Air di dalam kolam bergelora perlahan bila angin sepoi menjelma masuk ke perkarangan rumah, sedikit dingin terasa apabila angin sepoi menyapa kulit membuatkan gadis bercengkak rambut itu mengusap perlahan tubuhnya.
Hanah teringat kembali tentang telefon yang diberi ibunya, sempat gadis itu membelek seketika telefon bimbit yang diberi sebelum lena semalam.
Awalnya hanya sekadar ingin tahu tetapi setelah membelek hampir seluruh maklumat yang terkandung di dalam, di akhirnya bukan diri terasa lega tetapi rasa ingin tahu kian membuah bila di dalam gajet itu hanya terkandung kenalan yang dirinya tidak pernah kenali.
Tuan Firdan +60 67011295
Puan Salizah +60 33285448
Marcas department +60 93922173Malahan pula di dalamnya hanya terkandung tiga kenalan sahaja, apa maksud Ibu kandungnya yang segala persoalan nya akan terjawab berdasarkan telefon bimbit ini?
"Kau buat apa tu?" Suara garau yang begitu Hanah kenali mengembalikam gadis itu dari lamunannya, terus Hanah berpaling ke arah jejaka berbaju T-shirt dan berseluar hitam itu.
Tegak berdiri memandang Hanah yang sedang bersila di tepi kolam, Hanah mula bangkit bangun dengan jaring yang digunakan nya tadi.
"Saya kutip daun dalam kolam tadi" Bicara Hanah, tidak berani bertentang mata dengan Jibreel.
Jibreel diam tidak bersuara, hanya mata yang tidak duduk senang meneliti gadis di hadapannya. Entah kenapa, dirinya berasa tertarik untuk melihat Hanah.
Tiada respon dari Jibreel membuatkan Hanah tidak senang, terus dibawa jaring yang digunanya tadi kembali ke tempat yang sepatutnya untuk disimpan.
Setelah itu, dia kembali ke tempat keberadaan nya sebentar tadi.
"Saya sambung kerja yang lain dululah kalau tak ada apa apa" Bicara Hanah lagi dan diorak kaki menjauh dari Jibreel.
"Siapa tak ada apa apa?" Sinis bicara Jibreel dengan tangan yang mengenggam tangan milik Hanah dari menjauh sekaligus membantutkan gadis itu dari berjalan pergi.
Seluruh dirinya berasa seram sejuk, bulu romanya kini mungkin seluruhnya berdiri tegak mendengar ujaran dingin sinis Jibreel.
Bagaikan ada maksud yang lain di sebalik bicara tersebut, maksud yang semestinya bukan baik baik sahaja tapi sebaliknya.
"Maksud aw-" Belum habis Hanah menyoalkan kata, dirinya ditarik kasar Jibreel sebelum ditolak terus gadis itu ke dalam kolam yang pastinya tidak dapat dicapai kaki kerana dalamnya.
Hanah menjerit kuat, dirinya berasa lelah dan nafasnya semakin hilang. Gadis itu menggelupur meminta tolong kerana gadis itu sungguh tidak pandai berenang tetapi lain pula menurut Jibreel.
Fikirnya, Hanah sahaja bertingkah begitu.
Jibreel melihat bersahaja, tiada langsung tanda untuk dia menolong gadis itu naik kembali. Hatinya ketawa kuat melihat Hanah yang semakin lemah menjerit.
Suara gadis itu semakin menghilang dan rontanya semakin berkurang.
'Berlakon je kau perempuan tak pandai berenang, minta tolong bagai. Tu dah diam, dan penat lah tu berlakon' Hati Jibreel berbisik kuat, lama dia merenung gadis itu yang semakin tenggelam ke dasar kolam sebelum berpusing ingin melangkah pergi.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...