luar berbanding di rumah, meninggalkan pekerja mereka melakukan tugas harian yang tak seberapa.

Kakinya melangkah tidak laju tidak juga lambat tapi berhati hati, takut ada terpijak apa apa yang membahayakan diri dengan cahaya yang samar samar dari bulan.

"Haih, nasiblah ada kau bulan. Kalau tak, tak boleh balik lah aku" monolognya sendirian.

Tiba tiba dirinya dihuni rasa seram sejuk bila bunyi tapak kaki lain bergema setelahnya, Hanah berpaling melihat ke arah belakang sebelum dijamu dengan jalan raya serta rumah besar yang sunyi sepi.

Akibat rasa takut yang makin menghuni diri, langkahnya berubah pecut masuk ke dalam perkarangan rumah. Pintu pagar cepat cepat dikunci dari dalam dan terus diorak langkah ke pintu rumah.

Sebaik sahaja dirinya selamat tiba di dalam rumah dan pintu rumah sudah dikunci selamat, Hanah mengeluh nafas lega. Dadanya berombak naik turun dengan lajunya, kesan baru habis dengan lariannya tadi.

Jam berganjak ke jam 10.30 malam, rumah masih sunyi sepi meninggalkan Hanah berseorangan di dalamnya memandangkan penghuni rumah seraya majikannya sekeluarga makan malam di luar.

Hanah yang baru keluar dari dapur hampir tidak berganjak bila melihat susuk tubuh tidak tinggi, tidak pendek sedang berdiri tegak tidak jauh dari dirinya.

Air yang diteguknya tadi untuk menghilangkan haus yang tersisa diteguk lagi, matanya mencerlung ingin mengenal pasti identiti susuk tubuh yang masih lagi tidak bergerak walau seinci.

"Siapa tu?" Rasa takut samar samar terasa, mesti diri yang sedang tegak berdiri itu adalah Tuan Jibreel. Memandangkan itu memang permainan jejaka itu untuk membuatkan dirinya selalu rasa terancam.

"Tuan Jibreel?" Hanah menyoal sedikit tinggi, hanya sisa lampu dapur yang tinggal. Mempersulitkan dirinya lagi untuk mengenal pasti susuk tubuh di hadapannya.

"Tuan Ahnaaf?" Mengingatkan akan Tuan Ahnaaf yang kadang kadang pulang tanpa khabar kata, gadis itu menjerit pula nama si jejaka.

Masing masing masih tidak bergerak, takut takut Hanah mara setapak sekadar ingin melihat wajah diri tersebut.

"Hello?" Bagaikan bercakap dengan boneka, langsung tiada sahutan.

Lama mereka diam tidak berbicara sementara Hanah ligat berfikir untuk mengenal pasti diri itu, mungkin Tuan Haidil tetapi mereka kan keluar bersama sebentar tadi?

Mahu kata bonda, susuk tubuh itu terlihat seperti badan sedikit berisi seorang jejaka. Tidak mungkin, ianya seorang perempuan.

"Hanah" Garau bicara itu kedengaran seraya diri itu berjalan menembusi kegelapan ruang dan kini disinar dengan samar samar cahaya ruang dapur di sini.

Sepasang tubir mata Hanah terbutam sekaligus mengundur ke belakang menjauhi sang jejaka tua yang makin mendekat.

"A-ayah?" Jantungnya berdegup bagaikan baru sahaja habis marathon. Benar, dia masih takut akan susuk tubuh yang dulunya disangka seorang ayah kepada dirinya.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now