chapter eighteen

261 13 0
                                    

"Ahnaaf, bangun wei" Jibreel mengoncangkan kuat susuk tubuh Ahnaaf yang masih berbaring diulit mimpi lama, masih lagi tidak sedar sejak keluar dari bilik bedah.

"Jibreel sabar, InsyaAllah Ahnaaf tak apa apa" Jelas Azri pada jejaka muda itu sebelum memeluk lembut susuk tubuh Jibreel sekaligus memberhentikan tindakan Jibreel pada Ahnaaf sebentar tadi.

Jibreel mengenggam kuat baju Azri dan kini bahu Azri basah dengan butiran jernih milik Jibreel, diusap lembut belakang badan Jibreel sebelum mereka meleraikan pelukan mereka.

"Perempuan tu, dia cuba bunuh Ahnaaf. Entah entah dia ada kaitan dengan pembelot yang terlepas tu-" Tiba tiba Jibreel berbicara pelik menarik perhatian Haidil yang lama diam.

Mata Jibreel mencerlung tajam dan kosong sahaja ruang pandangannya dilindung dendam yang membara.

Haidil berighstifar seketika, tidak sangka cerita yang dia bongkarkan pada Jibreel bakal mebuahkan dendam di hati milik Jibreel.

Tangan Jibreel yang mencengkam kulit kini merah dan muka yang tegang dengan padangan tajam bak helang direnung Haidil penuh risau.

Dendam benar benar menukarkan sesiapa sahaja kepada sebaliknya.

"Jibreel! Jangan salahkan orang lain, she's innocent. Kamu serba maklum bahawa fitnah itu lebih kejam dan pedih dari membunuh kan?!" Tengkin Haidil pada anaknya sekaligus memotong laju bicara nyeri Jibreel.

Adha yang memandang adik lelakinya yang kini turut berubah air muka mula menarik sedikit baju milik Haidil, mereka di hospital. Sebaiknya jangan langsung memulakan apa apa pun pergaduhan.

Malah juga tidak di hadapan Ahnaaf yang masih terkulai lemah.

"Tapi baba-"

"Jangan heret orang yang tak bersalah dalam masalah keluarga kita!" Marah Haidil lagi, dadanya naik turun menahan rasa.

Dua beranak itu masing masing berlaga mata, jelas sekali pelbagai rasa yang dapat mereka terjemahkan melalui renungan milik Jibreel dan Haidil.

Kadangkala Haidil berfikir, mungkin salahnya tersilap membuka kata tentang kebenaran yang berlaku pada Arabella.

Hasilnya dia sebagai ayah sudah mewujudkan insan yang punya dendam penuh sarat di hati, Arabella pasti kecewa dengannya.

Sekiranya dia tahu silap yang Haidil lakukan ketika ini.

Haidil menarik nafas kuat sebelum menghembus kasar, Adha di sebelah tidak habis membicarakan kata kalimah dan nasihat.

"Jibreel. You need a rest, nanti Ahnaaf dah sedar. Kitorang inform kamu" Lama berdiam, Haidil bicara lagi dengan wajah yang masih menunduk memandang lantai.

Tidak sanggup rasanya mahu berlaga mata dengan Jibreel.

"Go." Mendatar lagi bicara Haidil menghalau kuat dan paksa pada Jibreel untuk mara pergi.

Jibreel memandang satu satu raut wajah di dalam bilik itu, masing masing tersenyum tawar pada Jibreel.

Mereka tidak mampu membantah.

Sempat dikerling pada susuk tubuh Ahnaaf seketika, bersalah juga terasa di benak mengheningkan keadaan di ruang rehat rakan karibnya.

"Fine" Bicara Jibreel sama beku sebelum laju mengorak langkah keluar dan pergi dengan seribu rasa di hati meninggalkan mereka di dalam.

Laju dia melangkah ke arah bilik rehat yang selalu menjadi destinasi nya ketika waktu bekerja, tidak kelihatan mana mana staff di dalam.

Jibreel menghempas dirinya kasar di katil dua tingkat itu, memandang kosong bawah katil atas.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now